terkadang, aku guna status "mati" di yahoo messenger

aku kira, kalau mati itu, ada saja menanti aku.
sungguh.
aku tak tipu.

dulu, aku ingat lagi. mahu beli jajan tiga posen dekat kedai seberang. lepas habis sekolah agama, berlari aku ke pintu pagar sekolah. aku toleh kiri. aku toleh kanan. kiri semula. ok, line clear!
takdirnya, aku tersadung, tersembam ke tanah. kebetulan, satu kereta tiba saja ada depan mata aku. hampir lenyek tangan kecil ini. syukur, aku hidup lagi. tiada calar. aku terkejut. namun, umi tak pernah tau. aku tak bilang cerita ni.

dulu, aku ingat lagi. aku mahu pergi ke kedai seberang lagi. beli jajan yang tak seberapa. toleh kiri. toleh kanan. tapi sebab aku tak sabar, aku tak mau toleh lagi. aku perasan, dari kiri, ada lori besar. dari kanan, ada kereta laju. aku congak pantas. aku pasti boleh lintas. lantas aku lari. memang, hampir gugur jantung ni. aku terkejut. aku hidup lagi. namun, umi tak pernah tau. aku tak bilang jugak cerita ni.

dulu, aku ingat lagi. angin kuat. hujan pasti mendatang. aku pergi luar bilik. aku masuk semula. kemudian, betul-betul atap siling mahu hempap aku saat aku melangkah. aku terkejut. trauma aku seketika. aku hidup lagi. umi tahu. sebab cerita ni aku bilang sama dia.

dulu, aku ingat lagi. hujan sungguh lebat. angin bagai dirasuk. siling semua hampir tercabut. aku panik. aku takut. macam mana kalau aku dihempap kali ni? trauma datang lagi. aku rasa sudah tiba masanya. tapi aku dipanjangkan umur. aku hidup lagi. umi tahu. sebab aku tak teragak untuk mengadu padanya.

dulu, aku ingat lagi. aku leka makan keledek goreng. aku beli tepi jalan tadi. mungkin sifat aku. jarang sungguh dapat santap keledek goreng. tapi, keledek tu hampir terlepas dari genggaman bila aku mau lintas, kereta mau langgar aku. aku terkejut. aku pucat. aku hidup lagi. umi tahu. sebab aku bagitahu.

dulu, aku ingat lagi. orang cerita pada aku. mati dalam tidur. macam mana rasanya? sesakit dilanggar di jalan kah? sesakit terlantar di hospital kah? aku cuma telan cerita itu bulat-bulat. tiada skil lagi untuk mencerna habis-habisan. yang pasti, itu cerita tiada palsunya.

jadik, tiap malam aku pikir. apa jadik kalau tiada esok untuk aku? bagaimana reaksi roommates andai mereka kejut, aku tak mau bangun-bangun.

bila aku pikir sorang-sorang, rupanya mati tu ada saja mendekati aku. cuma aku masih lagi diberi nafas.

sudah lah, aku rasa nak nangis untuk post kali ni.
ye, aku makin sensitif semenjak dua ni. aku tak tahu kenapa.

Dia saja yang tahu. sebab akhir-akhir ni, aku banyak mengadu pada Dia.

*sebak*




diari seorang isteri #5

[ klik sini untuk episod empat ]

"sayang, tak nak tidur ke?" ammar mendekati si isteri.
"tak apa lah. abang tidur dulu"

kali ini ammar tidak ingin mengalah. dia memegang kedua belah bahu isterinya yang sedang duduk di meja penulisan. di hujung meja, tertutup rapat buku merah kusam.

"tak penat?"

farah senyum. dia tidak mahu berganjak lagi walaupun bisa badan mula menyerang. seharian ammar membawanya berjalan-jalan sekitar jasin. namun, yang paling meletihkan farah adalah kehadiran zarul.

"abang dah lama kenal zarul ke?"

ammar mengambil tempat duduk. betul-betul di hadapan isterinya. dekat sungguh.

"tak ada lah sangat. lepas habis spm batch farah, abang kenal dia. kita orang duduk satu taman. masa tu abang kerja part-time sama-sama dengan dia"

farah senyap.

"sayang? anything wrong?"
"er, no..."
"kenapa farah nampak terkejut masa jumpa zarul?"
"eh, tak adalah"
"ye ke?" ammar mengamati sedalamnya mata farah. farah cepat-cepat melarikan pandangan. tidak selesa apabila dia bertentang mata dengan suami sendiri, lebih-lebih lagi dalam kesuraman ruang bilik tidur. itu bukan naturenya.

"abang nak ingatkan farah. dalam perkahwinan, abang nak kita sama-sama berkongsi. tak kisah la saat susah atau senang. abang tak mahu ada rahsia antara kita. ok, honey?"

farah tunduk. setitis. dua titis. tiga titis. dan terhambur semuanya. tangisan lebih kepada esakan anak kecil. ammar mendakap. cuba menenangkan isterinya. pasti ada yang tidak kena sejak pertemuan mereka dengan zarul.

"abang, maafkan farah bang..." dalam pelukan suaminya, farah terus-menerus meminta maaf. bergetar suaranya.
"tak apa, abang faham" ammar sekali lagi mengucapkan perkataan yang sama seperti malam sebelum ini.

malam itu, farah menangis sepuas-puasnya hinggalah dia tertidur di bahu ammar. ammar mengusap perlahan kepala isterinya. kasihan isteriku...

lagi sekali, entah kenapa, hati ammar terusik untuk membuka buku merah kusam di atas meja penulisan. melihat si isteri lena di bahunya, ammar tidak sanggup untuk mengejutkan farah. tangannya dipanjangkan lalu mencapai buku merah kusam. setiap patah perkataan diteliti dan dicerna.

***

perlahan kelopak mata dibuka. cahaya matahari pagi telah mengejutnya dari alam mimpi. wajah suami yang dilihat dahulu.

"abang tengok apa..." farah menggenyeh-genyeh matanya.
"tengok isteri abang yang comel ni"
"abang ni, ada-ada je"

farah mencapai jam tangan. pukul lapan.

"abang tak pergi klinik ke?"
"abang mintak cuti lagi"
"abang, kan abang doktor. nanti patients dekat klinik tu, apa cerita?"
"doktor kamarul akan handle. sekarang, abang nak handle patient abang yang kat rumah ni"
"hu? siapa?"
"ni...budak kecik yang tak mandi-mandi lagi. dah, farah mandi dulu. nanti kita breakfast sama-sama. abang tunggu dekat dapur"
sempat lagi ammar merasai pipi mungil isterinya dan farah hanya membenarkan sahaja. apa lagi ingin dikata? suaminya cukup sempurna!

***

[ klik sini untuk episod enam ]




ayuh berhenti sekejap

kerana aku kedekut dan sangat menitikberatkan perbelanjaan aku, sanggup aku jalan kaki selama tiga jam petang tadi. sungguh, aku tak tipu.

dari kolej, aku jalan kaki ke terminal one. kemudian, amek teksi dan tambang masing-masing hanya dua ringgit untuk ke celcom centre.

***

ok, aku panas baran. tahu?

tapi, demi Tuhan, aku banyak kali berdoa untuk kawal api dalam diri.

disebabkan upax aku ada problem, terpaksa aku menapak ke celcom centre. cancel terus nak balik rumah minggu ni. ceys.

tiba di sana,

"nombor saya ni upax, tapi kenapa expired date dia bukan sampai 2016?"

bla bla bla

"ok, kitorang dah verified your number. adik call 1111 sebab hanya pihak sana boleh fix-kan problem ni"

fine...dah sampai celcom centre, tapi kena call centre-nya yang sebenar-benar pulak kan. masa ni, tangan kiri dah mula mengusap dada, tanda aku sedang kawal perasaan marah. dah la orang sikit bukan main banyak dekat celcom centre tu. dengan fiil bayar bil lah, broadband lah. rimas. sesak.

sabar in...sabar in.
demi Tuhan, banyak kali aku berdoa, mohon kekuatan.

1111 ditekan. aku dah bersila tepi jalan luar. lantak lah. aku penat ok.

call dan bla bla bla

"adik pergi ke celcom centre semula..."

"tapi baru sekejap tadi kitorang pergi!" aku dah start melenting. apa aku kira.

"iye, tapi kalau adik call kami, kami hanya boleh buat laporan sahaja"

"dorang kata my number dah verified"

"yes, tapi expired date belum ditukar"

"jadik, macam mana ni?" aku tinggikan suara. itu tandanya aku dah hilang kesabaran.

"takpe, adik pergi semula, cakap number you dah verified tapi tarikh, hanya pihak mereka sahaja boleh buat"

aku marah. iye. aku marah. memang nak kena sembur sekor-sekor.

aku masuk semula celcom centre. apa kes ni? masing-masing macam nak lepas tanggungjawab. sekejap kena deal dengan pihak ni, sekejap dengan pihak tu. kau pikir aku tak penat kah?

dan ya, aku kena tunggu nombor giliran.

bla bla bla

akak tu kata begini "adik, sekarang ni memang sistem ni ada problem sikit. kitorang akan fix kan. cuma kena tunggu tiga hingga lima hari. kalau selepas lima hari, expired date belum ditukar, adik call 1111, katakan yang adik tak enjoy guna upax number"

kawan aku sampuk "kalau tau lah upax ada problem macam ni, serupa tak payah pakai upax. pakai je nombor biasa"

"takpon guna je maxis" aku sambung dalam hati.

"hem...kalau lepas lima hari tu, memang nak kena marah la. takdenya saya nak cakap enjoy tak enjoy, sah-sah nak kena marah" aku tunjuk muka bengang.

tiada langsung senyuman terlekat. aku tak pedulik.

akak tu senyum.

"ehe...jangan lah sampai marah. kami cuba"

"ye lah...terima kasih kak"

***

ala...aku rasa, kalau umi dengan abah dalam situasi aku, sah-sah dorang hangin satu badan jugak. nasib aku masih bersabar. cuma, dengan service line saja aku dah melenting habis.

*angkat tangan*

"moga Allah kurniakan aku kekuatan sehebat Rasulullah untuk aku kawal api dalam diri"

pernah dengar kata-kata ni

"barangsiapa yang mengawal perasaan marah, sesungguhnya dialah manusia yang kuat"

demi Tuhan, aku ingin jadik kuat!



nota untuk umi :

* in dah check expired date, celcom dah fix-kan. expired on 11.05.2016. yay!
* in hampir kena langgar dengan kereta masa nak lintas jalan. nasib tak accident. kalau tak, jumpa dekat hospital.
* patut in bagitau umi yang in nak ke bandar, tapi in sungguh lupa.
* in kena selsema sebab in redah hujan. lagipun, in jalan kaki dari bandar seremban sampai ke kolej. punya la nak save duit, in sanggup tak naik teksi.
* esok in tak jadik pergi ke ulu bendul sebab abah tak kasi. lagipun, in selsema.
* cuaca dekat kolej makin sejuk. hujan. in tak tahan.
* hari ni makan sedap - sup ayam. tak pedas langsung.
* duit kokurikulum in tak sentuh langsung. nanti in pulang dekat umi semula.
* next week in balik, hari jummat 06.02.2008 pukul 3.30 petang, insyaAllah.




diari seorang isteri #4

[ klik sini untuk episod tiga ]

"abang, i wanna go to ladies. nanti nak jumpa abang kat mana?"
"you just give me a call. abang nak jumpa kawan abang tu. dia sms tadi, dia datang kejap lagi"
"em, ok"
"em sayang?"
"yes?" tidak sempat farah memusingkan badannya, ammar sudah memanggil.
"don't you wanna meet him?"
"it's ok, kalau sempat, farah jumpa" tersenyum dan farah terus beredar.

***

"sayang!" dari kejauhan ammar melaungkan panggilan itu.
farah segera mengaturkan langkahnya.

"meet my wife, i think you know her. dia ex sini jugak"
"really?"

"zarul, meet my wife. this is farah. farah, this is zarul"

GULP! air liur farah seperti tersekat di kerongkong. kenapa mesti dia?

"hai.fa...rah?" zarul sedikit teragak dengan nama itu. eh, sejak bila pula dia tukar nama?
"yes, farah. 506 kan?" farah berlagak biasa.
"yeah..." zarul masih lagi bingung.
"wow, so you all memang kenal la? farah dulu kelas mana?" ammar sengaja mencetuskan pertanyaan untuk kelihatan wujud.
"farah, er...502"

kening zarul segera berkerut. 502? bukan kau classmate aku ke?!

"502 and 506? macam mana boleh kenal ek?" ammar bertanya lagi. soalan bodoh sengaja disuakan. farah diam. memang niatnya untuk membenarkan zarul menjawab soalan itu.
"er...kita orang selalu terserempak dekat koperasi. kan farah?"
"haah, dekat koperasi" yakin farah menjawab.

petang itu mereka bertiga keluar makan di restoran berdekatan. farah masih lagi tidak selesa. di sebelahnya adalah ammar dan di hadapannya adalah zarul. benci!

***

[ klik sini untuk episod lima ]



diari seorang isteri #3

[ klik sini untuk episod dua ]

selepas suaminya beredar, farah melepaskan keluhan panjang. majlis pernikahan siang tadi masih lagi berlegar di fikirannya. baru sahaja tadi, si suami inginkan haknya tetapi farah memberi alasan bahawa penulisannya patut disiapkan segera. walhal, professor azizi sudah memberi farah satu tempoh masa yang agak lama. farah terasa dosanya terbeban di kiri dan kanan.

dikeluarkan buku merah kusam. lantas, tangannya menari-nari bagai tiada hentinya. segala perasaannya terluah, hinggakan dia teresak-esak perlahan. setitis. dua titis. lalu bercampur titisan itu dengan dakwat hitam. kabur sudah jadinya.

di suatu sudut lain, ammar masih tidak melelapkan matanya. dia dipugut kerisauan. baru sahaja tadi dia mengajak farah masuk tidur, tapi farah menghampakannya. entahlah kenapa, dia risau dengan keadaan isterinya. tambah pula, esakan kecil jelas kedengaran di malam sunyi sepi. saat esakan itu terhenti, ammar berkalih dan melihat dari jauh. isterinya sudah terlelap di meja penulisan.

"kasihan sayangku..."

perlahan-lahan, ammar mengangkat tubuh kecil isterinya dan dibaringkan di katil. diselimutkan isteri itu bagi tidak diserang kesejukan. sayu melihat farah yang tertidur lesu.

ammar kemudian beralih semula ke meja penulisan tadi. terlihat satu buku yang tidak tertutup. masih terbuka luas dan sekilas, ternampak beberapa tulisan yang sudah kabur pada pandangan. tergerak hati kecil untuk mengamati tulisan itu.

***

"abang tak pergi klinik ke?"
"tak, hari ni abang cuti. esok baru masuk kerja"
"owh..."
"farah tak ada program ke hari ni?"
"em...rasanya, macam tak.."
"kalau tak ada, jom keluar. abang bawak jalan-jalan"
"ke mana?"
"farah bersiap je. it's surprise. em, abang tunggu kat luar eh. kang farah tak selesa pulak"

termampan farah. jelas sungguh suaminya cukup bersabar dengan kerenahnya. sampai begitu sekali dia sayangkan aku...

"abang, ni jalan ke jasin kan?"
"tau pun" dan ammar tersenyum.
"abang nak bawak farah ke mana?"

***

"mrsm?" farah bersuara. ada tanda pelik dalam ayatnya. ammar segera memusing stereng kereta dan memasuki perkarangan sekolah itu.

"abang, kita nak buat apa?" cemas sahaja nadanya.
"tak ada apa. jalan-jalan saja"
"tapi, tak apa ke? dah la kita main masuk je"
"tak apa sayang...abang ada kawan dekat sini. kebetulan dia ex-mrsm ni. dia ada program 3 hari untuk budak spm, alang-alang tu, dia ajak abang jumpa dia. farah dulu student sini jugak kan?"
"em..." farah mengangguk.
"dah, jom jalan-jalan dulu. tengok makmal ke, kelas farah ke. nanti kita jumpa kawan abang tu"

habis seluruh pelosok bangunan diteroka sepasang suami isteri itu. sambil berpegang tangan, kemesraan terbina. terdengar sesekali gurau-senda si suami. banyak perubahan yang berlaku. dari struktur bangunan asrama hinggalah ke padang sekolah. segalanya berubah. wajah-wajah baru mula menggantikan tempat guru-guru farah. hanya sekerat dua sahaja yang farah kenal. meskipun begitu, farah masih ingat lagi lokasi bilik darjahnya. tapak dan bangunan bilik darjah farah yang berkedudukan betul-betul sebelah laluan ke asrama lelaki, masih lagi ada di situ. di tempat itulah tercipta seribu satu kenangan antara dia dan seorang sahabat.

"ni ke kelas farah?"
"em..." farah mengiyakan. nasib tiada pelajar di situ kerana masa menjangkaui waktu makan tengahari. dilangkahnya perlahan-lahan. contengan di dinding dan di siling masih lagi segar dakwatnya.

"wah, abang tak sangka pulak farah tinggi tu. sampai boleh tulis nama dekat siling" dan ammar ketawa.
"abang ingat farah pendek sangat ke?"
"hahaha. pendek la, tengok ni, farah takat atas siku abang je"
"eleh, farah tinggi jugak tau. waktu tu, ingat lagi, farah tarik meja, pastu farah letak kerusi atas meja tu. kemudian, farah ambil marker, farah tulis besar-besar"
"hish, waktu tu farah form berapa?"
"form five" farah senyum. kenangan dulu diputarkan satu per satu dalam kotak minda.

"nasib baik tak jatuh kan"
"kalau jatuh, tak dapat la kawin dengan abang"
"kalau jatuh, cepat-cepat abang sambut" pantas ammar mencuit hidung isterinya.
geram melihat sifat keanak-anakan si farah.
"mana sempat nak sambut. abang kan mrsm lain"
"eee budak ni. ada je nak menjawab"

lalu ammar menarik farah ke dalam pelukan. erat. tiada kata yang dapat digambarkan. nikmat kebahagiaan cukup terasa dalam diri ammar. namun, adakah farah merasakannya juga?

***

[ klik sini untuk episod empat ]



dialog anak kecil #2

"in dah 19. in jadik lah matang"

satu malam, kak ayin bersuara. kakak ada. baring sebelah dia. aku?
aku duduk dekat tilam bawah. dorang baring dekat tilam atas.

"iye..." apa lagi aku nak jawab?

"tahun depan in 20 tau"

"tau...!" ada tawa di hujung ayat.

"aku pulak 23" kakak sampuk.

masing-masing rasa gerun. umur makin meningkat. aku lah yang rasa paling gerun. perangai taknak berubah. masih mahu lagi bermanja dengan kakak-kakak. masih mahu lagi bermanja dengan abah.

macam budak kecik!

teringat pulak kisah petang tadi di kedai jualan kraftangan dan kerepek di ayer hitam.

"in nak kerepek apa lagi?" umi tanya.

"yang ni lah" aku tunjuk satu jenis keropok.

"eh, toksah lah. kan dah selalu makan"

aku tarik muka. saja. ngade (bak kata doktor kid). si penjual lihat aku. dia senyum.

"takpe lah. makcik kasi adik keropok ni. free. kesian dia, tak dapat kang, nangis"

lalu dia masukkan keropok tu ke dalam plastik. aku senyum sungguh. ah, bukan aku nak sangat, tapi kelakar tengok makcik tu. agaknya dia pikir aku budak darjah enam kot.

masuk kereta saja

"abah tau tak, aunty tu kasi in keropok free"

"haah, dia ingatkan si farahin ni darjah enam kot" umi tambah lagi.

abah dah gelak-gelak.

tahu sangat. ketinggian aku tidak berkadar terus dengan umur. nak buat macam mana?
aih, bila lah aku mahu matang?

tahun depan dah masuk 20. dah boleh bertunang wooo~! LargeGasp



diari seorang isteri #2

[ klik sini untuk episod satu ]

"ya Allah!" meluru farah bangkit dan masuk ke bilik air. sempat dia mencapai tuala dan sehelai baju t-shirt. ammar yang duduk di meja penulisan milik isterinya, hanya melihat gerak laku sebentar tadi.

"kenapa abang tak kejut farah?" farah terus menyoal. kali ini dia sudah siap mandi. sudah siap mengenakan persalinan baru. ya, melangkah keluar dari bilik air, farah sudah siap segalanya. dia masih kekok untuk menyalin pakaian di hadapan suaminya.

"saja. tak sampai hati nak kejut tuan puteri. kenapa salin baju dalam bilik air?"

farah senyap, tanda dia tiada jawapan untuk soalan itu.

"salin je la kat sini...kalau jatuh dalam bilik air, macam mana? abang jugak yang susah, kan?"

farah senyap lagi. kini dia sibuk mengeringkan rambut basah. senyap tidak bermakna dia marah. dia cuma segan, masih tidak biasa dengan keadaan hidupnya yang berubah dalam sekelip mata dengan hanya sebuah ikatan pernikahan suci.

terlihat di atas meja itu, segala kertas penulisannya telah tersusun rapi.

"abang!"

farah bergegas ke arah ammar.

"abang kemas ke?"

ammar beralih sedikit, memberi laluan kepada isterinya yang kalut semacam. farah seperti tercari-cari sesuatu. mana?!

"sayang, abang tak ambil apa-apa. semua ada kat situ"

farah masih lagi gelabah hinggalah sebuah buku merah kusam berjaya dicapai. diselaknya segera tapi terhenti kaku tatkala ammar meraih tangannya. farah kaget.

"meh sini duduk kat abang" dan farah tiada pilihan lain apabila suaminya seakan menyuruh dia duduk di atas riba. dipeluk mesra dan terasa kehangatan menyelubungi diri. farah diam. tiada respon pada pelukan itu. dia masih tidak biasa.

"wangi..." perlahan suara itu menerpa telinga farah.
"abang, maafkan farah sebab malam tadi..."
"takpe, abang faham"
"tapi bang...farah..."
"takpe sayang, abang tahu"

redup mata si isteri dibalas dengan pandangan ikhlas.
kasihan isteriku...

ammar faham, segala perkara tidak mungkin boleh dipaksa dalam masa terdekat. waima dia punya hak dan kuasa veto, ammar tidak akan berlaku kejam. dia ingin memberi farah sedikit ruang. dia ingin farah ikhlas terhadap dirinya. dia ingin farah sedia menjadi suri hidupnya tanpa sebarang paksaan.

***

[ klik sini untuk episod tiga ]



kalau nampak aku senyum, tak semestinya aku senyum betul-betul



.jangan tertipu. ini kembar aku. bukan aku.

siul


diari seorang isteri #1

[amaran : ini cerita untuk manusia tiga-belas-tahun dan ke atas]

tiba saja dakapan mesra terasa. angin sejuk malam ini berjaya ditepis saat rangkulan hangat si suami mendatangi si isteri yang gusar dan runsing sejak tadi.

"sayang..." dia bersuara. romantis runut bunyinya, lalu kucupan lembut bertaut di pipi si isteri.
"buat apa tu? tak nak tidur ke..."
"abang tidurlah dulu. farah nak siapkan penulisan dulu"

pelukan tadi dileraikan perlahan. si suami mengeluh. farah tahu, masa sudah melewati waktu tidurnya tetapi selagi penulisannya tidak diakhiri tanda noktah, tiada ertinya malam itu meskipun si suami setia di sisi.

"abang...?"
"em...", farah sedar, suaminya inginkan kemesraan daripadanya, namun, kerja ialah kerja. lagipun...

"dari tadi abang tengok farah tak senang duduk. kenapa ni, sayang?"
"tak ada apa..."
"hey...you know right, we can't have secrets"

satu kucupan hinggap sekali lagi. kali ini di ubun-ubun. kucupan lembut dirasai. farah mengukir senyuman. senyuman yang dibuat-buat.

"abang tidur dulu eh. kejap lagi farah masuk"

si suami tiada kata. kehampaan jelas terukir di balik cahaya suram bilik pengantin. perlahan-lahan si suami menongkah badannya ke sisi katil, meninggalkan si isteri dengan beberapa helai kertas penulisan yang berselerak di atas meja itu. permintaannya tidak dikabulkan.

jauh dari katil, farah terdiam. dia tahu, dia telah berdosa pada suaminya yang baru sahaja menikahnya siang tadi. bukan dia sengaja, cuma...ah!
sebelum itu, farah tahu dirinya dibelek jauh oleh suaminya yang duduk di birai katil dan sengaja dia tidak mengendahkan semua itu. farah segan. farah malu. kulit pipinya terasa kemerahan.

***

[ klik sini untuk episod dua ]



rahsia diet aku

aku tau, perkara paling sensitif ntuk perempuan, konfem soal berat. jadik, kepada kaum adam, jangan kamu cuba bertanya

"berat kamu berapa?"

kepada mana-mana perempuan (unless perempuan tu berjiwa beku macam aku).

orite, ini rahsia aku.
aku rasa sangat berkesan kalau ikut resipi ni. sebab, lepas raya aidilfitri aritu, berat aku hanya 45.
kemudian, turun menjadik 43.
terkini, turun menjadik 41.

LargeGasp

so, kepada sesiapa yang nak cuba resipi aku ni, tiada halangan langsung.

***

mula-mula, sediakan bahan dahulu :

# satu mangkuk perasaan sedih
# satu mangkuk perasaan hampa
# satu mangkuk perasaan kecewa
# satu mangkuk perasaan putus asa
# satu mangkuk perasaan rejected

seandainya korang ada bahan yang seangkatan dengan bahan yang disebut di atas, boleh jugak korang tambahkan. mesti lagi berkesan.

lepas dah siap dengan bahan-bahan tu, gaulkan hingga sebati. tambah sedikit rasa hilang semangat dan rasa kerdil tahap cipan. kemudian, biuskan pada minda korang.

aku dah cuba. menjadik. turun sampai 41.
eh jap.
mungkin resipi diet ni akan berlaku tindak balas pembalikan terhadap certain orang. mana tahu, korang jadik gemok sekiranya korang ikut resipi ni.
maka, aku harap sangat korang berhati-hati kalau nak cuba.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

weyh, aku tipu je la.

aku tidak lah selemah tu.

korang pikir aku tidak kuat lantas aku tiada selera dan badan aku jadik susut ke?

biasa la tu. dissappointed, broken-hearted, frustrated, lifeless, upset, grieving.
tu namanya kitaran hidup.


[aku cakap berapi kan AngryFace]


sebenarnya, ni ha rahsia aku.


breakfast seawal enam-setengah-pagi dan aku tak makan pada waktu malam. cukup hanya breakfast-lunch-dinner.

sangat cool bila berdiet macam ni Hot .

er...kat dalam gambar tu ada barangan israel kan?
aku lupa nak cakap. hanya biskut jacob tu je yang aku makan. kalau yang cracker, weetameal, low salt hi-fibre, aku dah tak makan.



siapa lahir hari ke-sebelas, angkat tangan!

dari sini aku melompat ke sini.

apa yang aku dapat?

Is your birthday day 11 of the month?


Your Life, You are gracious, elegant and prudent. People admire your qualities and some even become jealous of you. You are realistic, flexible and adaptable. You are remarkably kind and moral person. Your Love, You are willing to sacrifice yourself for the one you love. Your lover will always have your gentleness, care and loyalty. You will always be happy to hand around the one you love.


memang untung la kalau sesiapa dapat aku ni. hahahaha ihikhik





"El, you patut bersyukur tau, you dapat i."



tag dari doktor kid - terima kasih doktor

Here’s what we should do. it’s simple: list down 5 of the products from the list below that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others.
this tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven’t been boycotting, why can’t you start to boycott the product too?


[A] lima produk yang aku boikot

1 - nokia
macam yang dah tertulis dalam entri ni, aku dah nyatakan terang-terangan yang aku tak guna dah nokia.

2 - coca-cola
air gas tak bagus. tambah pulak air coke kan. tak payah la. buat sakit perut je.

3 - disney
haaa...ingat aku dah nain-tin, aku tak tengok katon ke? aku tak nafikan, citer-citer disney memang best. tambah pulak ada manusia katon yang hensem kan. tapi, sudah la. aku dah nain-tin. aku taknak tengok katon. (budak matang tak tengok katon)

4 - biskut jacob
dulu aku makan. sekarang tidak lagi. sebelum aku tau isu boikot, aku dah tak suka biskut nih.

5 - *tak tahu apa lagi*

[B] lima produk yang aku cuba boikot

1 - mcD
aku gile mcD. dah sampai tahap obses. bukan setakat makanan dia. revolusi uniform pon aku amek kira. sekarang aku dalam misi mengawal bajet dan berat badan. dengan isu boikot ni, lagi bersemangat aku nak ber-diet. oh yes!

2 - maggie
maggie perisa ayam sangat sedap. ah sudah lah. aku mahu diet. jadik, no maggie. lagi pun, tak elok makan mee-yang-susah-dihadam oleh perot.

3 - garnier
aku dah beli, nak buat macam mana. kalau beli pek kecik, takpe la jugak kan. aku nak baling ke tong sampah pon tak pe. ni, aku pegi beli yang 10 ringgit nye. kang aku baling tong sampah, jadik kawan setan pulak. tak boleh. tak boleh. habis pencuci muka garnier, insyaALLAH aku tukar. insyaALLAH...

4 - *tak tahu apa lagi*

5 - *tak tahu apa lagi*

[C] lima produk yang susah aku nak boikot

1 - nestle
konfem lah susah kan. kalau korang boleh boikot, aku tabik ah!

2 - kotex
ehe...sekian lame, sejak 23 september 2003 (fuh, aku ingat tarikhnya), aku memang hidup dengan kotex.

3 - danone
tahukah anda bahawa biskut danone itu sedap? dah la sedap, rangup pulak tu. tambah pulak dengan krim strawberri. bertambah-tambah sedap aku kunyah biskut danone. duhai~

4 - johnson and johnson
oho...korang bukak loker aku yang bersih-dan-sungguh-kemas itu. berlambak barangan jenama ni. antara produknya yang aku penah pakai - bedak, baby oil, cologne, lotion. dah, aku tak mau senaraikan panjang-panjang.

5 - intel
ini...nak buat macam mana lagi. dok sehari-harian aku guna. nantilah, kalau ada duit, aku tukar ok.

[D] manusia bertuah

1 - syazwan

2 - awin

3 - kak bie

4 - kak ayin

5 - zamrud kalam (?)


buatlah tag ni. best apa.


p/s [1] : aku nak announce-kan dekat sini. berat aku menurun menjadik 41. gile lah!
p/s [2] : page aku, sukasuki aku la nak announce apa pon. ok, saya emo.



aku jumpa kaunselor bukan sebab aku budak jahat

hari ni aku ada appointment dengan kaunselor. jangan pikir bukan-bukan takbole.



memang tak tercapai akal aku

jumaat lepas, 16.01.09, aku dah plan nak balik rumah (ye, lagi sekali aku nak balik rumah, bukan sebab homesick ok).

tiket dah beli. baju merah dah ready. laptop dah simpan dalam beg. canteeek. tunggu nak solat zohor je.
kali ni, takde siapa nak hantar aku sampai ke terminal one sebab farah drop dekat stesen ktm. tinggal lah aku sorang-sorang nak jalan kaki ke sana.
terpikir jugak, dalam jarak beberapa meter dari stesen ktm ke terminal one, selamat kah aku nanti? mane tau kan, kena kacau ke, kena sexual harassment ke, kena ketok pelok ke....

habis bagi salam kedua, aku angkat tangan. terdetik nak berdoa.
tapi, hati jahat sempat cakap "kau baru nak doa safety kau hari ni? kau ingat termakbul ke doa tu? patutnye dah doa sejak semalam, takpun dari awal-awal minggu ni lagi"

aku tarik nafas. aura jahat ditepis oleh suara lain "takpe, doa je in. Allah tu Maha Mendengar. asal kau konfiden dengan doa kau, insyaAllah, semua selamat. no harm to pray, kan?"

habis doa untuk parents, saudara new zealand, saudara palestin, aku doa je untuk keselamatan aku. tak membazir pun masa kalau aku panjangkan sikit doa aku kali ni.

***

cuaca memang panas. nak terbakar kulit ni. peduli apa aku. aku nak balik, jadik, terima je la kalau cuaca panas ke, cuaca mendung ke. nak naik teksi, urghh...tak sanggup. bajet tak boleh lari.

"farahin!"

aku toleh ke belakang. farah pon toleh sekali. ada kereta berhenti betul-betul sebelah aku. aku berhenti jalan. berhenti bercakap. farah pun sama.

"korang nak pergi mana?"

"kitorang nak pergi ktm dengan terminal"

"oh, ye ke. meh la masok. kitorang hantar jap"




sesungguhnya Allah Maha Mendengar Smile .



budak nakal ada niat nak ponteng usrah

lepas habis borak pasal israel-us-palestin, ada sahabat dari program ib mengutarakan satu persoalan ;

"kak, kalau kita tengok ajnabi for the first time and kita rasa 'eh, hensem la', tu kira rezeki. untuk pandangan kali kedua, ketiga dan seterusnya, kira tak boleh tengok la, kan? tapi, kenapa ada istilah 'cinta pandang pertama'? dia tengok perempuan tu lama-lama untuk kali pertama eh"

aku terkedu. tak pernah terpikir pun soal ni.

ada jawapan tak?


kadang-kadang rasa kesian tengok manusia bernama suami

ini situasi biasa. di dalam sebuah rumah. di meja makan. si suami baru pulang dari kerja, masih beruniform dan sedang menghirup air nescafe buatan isterinya. si isteri duduk di hadapan si suami, memerhatikan saja perilaku suaminya.

"bang, awak tengok ni. tadi *ayang pergi jusco, nak beli kain untuk si *amar, sekali ada sales. pastu nampak kasut ni...bla bla bla" sambil tu si isteri menunjukkan sepasang kasut. tersenarai jugak beberapa helai baju milik si anak.

dan reaksi si suami ?

menadah telinga dan mendengar celoteh si isteri walaupun badan terasa penat.

"banyaknya awak beli" sesekali, respon diberi. mestilah, kena jaga hati isteri.

"eh, takdelah. sikit je. 70% off tau. tak mahal. before this...bla bla bla"

lagi sekali, si suami mendengar penerangan 'ringkas' si isteri.

"*ayang belanja sikit je. lagipun, ni duit *ayang la"

"aa..ye lah" lalu, si suami tidak tahan, dia ingin melepaskan diri dengan mengangkat punggung dari meja makan, menuju ke luar rumah.

si isteri membontoti dari belakang.

"baaang, awak tengok lah ni. lawa tak?"

"iye, abang tengok lah. lawa" walhal, mata si suami tertumpu ke arah tumbuhan hijau di sekitar rumah. langsung tak diendahkan si isteri.

dan si isteri ?

dia secara tiba memuncungkan mulut, lalu merajuk. terus bla dari situ.

haih~

kelakar jugak tengok reaksi masing-masing.

memang lumrah perempuan suka ber-shopping. biasa la tu. perempuan-duit-shopping. macam aku. gadis tipikal.
tapi, laki pun apa kurangnya. cuma, cara mereka ber-shopping lain sikit kot.
dulu, aku paling bengang kalau ikot umi pergi mana-mana tempat dan bila umi berhenti dekat satu kedai kasut, aduh! sangat tensi wooo~!
nak tunggu dia pilih kasut, sikit bukan main lama lagi.

ha, sekarang, aku pulak yang lama. asal jumpa kedai kasut, aku masuk. saje. tengok design tu, tengok design ni. test yang tu. test yang ni. pastu, pandang atas, nak check harga. mane tau, takot-takot ada diskaun, boleh aku rembat satu pasang kan.

shopping bukan takat bertumpu pada kasut. makanan, baju, buku dan kalau nak suruh aku senaraikan satu per satu, memang akan panjang entri ni.

setakat ni, sebagai gadis tipikal, hanya satu tempat yang aku boleh cuci mata dan ber-shopping lebih dari tiga jam ; kedai buku.

fuh!

paling masyuk la kalau shopping dalam kedai buku. puas sungguh andai dapat cuci mata dengan bahan cetakan.

owh ya, sebelum terlupa, pesanan dari aku, si bawangmerah;

"kalau shopping tu, tolong hati-hati dengan barangan israel. kalau boleh, cuba boikot"

dah la, aku ngantok. nak tido ngantuk .


p/s: *bukan panggilan sebenar



dialog anak kecil #1

"in, abah nak cakap something"

aku diam.

"kalau in tak dapat pergi overseas, it doesn't matter to me. it's not a problem actually. problem ke kalau in tak dapat?"

entah la. aku diam lagi. lama pulak tu.

"problem ke?"

"pro..blem...kot" gagap aku nak jawab.

"tak, it's not a problem. it's not at the end of the world. kalau in tak lepas, paling tidak in pergi uia. sambung belajar"

"tapi abah, sia-sia la kalau macam tu. dua tahun in terbuang je. orang lain dah dapat diploma, in..."

"tak, kalau in masuk uia sekali pun, in dapat degree. kan?"

"tapi abah..."

"in, in kena ingat, setiap perkara ada hikmahnya. Allah tu punya sebab. ok, let say, kalau in tak dapat pergi overseas, in kena sambung kat uia. kalau in pergi overseas, mana tau in tak boleh nak adapt. in rasa susah, rasa tension kat sana. kang lagi teruk jadiknya. Allah tu lebih mengetahui, Dia sayang kat kita. paling tidak, kalau in buat kat uia, in lagi ok. semua senang"

"tapi abah, kenapa Allah dah lorongkan in ke jalan ni? Dia tau in tak boleh hidup kat overseas, tapi, diberi jugak peluang in nak pergi sana. bukan ke at the end, in akan sedih sangat-sangat? kalau Dia dah tau yang in akan ok kat malaysia, kenapa perlu dimasukkan jugak in ke program overseas?"

"sebab, Allah tu Maha Pemurah. in mintak nak pergi overseas, Dia bagi. hakikatnya, Dia lagi Mengetahui sebab Dia Maha Penyayang"

aku diam semula.

"in, dalam dunia ni, semua orang nak senang, kan? Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah aku kesenangan. bagilah aku kaya. janganlah susahkan hidup aku. semua orang doa macam tu. tapi, ada ke Allah bagi kat semua? Allah tu Maha Mendengar. Dia dengar doa-doa kita, tapi Dia tak bagi semua orang senang. kenapa?"

aku diam lagi.

"sebab Dia tahu, kalau Dia bagi seseorang tu jadik senang, kaya-raya, mana tau orang tu akan lupa diri. daripada dia rajin beribadat, nanti, dia mula lupakan Allah. dia lupa nak bayar zakat. kalau Allah tak bagi dia senang, mesti dia akan berdoa tiap-tiap hari. ingat pada Allah, jalankan tanggungjawab. kan?"

aku angguk.

"jadik in, Allah tu dah sediakan jalan terbaik untuk kita. elok je perancangan Dia. setiap benda, mesti ada hikmahnya"

"em..." aku tak tau nak cakap apa lagi.

sedikit sebanyak, rasa berdosa pulak mempersoalkan perancangan Dia sebentar tadi. seolah-olah, aku meletakkan kesalahan padaNya kalau aku tak dapat apa yang aku nak. aku pikir yang bukan-bukan saja.

teruk bukan? bersangka buruk terhadap Pencipta kita.
ah...syaitan ada saja taktiknya untuk buat aku sceptical terhadapNya. ini bukan bulan puasa. ceys. shitto kau, setan!



aku rasa aku dah jadik zombi-kampung-pisang di kolej

semalam aku balik rumah. baru duduk dekat kolej empat hari, aku dah rasa nak balik. ni semua salah roommate aku, dia yang nak balik, aku pulak yang rasa nak ikut. jadik, salahkan dia, ya.

ulasan ringkas yang berlaku dalam masa empat hari di kolej:

malam selasa (hari isnin) :
cikgu putuskan budak alevel junior, budak ib junior dan budak ib senior akan diadakan sesi orientasi pada esok hari. aku dah tergelak. bior betol. orientasi? aku terasa macam zaman kanak-kanak la pulak kan.
sebelum tidur, aku singgah bilik budak tesl.
aku senyum. mereka sibuk menyiapkan tugasan. aku? aku mau tidur. hahahaha!

bangga gile assigment dah siap. cuma aku tak nak berlagak sangat lah depan mereka. kang orang kata apa pulak kan.
selasa :
seharian ber-orientasi. kolej ada renovation. shitto! aku benci. bising.
dan aku dapat gastrik. ini semua gara-gara makanan dewan selera yang sangat pedas. ya, aku mau buat statement - makanan dewan selera sangat pedas. mereka mahu bunuh perut aku kah?

rabu :
sesi kelas dimulakan. guna jadual sementara. aku benci mau masuk kelas. muka aku tak ada daya nak senyum.
argh...kertas umum, sastera, sosiologi, ielts, agama dan matematik.
sesi kelas agama paling menguji minda dan mata aku. duhai...ngantok. ampunkan saya ustaz, sesungguhnya mukadimah ustaz telah membuat kepala saya pening lalat. mata berpinar. hasilnya? perkataan ustaz hanya ditepis angin lalu dari masuk ke telinga saya. hahahaha!

khamis :
aku bertungkus-lumus mencerna maklumat sosiologi. aku bukan budak akaun, ok. tapi aku kena bentangkan sub-topik wanita US dan wanita Nigeria dalam bidang ekonomi pada waktu sosiologi hari jumaat. heh, siapa suruh aku pilih sub-topik tu kan. padan muke aku. fine!

emo pulak. lantak lah.

jumaat :
pakai baju merah, seluar coklat, tudung bersulamkan benang merah, capai beg merah berisi laptop, capai payung merah. jalan ke terminal one dari kolej. panas. peduli apa aku. aku nak jugak balik rumah.
owh ya, pembentangan sosiologi ditunda pada minggu hadapan. shitto! aku tak suka lah.


p/s [1] : susah aku nak dapat internet dekat kolej. geram.
p/s [2] : aku rasa nak berkabung. bukan sebab sultan mangkat. sebab lain.
p/s [3] : minggu depan, berbekalkan satu surat, aku mau menu baru!



sekurangnya, aku dah tukar

untuk entri yang dulu, ada tiga perkara aku dah buat. kali ni, aku nak tambah lagi satu.


tadaaa~!




dulu-dulu, guna brand lain. pastu umi kasi yang ni. so far, ok. takde la susah mana nak guna. features pun boleh tahan. trust me, you'll sure love this brand.
roommates aku pun, mereka dah tukar. maka, kami bertiga dah berjaya buat satu langkah.

owh ya, untuk mcD, aku rasa aku kena tahan nafsu. nasib baik KFC ada cheesy wedges tau!


anda bila lagi?



mereka tak halau aku, aku lepak la lama-lama

selain membaca patah-patah ayat yang dikarang empunya blog, ada perkara lain yang menyebabkan aku "lepak" lama dekat "rumah" dorang.

antara sebab aku lepak lama :

#1 : aku bagi ikan makan dekat "rumah" mr jagatraya. setiap kali pergi sana, tak sah kalau aku tak kasi ikan dia makan. agak lama jugak. aku klik dan klik sampai aku rasa buhsan. cuba pergi ke "rumah" dia jap. di hujung kiri bawah, ada kolam ikan tempat aku bermain.

#2 : aku main game kakiis dekat "rumah" Szakif. masa aku datang dulu, dia takde lagi game tu. sekarang ni, setiap kali pergi sana, aku main sampai aku dapat skor paling tinggi. so far, aku skor 92 kakiis. mantap jugak aku nih. game tu ada dekat column sebelah shoutbox.

3# : aku main bebola kristal dekat "rumah" doktor kid. aku main sampai aku jumpa perkataan best. kalau dah jumpa, aku gerakkan lagi bebola kristal tu sampai aku puas.
owh ya, bebola kristal tu diberi nama "tag cloud". cuba explore betol-betol. tapi, bebola kristal tu kecik je Frown.

pasni, aku nak merayau lagi lah. mana tau, aku jumpa benda-benda best dekat "rumah" orang. nanti, boleh la aku lepak lama-lama sengihnampakgigi.

*update*

permainan kakiis tiada lagi di "rumah" Szakif. barangkali telah dimusnahkan.



atas nama cinta

zarul yazid - seunik nama, setenang orangnya.

jujur aku katakan, tak pernah lagi aku jumpa nama macam tu. unik. pelik.
pelik? tak sesuai. ya...unik, itu yang paling tepat. selalunya, dalam komuniti bangsa melayu, acap kali nama lelaki disangkutkan dengan "muhammad" atau "mohd". kalau lagi advance "syed" atau "sheikh". atau paling tidak, pangkalnya punya "tengku".

tapi, "zarul yazid", tidak ada sebarang "muhammad" dan seangkatan dengannya. apa maksud "zarul"? dan apa pula maksud "yazid"?. bagai gabungan dua nama untuk dua manusia yang berbeza, tapi, empunya diri hanyalah seorang.

orang panggilnya "zarul". itu paling common.
ahli keluarga panggilnya "zid", pasti dari nama "yazid". aku tahu perihal nama manjanya hanya secara kebetulan. ingat lagi masa tu, aku duduk di depan koperasi, menunggu sahabat-sahabat berbelanja di kedai yang tak seberapa itu. tak semena;

"zid tak tau lagi ma..."

aku paling. mata tertancap pada tubuh normal seorang lelaki. zarul bahasakan dirinya "zid"?
uniknya!

"mama, kan zid kata, zid tak tau lagi nak balik ke tak.."

aku segera memalingkan pandangan apabila dia meletakkan panggilan. keluhan berat dilepaskan. aku pandang balik. dia pandang aku. tiada senyuman. hanya garis-garis kerisauan terpancar.

"kenapa zarul?"
"mak suruh balik"
"balik je la"
"kerja banyak la"
"alah, apa la sangat kerja budak biotech? lain la kalau budak engin. dengan kimia nak baca, fizik.."
"ingat budak biotech goyang kaki ke? kau apa tau"

aku terkedu.

senyap.

***

aku kenal dia saat kami satu kumpulan untuk program "Pembangunan Kepimpinan" bagi pelajar Tahun Dua, anjuran komuniti badan wakil pelajar. program yang berlanjutan selama empat hari tiga malam di Taman Mini Malaysia Seremban memerangkap aku untuk terus bersama-sama zarul. apa-apa aktiviti, segalanya dilakukan berkumpulan dan tempoh yang singkat berjaya mengeratkan hubungan teman-teman sekumpulan. namun, antara lelaki, dialah yang paling rapat dengan aku. sikit-sikit memanggil nama aku. tak sah walau sehari. kadang-kadang naik rimas, tapi, buat apa nak rimas-rimas. program hanya empat hari tiga malam. bukan lama.

"zek" dia panggil.
"em" aku malas nak menyahut. tahu sangat perangai dia.
"zeeek" dipanjangkan namaku menjadi beberapa harakat.
"apa?!"

"ehe..." dia senyum.

dah agak. polisterin kosong yang tadi dipenuhi nasi berlauk disuakan ke aku. suruh aku buang la tu. pemalas betul budak zarul yazid ni.

sudah menjadi rutin untuk setiap kali waktu makan, aku yang dipaksa buang polisterin makanannya. awalnya, teman-teman sekumpulan agak hairan melihat aku secara tak rasmi menjadik tukang angkut sampah zarul,tapi, lama-lama mereka faham. malah, masuk hari ketiga, aku sudah menjadi bahan sakat teman-teman, "kau tu, kejap lagi boleh la jadik bini si zarul", dan gelak tawa bersatu antara teman-teman dan termasuklah zarul. aku buat bodoh. malas nak melayan. celaka! aku angkat punggung sebab tak betah nak duduk lama-lama. baik aku blah cepat.

"zek" nama aku dipanggil.

eeiish..apa lagi budak ni. tadi kan aku dah buang polisterin dia. nak apa lagi?! bentak aku dalam hati tapi otak ini memaksa aku untuk berpaling kepada empunya suara.

"esok kejut abang subuh eh. nanti abang mintak nombor zek dari hafiz. abang miscall and you have to wake me up. ok?"
"gila! apa abang-abang ni? abang aku seorang je la. muhammad zakuan bin talib" aku tinggikan suara, tanda aku tak selesa diperlaku seperti itu.
"ala, tu abang kandung. ni 'abang' lain" suaranya seperti menggoda.
buang tabiat apa budak ni?

aku terus melangkah pergi, menuju ke chalet D. langsung aku tak menoleh zarul. tempat tidur disediakan dan saat aku ingin lelapkan mata,

"TIT!"

siapa pulak la ni...dah pukul 12. esok nak balik dah. buatnya aku terjaga lewat?
rungutan apa pun, aku tetap menatap skrin handphone.

'wake me up when september ends. eh, silap. wake me up before subuh ends. ak gurau je la td. ko ni, gurau sket pon tak leh XD'

aku pasti, nombor tertera itu adalah nombor zarul.

'kalo aku kejut, ko tak bangun, siap ko kat kolej nanti'

***

"kau dah la tak bangun time aku kejut aritu" aku bersuara. ketika itu aku terserempak dengannya di luar koperasi pada waktu rehat.
"sekarang, baik kau belanja aku" aku sambung lagi. aha..padan muka, siapa suruh kau tak bangun kan...

"aku belanja polisterin, nak?" zarul menyakat.
"ek eleh, takat polisterin je? memang tak kenang budi la kau ni"
"ok, kau nak apa?"
"aku nak..."
"gini-gini. jumpa aku dekat foyer pejabat. habis kelas aku kasi kau something, tanda aku kenang budi. ok? i've made you something...special"

dan zarul yazid berlalu pergi tanpa meminta kata sepatah dari aku.
pandangan mata hanya mampu menghantar dia ke jalan raya besar menuju ke bangunan akademik.

"jangan lupa tau!" terdengar dia melaung kuat. aku senyum.

***

'zarul, ak xnk bende tu. ko amek blk lps abes kls esk ptg. ak tggu kt foyer pjbt'

sms dihantar. budak zarul ni pelik. eh, bukan. unik. apa maksud dia dengan benda ni?

'ko xske ke? pnt ak wat. smpai ati ko. ko la yg xkenang budi'

sms berbalas. laaa...

***

"zarul, kenapa nama kau 'zarul yazid' aa?"
"kenapa? tak sedap ke? macam la nama 'siti zakiah' sedap sangat"
"ada pulak macam tu. bukan tu maksud aku. aku cuma tanya. kau ni sensitif tetiba, pahal?"
"em.."
"weyh, kau teringat something ke?"
"aku teringat kat abang aku la..." mendatar suara zarul. tak pernah lagi aku dengar tune-nya begitu.
"abang kau kat mana sekarang ni?"
"patutnya, sekarang ni dia dah ada sama dengan kita, mungkin buat kos yang sama macam aku. atau satu kos dengan kau..."
"tapi mana dia?"
"dia...dah takde. meninggal masa kecik. mak aku kata dia demam panas. dia kembar aku"

senyap.

"i'm sorry"
"its ok. tadi aku tak jawab lagi soalan kau kan?" dia cuba menutup kesedihan.
"soalan mana? owh, yang nama tu eh? haah, kenapa nama kau 'zarul yazid' aa? kenapa takde 'muhammad' ke...'mohd' ke"
"nama aku unik tak?" dia senyum.
"unik!" sambil tu aku mengangguk, tanda aku setuju sangat nama dia punya aura unik.
"nama aku tu, sebenarnya diabadikan nama arwah abang sekali. aku zarul. arwah yazid. mak aku yang letak macam tu supaya aku ni tahu yang aku bukan anak tunggal tapi aku ada abang sebenarnya" panjang dia terangkan.
aku diam. patutla...
"lagi pun, mak aku kata, aku ni ada sifat arwah abang aku sikit. suka merengek, nak tu, nak ni"
"owh, macam kau buat kat aku masa kita ada program "Pembangunan Kepimpinan"?
zarul senyum. aku senyum juga. masakan kenangan itu dilupakan begitu sahaja?

***

"serius kau tak nak zek?"
"tak nak lah. mahal kan?" aku memulangkan 'something' yang diberi zarul dua hari lepas.
"tak lah. aku buat ni. mana pulak aku beli. aku belajar buat"
"tak mungkin. sempat pula kau buatkan untuk aku?" aku tak puas hati.
kemudian, dia melangkah beberapa tapak, lalu duduk di tangga depan foyer pejabat. terdengar keluhan diiringi rungutan daripada zarul.

"kau yang tak kenang budi. kita punya la sayang dia bagai nak rak. dia pulangkan balik tanda sayang ni. dah la pasni takde tempat nak merengek. orang tu tak sudi...nak buat macam mana kan. haih~ lepas ni dengan mama tersayang je la kita nak merengek, nak tu, nak ni"

aku berjalan ke arah tangga dan terus aku melabuhkan punggung, duduk bersebelahan zarul yang hanya beberapa jengkal dari bahunya dan bahu aku.
"apa kau cakap ni? aku kejut subuh je pon. bukan aku buat apa"
dia pandang aku, kemudian memuncung dan menunduk mukanya. dipandang polisterin putih di genggaman. memang dasar mengada! dasar budak kecik!

"kau ni pahal? ngada pulak" aku bersuara.
"zek, kau tak sayang aku eh?"

huh?!

"kau sayang ke tak? ke nak aku cakapkan bagi pihak kau?"
"benda kau ngarut ni?!" aku dah tak senang duduk.
"ala, kau sayang kat aku kan. cuma kau takut. takut aku takde feeling kat kau. kan? kan?"

senyap.

"aku dah lama perhatikan kau. sejak awal orientasi tahun lepas lagi. bila tau orang panggil kau 'zek', aku terus-menerus mengingat kat kau. pastu, tahun ni, kita dua masuk program tu. sekumpulan lagi. tu sebab aku suka panggil kau. tak pernah lekang mulut ni dari menyebut nama 'zek'. tapi..."
"tapi apa?"
zarul pandang aku dan senyum. aku berkerut. apa dia?

"tapi, aku lagi suka panggil nama penuh kau, 'zakiah'. sedap. daripada 'zek', macam laki je. lagipun, panggil nama penuh kan elok.zakiah."

aku diam. aku nak respon apa? dia ni straight forward sangat. aku tak pernah terpikir soal hati lagi sejak kejadian tiga belas bulan yang lalu. aku dah tak nak terluka. aku dah penat. aku dah letih.

"zakiah" zarul memanggil.
"zakiaah..." suara zarul lagi.
"zakiah, kau ada kisah silam eh?"

"aku zek! jangan kau panggil aku dengan nama tu. aku tak suka!" tiba-tiba sahaja aku melenting. pantas aku bangkit dan berlari meninggalkan foyer pejabat. berpusu-pusu memori lama memenuhi kotak minda ini. sekental aku pun, aku masih lemah saat nama 'zakiah' dilaung-laungkan. aaarrggh, benci!

***

berminggu-minggu mesej zarul aku biarkan. apabila ke kelas, aku sedaya-upaya tidak mahu bertembung dengannya di laluan kaki lima. kalau terserempak, aku buat tak nampak, sehinggalah satu hari...

"zakiah"
"zek"
"zakiah. aku panggil zakiah, zakiah la. kau jangan sama kan aku dengan budak tu!" zarul tiba-tiba melenting. nasib tiada siapa yang dengar. bergema segenap alam.
"apa kau tau? kau tak tau apa-apa pasal aku and please dont call me zakiah. i hate it" aku beri amaran.
"aku dah tahu segalanya. kau tak boleh begini, zakiah. aku bukan macam dia. aku ikhlas"

senyap.

"kau pernah kata nama aku unik kan?"

aku membatu. tiada respon daripada dialog zarul yazid.

"nama kau pun unik. zakiah. kalau aku boleh terima mak aku panggil aku dengan nama arwah abang, takkan kau tak boleh terima kalau aku panggil kau dengan nama 'zakiah'?"

aku masih lagi membisu. betul, keluarga zarul memanggilnya dengan nama 'zid' yakni berakar daripada 'yazid'. bermakna, mereka masih lagi mengingati arwah. sampai sekarang.

"dulu aku sedih sangat. mak tak habis-habis panggil aku dengan nama arwah. sikit-sikit 'yazid', seolah-olah, aku ni tak wujud tapi arwah yang wujud dalam rumah tu. bahkan, aku pernah berkecil hati. tapi, bila pikir-pikir balik, aku patut bersyukur dan gembira. mak buat macam tu demi menyatukan aku dengan arwah. kiranya, aku tak keseorangan sebab 'dia' selalu ada"

senyap.

"kau mesti belajar menerima. kalau aku boleh, takkan kau tak boleh? yang lalu, biarkanlah. kau mana boleh hukum manusia kat muka bumi ni. tak bermakna lelaki lain sama perangai dengan budak tu. aku ikhlas. you get me, siti zakiah?"

***

hari ini genap dua bulan kami bertunang. elok dan cantik kad yang tertera dua nama itu. zarul dan zakiah.
teman-teman dan kaum keluarga juga perakui bahwa nama kami secocok, seperti sudah tersurat takdir yang kami akan bersama-sama.

mama tetap memanggil zarul dengan nama 'zid' walaupun di atas kad, nama 'yazid' tidak digandingkan. kata mama, "bukan yazid yang nak menikah nanti, zarul kan? lagi pun, padan benar nama kamu berdua ni"

dan gelak tawa memenuhi ruang tamu itu.

"zakiah" tunang aku memanggil dan aku terpaksa meminta diri daripada kumpulan manusia di ruang tamu.

"apa zarul?"
"nah"

aku membuka polisterin yang pernah aku tolak suatu ketika dahulu. tersenyum aku.

"lepas ni, mana boleh panggil 'zarul'. panggil 'abang' ok?"

seketika, teringat aku pada gurauan teman-teman sekumpulan dalam program yang pernah kami berdua sertai di kolej,

"kau tu, kejap lagi boleh la jadik bini si zarul"


moga atas nama cinta, kasih akan kekal abadi...

-sipenuliscikai-


punggah barang, tertarik satu kotak

semalam kemas-kemas barang. kemudian, tertarik keluar satu kotak ni

*bukak*

LargeGasp

baru teringat, dulu-dulu aku selalu buat benda ni. pastu aku dah tak buat. sekarang, aku pikir, nak buat balik lah


tapi, bila benda ni dah banyak sangat, aku nak bagi dekat siapa pulak?


haa...yang ni faveret aku. sebab dia kaler merah. gorgeous tak?



p/s : itu four-leaf-clover. tak rumit kalau nak buat. sebelum ni aku ada bagi dekat orang, tapi orang tertentu sahaja.



apabila sungai avon menyaksikan pertemuan dua sahabat yang tidak disangka

***

"nanti! disebabkan awak dah sakitkan saya,tak adil kalau awak pergi tanpa denda", lancar saja dialog aku.
"tapi sekurangnya saya dah minta maaf"
"saya tak kata saya maafkan awak"
"maaf dan maaf. ok,dah tiga kali saya minta maaf, rasenye saya dah terlepas. up to you la nk maafkan ke tak", jawabnya angkuh.
"heh,maaf tak ikhlas", jawabku sinis. dia pandang aku. tajam. keadaan seakan tegang... kau memang cari nahas la, farahin... hatiku berdetik.
"ok, fine. apa dendanya?", dia menyoal, lagak tak puas hati dengan diriku.
"well,simple je. awak dah tau nama saya, jadik..."
"jadik saya patut bagitau awak nama saya? begitu? kalau saya tak nak bagitau?"
"i will not forgive you forever"...cewah, aku speaking... kau kerek dengan aku, aku kerek dengan kau... hatiku berapi-api saat ini.
dia terdiam dan kemudian tersenyum.
"awak ni kelakar la", kata si dia.
"huh?", aku mengangkat kening, tanda hairan.
"ariz. mohd ariz", dan sekilas, dia berlalu pergi.

***

"kalau ariz dah tak sayangkan leeya, tu leeya boleh terime,riz! tapi kalau sampai kain tu ariz koyakkan...", suara perempuan itu bergetar.
"huh?!", spontan aku memberi reaksi. komik-komik detective conan tidak semena-mena jatuh dari tangan ku. suasana senyap. mata bertemu mata. aku, ariz, budak perempuan itu dan lelaki itu, masing-masing berpandangan.
"ariz?"aku bersuara.
"lee..ya...fa..rahin...", ariz tergagap-gagap menyebut dua nama itu.
"oo..jadik, ni la pengganti leeya. cukup la riz!", lantas budak perempuan yang membahasakan diri sebagai leeya, terus berlari dari tempat pertemuan kami berempat. aku sempat menangkap esakkannya.
apa ni...aku terpinga-pinga. leeya? erk! aku terlibat sekali dengan drama live ni ke??

***

"hello" suara garau milik empunya badan memulakan perbualan.
"hel..hello"perlahan aku menjawab. suaraku serak-serak, memberi petunjuk kepada bashier bahawa aku sedang menangis.
"laa..nape ni..?problem?"
"em.."
"ok, ok. sshh...i'm with you"
"haih..macam mane nak kasi tau ni. aku tak tau bashier..."
"ok, slow slow...aku dengar"

***

"takde pape. sufi eh nama kawan awak?", topik dialihkan terus.
"tukar topik. haah, S.U.F.I.", satu per satu huruf dieja ariz.
"rapat dengan dia ke?"
"sangat"

***

"farahin.."
aku menoleh.
WHAT?!

"weyh, kau kenapa? tengok aku macam hantu je" soalan diaju.
takkan tu ariz? dia ada kat sini?

***

"dunia ni kecik kan?" suara itu seperti dituju khas buat ku dan ariz berlalu meninggalkan wisma pelajar. pertemuan dengan senior sudah berakhir. aku sempat menangkap bibirnya yang terangkat sedikit, tanda sebuah senyuman sinis. sinis? tidak. aku dapat rasakan, itu sebuah senyuman yang membawa maksud lain.

***

"farahin, tolong kasi ni kat ariz. dia punya, semalam i pinjam" anis menghulurkan buku. tak tahu buku apa..buku literature kot..
"ariz?"
"haah"

***

"balik dengan saya lain kali. nak?" diambil pula kamus thesaurus oxford.
aku tak keruan. balik dengan ariz? kerja gila!
"kalau saya takde kawan, saya balik dengan awak la. tapi, awak laki" baik ambil thesaurus sekali.
"kita kan duduk melaka" ariz seperti beriya ingin balik saing dengan aku.

***

"awak macam mana?"
"em?" ariz pandang aku. cepat-cepat aku pandang pada kain kanvas yang pada mulanya, hanya berwarna putih. kini, sudah banyak warna menyimbah permukaan kain tersebut.
"ye la...lepas semua yang berlaku..takkan habis macam tu?" busybody aku ni.
"habis" monotonous bunyinya. bayangan leeya dan esak tangisnya masih ku ingat. takkan perempuan secara zahirnya secocok dengan ariz, sudah tiada apa-apa lagi hubungan dengan lelaki bermata redup ini?

***

"abang, ariz...dah jumpa orang lain eh? budak perempuan kat popular tu ke?fa..fara.." leeya sempat bertanya sebelum kereta hakim beredar dari situ.
"leeya, ingat pesan abang. budak perempuan ke, gadis ke, wanita ke, biar abang settle dengan ariz,ok?"

***

"kenapa mesti sufi? saya pernah ke ada hubungan dengan dia?" aku berkerut. sesi lakonan dimulakan. mimik muka dijaga. ariz tahu segalanya?
"ingat lagi grand dinner?"
"grand dinner? tgb? ke...kk?" alamak...terlepas sudah...
"kk? awak ni..." ariz mengangkat kening.
"apa?"

***

aku pandang di atas lagi. cantik juga props tu...dan orang yang menggantungkannya pun...

"ARIIIIZZZ!!"

dalam sekelip mata, sekujur tubuh jatuh terhempas dari tempat tinggi itu. semua budak berlari. luqman mendapatkannya. sungguh, ariz tidak sedarkan diri. aku terkedu. kalau tadi aku sempat...ah! nak menyesal apa? benda dah jadi.

***

apa yang terjadi seterusnya? sejauh manakah hubungan adam dan hawa ini? misteri apakah yang cuba diselindung oleh mereka berdua?

nantikan kemunculan novel ini pada tahun 2018.

-sipenuliscikai-

***

terpikir nak tukar kerjaya. jadik penulis boleh buat duit duit.



kreatifnya doktor yang melayan pesakit macam aku

jangan taktau ya, sepanjang hidup aku ni, beberapa kali je aku menapak ke rumah sakit. alhamdullilah. Tuhan kurniakan aku otak, badan dan hati yang sihat. cuma, suatu ketika, salah aku, aku biarkan hati ni dihunus kata-kata setajam pedang, tu yang tak sihat-sihat sampai sekarang. apa ke kejam benar aku ni kan.

ok. enough of the crappy words. lets move on to our topic guys. cewah, aku speaking. dah, berenti di situ saje. aku malas ber-speaking. ayuh berbicara dalam bahasa aku.

***

[dalam lingkungan lima tahun]

aku di-diagnos-kan untuk menghidap penyakit demam campak. dalam bahasa inggeris chicken pox. tapi aku meragui samada dua penyakit tu adalah penyakit yang sama atau tidak. boleh di-google-kan nanti. pokoknya, aku stick pada perkataan chicken pox saja ya.
masa tu, aku bangun pagi. pastu, aku rasa badan aku gatal-gatal. miang semacam sungguh. abah pun bawak aku ke rumah sakit. setiba di sana, antara dialog doktor yang paling tidak akan aku lupa seumur hidup ;

"adik jangan garu-garu tau. kang adik garu, sotong kurita keluar dari bintik ni"

LargeGasp

dah kate umor lima tahun kan. muka doktor tu pon bersungguh-sungguh khabarkan sotong kurita pasti akan keluar. jadik, aku percaya 100% tanpa rasa keraguan sekulamit pun. balik rumah, mak aih....seksa seksa.
tangan aku menahan-nahan taknak kasi garu badan ni. ye lah, kang aku garu, sotong kurita keluar. mampos aku .
rasa miang tu akan berenti once umi sapukan lotion kaler pink-putih. sejuk je rasanya.

[umur empatbelas tahun]

aku difailkan kes orthodontik. sebelum dipasang wayar-wayar (pendakap gigi/braces) tu, ada la dalam empat batang gigi geraham dicabutkan tanpa kerelaan aku. kemudian, hari yang mencipta sejarah pemasangan wayar gigi telah tiba.
aku ingat lagi betapa kreatifnya doktor itu melalaikan aku dalam masa sepuluh saat.
masa tu, doktor dah pasang braces dekat gigi aku. cume tinggal nak ketatkan braces je. si doktor dah ready dengan alatan berupa playar. dada aku dah terombak-ombak tanda aku seram tengok playar tu. nasib aku tak pengsan kan.
kemudian, entah kenapa, doktor yang dari tadi senyap, tetiba je dia pandang mata aku. aku pandang mata dia balik. thank God he's not my taste. pastu ...

"sakit tak sakit. sakit tak sakit. sakit tak sakit"

sambil tu dia pusing-pusingkan playar nak ketatkan pemasangan braces. dalam pada tu jugak, aku dah terpinga. apa kes doktor nih? tetibe je. dalam aku terlalai tu...

"AA!" aku terjerit tanda rasa sakit. hampas tol Sarcastic.

"oo..dah sakit dah. ok ok"

baru la dia berenti dan baru lah ku tahu sebenarnya doktor tu sedang melalaikan aku dengan menyebut "sakit tak sakit". kreatif kreatif.

***

pada awal ayat entri ni, aku dah state-kan yang aku jarang sakit. jadik, hanya dua kes ni saja yang aku ingat sampai sekarang.
apa-apa pun, aku ucapkan tahniah pada doktor-doktor ni sebab berjaya mencipta benda kreatif. paling kreatif part membohong aku la.
ade ke patut sotong kurita keluar dari badan. bila dah besar dan aku dok pikir balik, senang nya kanak-kanak ditipu. haih ~ no wonder la ada kes culik ek.

kepada sahabat-sahabat yang bakal jadik doktor seperti doktor imran, doktor hosni, doktor intan, doktor myra, doktor kid, doktor syapik caid dan manusia yang tidak disebutkan aku, harap anda punya daya kreativiti seperti doktor-doktor yang pernah merawat aku.
(tapi toksah la membohong tahap tak masuk akal tu. paling tak boleh bla).

owh tak lupa juga, moga kalian gapai title yang aku sebut dipangkal nama kalian itu.



how to break and mend my heart

#1 sediakan alatan terlebih dahulu. macam aku, aku suka kaler merah, jadik aku pilih kertas kaler merah. bagi yang inginkan kaler lain, dipersilakan


#2 potong kertas warna menjadi dua segi empat tepat


#3 lukiskan lengkung di hujung kertas segi empat tepat dan potongkan keduanya menjadi seperti dalam gambar rajah


#4 ambil salah satu kertas segi empat tepat. gunting secara lurus di garisan tengah. awas! jangan gunting sehingga hujung kertas itu. sudah memadai andai kamu gunting sehingga tanda putih


#5 sekarang, selitkan kertas tadi pada kertas yang satu lagi


#6 tadaaa! kamu dah dapat satu bentuk hati [love]


#7 you break my heart


# 8 now you mend my heart


untuk tak kasi "hati" tu tercabut, kamu boleh lekatkan pita perekat di belakangnya


***

yang ni aku belajar dari art attack. boleh gunakan cara ni untuk pujuk kawan korang yang merajuk. aku dah test. menjadik!

selamat mencuba ya.



ingat dunia digimon je ke yang ada kegelapan? dunia aku pon ada jugak lah

satu malam, di kala manusia diulit mimpi dan lampu bilik ditutup. gelap. tapi tidak pekat dan gelita. ada samar cahaya lagi.

"in kenapa kau tarok bintang glow-in-the-dark banyak-banyak?"

"sebab aku takot gelap"

"sebab tu?"

"haah. kalau tarok banyak-banyak, takdak la gelap benar. senang sikit aku nak tidur. ni aku pikir nak tambah lagi. rasa macam tak cukup pulak"

"tak payah la. kang kau nak pergi new zealand, aku nak kau cabut. angkut semua atas kapal"

"tak yah...aku beli dekat sana je nanti"

[diam]

"in, asal kau takot gelap ha?"

"sebab aku takot la"

[selimut ditarik, angin malam ni sejuk sungguh]

"jawapan yang menarik"

"em..."

[diam lagi]

"aku memang tak boleh la..." suaraku kendur dihujung ayat.

"tu sebab ke aku selalu nampak lampu terpasang dekat bilik kau? kau sengaja bukak memalam eh"

"haah. nanti tak gelap. senang nak tidur"

"membazir la. kau tidur tutup mata kan. lampu bukak ke lampu tutup ke, yang penting, bila kau tutup mata, bukan nampak lagi. serupa je"

"tak serupa aa. lampu ada, takdak gelap. aku tak pikir pape. lampu takdak, gelap ada. kang mula la aku terpikir macam-macam"

"kau pikir apa?"

"apa-apa je la"

"contoh?"

"em...aku pikir ada 'benda' lain. weyh, kau bukak lampu sekarang. kau ni memang la. kan aku dah start pikir"

"laaa...baru tanya sikit, takkan terus kau pikir bukan-bukan?"

"aku kata bukak, bukak la"

[bilik terang]

"kau kenapa ha? sejak kecik memang takut gelap eh. kau pernah jumpa pape ke?"

"haah, sejak kecik aku takot. tak pernah jumpa dan aku tak mau jumpa. terima kasih je la"

"dah tu, kau tak pernah jumpa, tak pernah nampak, camne kau boleh pikir bukan-bukan? bayangkan mende bukan-bukan?"

"mana aku tau. dah aku macam tu. tapi, aku pernah dengar bunyi orang cakap-cakap. mase tu dekat rumah ayer keroh"

"then?"

"aku diam je la. aku nak buat apa pun. aku taktau siapa cakap-cakap. yang aku tau, semua orang dah tidur"

"eee..kau tak bagitau pulak dekat sesiapa?"

"aku bagitau umi. itu pun masa aku form berapa entah. yang aku dengar tu time aku darjah dua kot"

"umi cakap apa?"

"umi kata takde pape. imaginasi aku semata. umi pun malas kot nak layan aku time tu"

"hehehe. entah-entah, kau yang silap dengar"

"aku tak pekak la time tu. aku dengar betol-betol. alah, kalau aku cerita lagi panjang, bukannya kau nak caya. aku pun dah lama decide yang kejadian tu hanya rekaan dalam kepala otak aku je. taktau penah wujud ke tak"

"kalau kau dah decide macam tu, apa yang kau nak takot lagi?"

[diam yang sangat panjang]

"weyh in! kau dah tidur ke. dah, hutang aku yang aiskrim tu takyah bayar eh"

aku malas nak jawab soalan dia tu. baik aku tidur. biarkan dia merapu sorang-sorang. hehehe.

***

dalam kubur nanti, semua gelap kan?
doktor kid, saya dah test cara tidur yang dicadangkan. tak boleh.
kaki pasti akan bergerak ke suis lampu.
tangan pasti memetik suis itu.
mungkin satu hari, saya kena kuatkan diri untuk atasi gelapan seorang diri.

satu hari....ye, pasti satu hari itu akan datang.



ini seriyes, aku tak main-main kali ni

aku baca blog ni (wajib klik, jangan nak ngelat). aku hanya mampu scroll ke bawah untuk habiskan tiap patah ayat yang ada. aku ngaku, aku tak reti nak mengulas kisah saudara kita, tapi aku reti untuk mengutuk perbuatan mereka yang membunuh semahu-mahunya dalam hati yang dah beku ni.

sekurangnya, aku dah buat tiga daripada empat perkara yang dinyatakan dalam blog itu, yakni :

1 - doa

2 - sokongan

3 - menghabiskan pembacaan entri itu





anda bila lagi?



pendedahan jenayah ex-klusif



"abah, tengok kucing tu!"




pancaindera ke enam

peristiwa pertama :

"kau dah dengar lagu love story taylor swift tak? sedih weyh lagu tu. rasa nak nangis je"

"dah...takde la sedih mana. biase je. jiwa kau tu yang sensitif sangat"

***

peristiwa kedua :

*background lagu fall for you*

"ee...lagu ni buat aku sedih la"

"biase je" [dengan mimik muke yang toye]

"sedih laaa. melodi dia buat aku nak nangis"

"ek eleh. biase je la. aku tak rasa pape pon"

***

sedih sangat ke lagu-lagu tu? aku dah tak rasa pape pun. kosong. kosong. kosong. malas dah nak menjiwai semua ni. buang karan (tapi dengar jugak tiap-tiap malam Frown)

well, aku dah tarok hati aku dalam peti ais kasi dia beku. bila beku, dia keras. orang nak cucuk pon tak boleh. kalau jatuh-pecah-berderai, abaikan. aku dah tak heran. apa guna ada hati kalau hati tidak dijaga Crying.
ape kejadah aku dah start meraban nih.

jom kita cerita pasal hati.
ok, hati. dalam bahasa inggeris, heart. dalam bahasa arab, qolbun.
heart - hurt
qolbun - kalbu
apa kaitannya? aku taktau.

satu malam, aku baring. aku pandang siling berbintangkan glow-in-the-dark-yang-dah-hampir-tertanggal-tanggal. aku punye la pikir dan pikir hinggalah membawa kepada beberapa soalan;

"kenapa kita ada hati?"

"kenapa hati yang terluka susah nak sembuh?"

"kenapa manusia bukan robot yang tak punya hati?"

"kenapa perlu ada hati?"

lagi aku menerawang entah ke mana, lagi macam-macam soalan tertimbul hinggalah sampai satu titik (baca : point), aku dah taktau apa yang aku pikir sedalam-dalamnya Confused. malam tu, aku jadik separa-gila.
nasib aku kunci pintu bilik.

last-last, aku capai kata sepakat. monolog dalaman tercetus.

"hati tu kan untuk Tuhan. siapa suroh kau letakkan hati kau di tempat salah. kan dah kena. bila dah sakit, baru nyesal kan. dah, ayuh kita solat. kau belom lagi solat isyak"

perlahan-lahan aku ke pintu, unlocked the door, pergi tandas, ambil wudhuk.

tau apa yang aku rasa lepas berwudhuk?

ketenangan.


alright, tutup cerita pasal hati. eh jap, korang boleh klik kat sini sebab aku teringat akan si dia.

em...buat masa sekarang, aku tengah syok dengar lagu berfolderkan sixth sense. dah, jangan nak kutuk band tu. aku takkan benarkan korang kutok band tu dalam ruangan komen.


"adi, you jangan la jerit-jerit. sakit tekak nanti, macam mana nak call i, nak borak-borak dengan i"