"kenapa masa kat library tadi, awak tak balas hi saya?"
jumaat, malam sabtu.
aku turun dari bilik atas permintaannya petang tadi tika aku galak layan merlin di laptop. fardhu ain aku ponteng. jiwa sedang kusut. emosi sedang ditahan-tahan. aku hilang kemahuan menjejak kaki ke rumah Tuhan. malaikat sudah kalah. aku nekad mahu ada di bilik. bertemankan empat dinding, aku nyorok muka dari alam. lama, aku bangkit dengan bantal basah. apa nak jadik, jadik lah. tangan terus keluarkan laptop dari beg merah.
merlin.
"saya tak perasan awak" aku bagi alasan. mata pandang ke lain.
tidak berapa bijak sebenarnya. sebab -
1. kawasan luar library cuma ada aku dan dia.
2. kawasan luar library tidak kecoh seperti pasar basah.
3. jarak dia dan aku kurang daripada sepelaung.
4. suaranya jelas didengar. sepatah sepatah dia sebut.
5. handphone aku terlepas dari genggaman, jatuh mendarat ke tepi tapak kasutnya. kutip dan dongak.
dia.
maka, apa yang aku alaskan, tidak logik. malah, ketara dungunya aku depan dia.
"the lousiest excuse" kekerasan dialognya terpancul.
aku kaku.
langsung tak adil. sakit dia, dikisahkan. sakit aku, tak diendahkan. kalau kau boleh tunjuk api, sini, aku tunjukkan halilintar. tidak kecutnya aku pamerkan belang ni.
dan selama masa merangkak, selama itu aku dan dia umpama berhala. duduk mengunci bibir masing-masing. dua-dua tidak mahu kalah. dua-dua mahu tengok siapa yang akan beralah.
baik.
aku sauk handphone. kalau dalam masa enam puluh saat masih lagi begini, aku tak teragak untuk naik ke aspuri.
57
58
59 saat.
"sebenarnya..."
tiba-tiba dia bunyi. aku tak jadik pergi.
"sebenarnya, kenapa dua tiga menjak, in larikan diri dari saya?"
"mana ada..."
"iye...obviously. paling nampak sekali, masa kat library tadi"
"kita kan, kene rahsiakan semua ni"
"tapi, ingat tak, kita sebenarnya ada syarat kalau nak bertegur"
haah. syarat.
ataupun, kontrak janjian. paling simple tapi paling susah nak diturutkan. harus berjaga-jaga dengan mata yang sentiasa terbuka. jangan sampai dilihat manusia.
"In..."
aku yang menunduk, mengangkat muka, menatap wajahnya pada malam yang semakin memekat, riuh yang semakin tersekat. minggu ni, minggu sunyi. ramai pulang melepas rindu kasih bersama famili. kecuali aku.
dan dia.
juga teman sekerat dari wilayah utara sana.
"awak carik lah jawapannya sendiri. In tak nak cakap apa-apa. reti buat, reti tanggung. jangan nak berlagak like nothing's happened"
"apa ni?"
"apa apa? In malas lah"
"In, boleh tak jangan nak buat benda lagi complicated?"
"complicated apa? ini dah cukup baik In turun dari bilik. ikutkan, jangan harap kita jumpa. jangan harap In nak balas mesej petang tadi"
aku mengeluh. dia turut sama.
haih. ke mana kami ni?
sedang hanyut kah?
atau masih bertahan dan berpaut sama?
"seriously, it's better if...both of us berterus-terang" dia cuba optimis.
"and it's better if, we talk what's wrong" dia sambung lagi.
matanya harapkan sesuatu dari aku. seolah-olah, meminta aku untuk ketepikan amarah dan angkuh ego.
come on In, takkan kau nak buat wayang cerita melayu? yang laki kena cari reason-nya dan yang perempuan terus merajuk diminta pujuk. pigi dah. baik kau langsaikan sekarang. jangan bertangguh-tangguh. karang, yang melangit rindu itu kau, yang segaung diminta sayang, kau. yang mahu disambut seluas cinta, kau.
merana emosi, buruk padahnya.
dan ah, mata yang kuyu itu!
"pagi tadi..." aku mencair, otomatis membuka mulut.
"In nampak...awak kat luar kelas" aku berhenti.
ambil nafas sekejap.
sambung.
"awak dengan junior mana tah. saya lalu belakang awak, awak tak nampak. agaknya sebab bahagia sangat dengan budak tu, langsung tak perasankan In"
"oo, patut la bau lovely lace. bila toleh, takde orang pulak. chop. ni masa bila aa?"
"sebelum start kelas"
"bukan In kata In punya kelas kat resource room ke?"
"so?" aku kerut dahi.
"no, bukan. bukan bukan"
"so, it's true? are we over, like, sejak seven hours ago?" aku cepat lompat ke konklusi.
"no, sayang. no"
gulp.
cool. cool. jangan panik. dia cuma cakap 'sayang' je. nothing else. cool. cool. reeelaaks.
fuh. fuh. fuh.
"bukan sekali tau" aku bertelunjuk tegak. cepat-cepat aku mahu cover.
"sebelum ni pun ada..."
"masa bila?"
"entah. dua-tiga kali. masa sebelum kelas, masa tukar kelas, masa balik kelas, masa makan, masa main. ok, tak. tu exaggerate je lebih"
"awak jealous?" dia tanya dan serentak, dia lepaskan ledakan tawa.
"gelak pulak...ye lah, ye lah. saya jealous. obvious kan?"
ceh, tak memasal aku ngaku.
gila tak macho.
"ingatkan, hati In batu...rupanya, cemburu jugak ye?" dia sambung berdekah.
"eee...apa ni gelak gelak. dah le, nak naik atas lah. buang karan"
"hahahaha jap jap jap"
"kejap..." dia dengan tawa bersisa.
"budak tu, takde siapa pun...junior je"
"ye la tu. mata laki mana nampak. semua takde apa. padahal, budak perempuan tu bukan main lagi. asal jumpa, mesra gila"
"aik? marah?"
aku mencebik.
cit. sumpah macam perempuan tipikal yang cemburu tak tentu pasal.
"In pun, mesra apa dengan budak laki lain"
"heyp! tu semua kan budak tesl"
"eleh, tak jugak...budak engin macam aizat tu..."
"hah, lagi? lagi?"
"cheng, yusry...em...rahimi-"
"lagi??"
"lagi...obi-"
"obi? masa bila pulak In cakap dengan dia..."
"eh, takde eh?"
"mandai je!"
"aa, tak kisah lah. tapi, lagi banyak dari saya kan? kan? kan? saya ni, cakap dengan sorang je"
"oo...sorang...apa maksud ayat yang last tu?"
"takde apa"
"gatai naa. kalau nak sangat dia, amek. In pun tak heran"
aku cabar dalam nada gurauan.
"betul tak heran ni?" dia senyum mengada.
kami ni,
hempas la macam mana sekalipun,
hentam la berapa banyak sekalipun,
bantai la sekuat rasa sekalipun,
lanyak la sedaya kudrat sekalipun,
kalau dah bertaut hati, anasir luar pun tak boleh kikis kami.
- tamat -