cukup lah kan?
memang fitrah aku dari dulu. sebab, bagi aku, buat apa aku jeratkan diri sedaya kudrat mahu langsaikan segalanya walhal, cubaan aku itu - sia belaka. lebih teruk lagi, ada lah.
tambah pulak, aku ni jenis pengecut. enggan mahu mencuba. aku sangat confident, sangat guarantee, aku pasti jahanamkan keadaan.
maka,
lari itu sangat wajib. tinggalkan yang pahit ke belakang. tipukan diri, katakan - sudah selesai. mari tarik nafas lega. lekatkan satu senyuman.
***
mesti kau tak setuju kan? apa guna lari ha? masalah tetap macam tu. atau, boleh jadik ia menimbun, boleh jadik ia mengusut, boleh jadik ia merumit.
mati aku nanti.
***
pelarian aku sangat jelas.
satu - bila umi buka mulut dan lagaknya mahu membebel pada aku, aku akan terus angkat kaki. kalau sedang layan bukumuka atau yahoo messengger, aku berhentikan serta-merta. jasad ni, aku heret ke mana-mana bilik, asalkan telinga aku boleh jauh pergi dari bebelan umi.
lari la tu.
atau,
dua - bila abah memarahi aku dengan tahap kekasaran suara yang paling rendah, aku akan diam membatu. perlahan-lahan, aku menyelinap ke bilik, tutup pintu, kunci. nasib pintu bilik ni kebal. suara luar susah nak tembus masuk. seperti baju kalis peluru.
lari la tu.
atau,
tiga - dalam perbualan telefon bersama ciknor, di hujung corong talian itu, dia meninggi suara bila tiba soal baju, lalu aku hanya ia-ia-kan. secara permukaan, aku sengaja menangkan dia. secara dasar, aku memberontak, persoalkan - kenapa. kenapa. kenapa. kenapa tak boleh? aku iyakan sebab aku sudah malas. aku mahu cepat putuskan talian.
lari la tu.
asal ada je masalah yang menyakitkan jiwa aku, aku akan lari. mudah.
ke bilik, itu sangat pasti. menyendiri dan memasukkan diri ke dunia lain.
realiti ni mana pernah indah.
bohongan belaka.
kalau ada pun, selalu aku rasakan moment itu sekejap. seperti lima saat. tak pernah pun berpanjangan.
[ nangis ]







