sumpah takkan menjadik!

sempena musim salji exam yang bakal menjelma, aku mau berkabung seketika daripada dunia blog spot dot com.

jangan rindukan aku tau.






*owh, perasannya aku*

suck sex full

lucah la kamu. ni semua salah dj musher yang ajar aku.
(jangan klik. lucah tu)

siul

successful. baru betul.

ye, aku berjaya siapkan lima esei dalam masa seminggu aku bercuti. aku ulang. lima. bukan dua atau tiga. dan bukan esei biasa-biasa yang macam kau garapkan pada usia kita-kita mahu ber-es-pi-em. bukan. ini esei sastera dan sosiologi.

aku cabar kau buat. hahahahaha.

boleh kata sakit otak jugak karang esei-esei tu. esei sosiologi ada sembilan muka. esei sastera ada empat muka bagi setiap satu soalan. banyaknya. tak tahu lah skor ke tidak. haih. boleh ke kau terbang tinggi ke awan nanti, cik bawang?

dan aku mahu huha-huha kan dalam rumah aku ni yang satu pen pilot super-grip 0.7 sudah tamat riwayatnya. ni semua gara-gara aku menulis lah. terasa bangga habis. jarang pen aku tamatkan riwayat melainkan dia ghaib. ceys.

bila pikir-pikir balik, nampaknya aku lagi rela mengarang esei daripada aku menyudahkan laporan makmal (lab report). mesti jadik budak engin dan budak ib sakit otak tahap cipan kan?. dengan formula E equal to ee-em-squared yang kena hafal, pasti nak tercabut urat saraf korang. muahahahaha.

alah, aku pun terasa nak tercabut urat saraf bila tangan mau mencontengkan kata. esei sastera men-demand-kan aku me-relate sana sini. serabut.
esei sosiologi kali ni pulak, membunuh. nasib bunuh secara fantasi. bukan realiti.
tapi sumpah aku kata, esei sosiologi membunuh tak ingat dunia. aku perlukan masa sebanyak tiga hari untuk menyudahkan kata-kata terakhir. lagi sekali, haih.

aku berenti sini dulu. kesian cikgu aku lagi sorang. kerja statistiknya langsung aku tak sentuh. suci je kertas-kertas yang dia kasi. diskriminasi betul aku ni.
esok dah balik kolej. memang tempah maut cik bawang kita ni.

dah-dah. mau pulun kerja statistik pula.

p/s [1]: ini entri boastful. haah, memang aku tengah berlagak kali ni. kasi chance aa beb.
p/s [2]: wahai pembaca yang aku sayangi, doakan aku terbang tinggi melangit. aku mohon pada kamu. terima kasih.

sengihnampakgigi



aku mahu hubungan kita putus

panggilan telefon diangkat.

nyesal tekan nombor dia tadi.

"miscall?" suara garau di hujung sana.
"em"
"lamanya tak contact i. baru sekarang nak rindu?"

pulak dah...nak merajuk la tu.

"i saw you on tv. tapi satu episod je. pastu i malas nak tengok your show lagi"

kau pikir kau sorang je boleh merajuk?

"hem? why?"
"you nampak mesra dengan dia. i tak boleh terima. tapi tu kerja you. nak buat macam mana kan? i know, i kena jadik profesional, but lama-lama makan hati tau tak"
"ok...so what's your point sayang?"
"i want everything between us to be over"

**TUP** [ off ]

"hi adi!"
"owh hi. what's up?"
"nothing. oops, adi, hold on for a sec. call waiting"
"ok dear"

"el, it's over ok. it's over"

"sorry adi"
"it's ok. siapa call?"
"ehe...kawan. kawan biasa. so adi, what's new?"
"nothing. where have you been? sunyi je"
"em. tak pergi mana-mana. well, nice haircut, adi"
"you like it?"
"of course i like it. nampak cute"

*batuk*

"sakit tekak lagi?"
"yeah..."
"hem...tu la, i listen to your song. dengar you jerit-jerit. risau i"
"ehehe"
"don't forget to take your medicine, ok?"
"alright darl"
"ok lah adi, i think nak masuk tidur. you tidur la jugak. night adi"
"night farah"

shoot! dia panggil aku farah?




"in, sudah-sudah la. berangan je kau ni"

*aku ditarik kasar ke dunia realiti*



baiklah, mau siapkan esei sastera (literature) pulak.




p/s : seriyes aku dah lama tak dengar suara adi.



nah! - aku bayar lagi

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:

# lesen kereta
# pisau
# adobe reader gadget
# mp4 player
# autograf dia dan dia.


Alasan terhadap pilihan tersebut:

# supaya aku boleh pergi mana-mana yang aku suka.
# tak perlu tahu.
# senang nak baca e-book. mau download banyak-banyak!
# mp4 dulu cuma ada satu gig. aku maukan gig lebih.
# saje. aku tak puas hati tak dapat tengok muka mereka.


5 Impresi terhadap orang yang diminati :

*semua yang ada pada bidadara*


5 Perkara hebat yang pernah dilakukan :

# menulis diari sejak umur tujuh-lapan tahun.
# sangat pro dalam hal cuci tandas.
# menang merentas desa tiga tahun berturut dekat kk.
# menang explore adeen dan amazing race english week.
# masih bertahan menjadik anak MARA.


5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi)

# langit
# bayi
# tandas orang jepun
# kalkulator budak ib (aku kagum gila)
# entah - tak dapat nak pikir.

5 perkara yang dibenci

# panas baran
# egoistik
# kepala batu
# hipokrit
# selalu nak menang.

jangan nak terasa, aku refer semua tu ke atas diri aku.

5 orang yang hendak ditag

# ally iskandar
# adi 6ixth sense
# robert pattinson
# dj musher
# zamrud kalam

baiklah, mau siapkan esei sosiologi!

dialog anak kecil #4

"in, dah lama kan tak makan kat situ?"

aku kalih pandang luar tingkap. nampak huruf M gah di langit biru. pandangan tembus terus ke patung badut yang terperosok duduk dalam bangunan tunggal itu. bagai sedang melambai ke arah aku. aku senyum sinis. abah terus drive menyusur jalan raya. aku tengok macam tu. pandangan tanpa nafsu.


aku kemudian toleh pada abah.

"haah. kali terakhir in makan time bulan 12 tahun lepas"
"em...abah pun dah lama tak makan"
"in sejak pasal palestin, in dah tak makan-makan dah"
"lama kan tak makan?"
"em"

aku angguk. memang lama gila.

hari ni, tiba-tiba aku teringin nak menapak bangunan tunggal tu. heh, tipula kalau aku kata aku tak rindu fast food berhuruf M.

"abah, jom mcD" nak je mulut ni berkata. jujurkan apa ada di hati.


dulu-dulu, aku la hantunya. aku la yang dok ratah tiap lapis bigmac nya. aku la yang jilat kilat sundae nya. aku la yang sedut sehabis mahu air coke nya. masa kecik-kecik, permainan dalam kotak happy meal yang aku gilakan. pantang tengok permainan baru, aku order-kan saja happy meal. menginjak umur sepuluh, aku dah pandai mintak abah hidangan mcvalue. masa tu, kalau order-kan mcvalue, fuh, kira dewasa habis la. rasa matang yang amat. macam aku ni se-level dengan pekebun moden, cikgu kelas 5E, budak uia. bangga sungguh.


makin lama, kegilaan aku meningkat. aku hinggakan bercita nak buat buku log tentang restoran M. ala...macam buat buku log pengakap diraja. mula-mula kena tarok sejarah restoran M - siapa pengasas dia, bila dia ditubuhkan, apa visi-misi dia. pastu, tarok tentang keistimewaan restoran M. jangan lupa, gambar. itu yang penting.
sejak dari tu, setiap kali aku ke restoran M, tak sah kalau aku tak amek pamplet yang tersedia ada di satu ceruk. tak sah kalau aku tak hafal harga menu a la carte. tak sah kalau aku tak ingat desserts & sides. tak sah kalau aku tak usha pekerja dia. sampai satu tahap, aku dah pandai mengagak bayaran yang aku kena keluarkan untuk satu mangkuk bubur ayam saiz kecik dan spicy chicken mcdeluxe dari senarai a la carte. tak silap, semua sekali cuma RM 11.13 kot. itu termasuk cukai kerajaan.
paling-paling tidak, keluar je dari restoran M, duit sepuluh ringgit konfem hangus.


sebagai kekanak yang membesar bersama restoran M, aku ingat lagi uniform yang crew dia saukkan. dulu-dulu, *ciknor pakai baju belang-belang kaler merah-putih. lepas dah lama ciknor berenti kerja, aku tengok sekarang ni crew dia pakai baju kaler oren, siap dengan topi hitam. cool. sampai dekat kaunter, greeting dia pada aku seakan begini;

"ye, selamat petang (kalau petang. kalau pagi, selamat pagi la). makan di sini atau bungkus?"

aku sengih. dia pun sengih dekat aku. mesra.

ada satu attitude yang abah ajar pada aku bila makan kat restoran M. setiap kali habis makan, kemas meja tu. sampah dikumpulkan. pastu, angkat tray, pergi dekat tong sampah yang tersedia ada. buang sampah. tray diletak atas tong itu. kalau boleh, amek tisu, lap sikit-sikit meja tadi.
heh, betul la cakap orang.

"melentur buluh biarlah dari rebungnya".

kata abah "dulu masa abah belajar kat US, tak pernah abah tengok orang US tinggalkan meja macam tu je. dorang kemas. orang malaysia tak".
dan disebabkan aku nak berlagak macam orang putih, aku amalkan attitude yang abah ajarkan. dari dulu sampai la kali terakhir aku makan di restoran M.
aku bangga amalkannya. kalau si crew restoran M terlihat attitude aku, aku hanya lemparkan senyum manis. dalam hati, meletup bangga habis.

sekarang, semua tu kenangan semata. aku kekal haramkan tapak sandal dari masuk ke restoran M. aku kekal haramkan jari meraba nombor telefon restoran M. aku kekal pekakkan telinga bila sahabat mengajak membeli di restoran M. aku kekal rabunkan mata pada iklan promosi hebat restoran M.

aih, kuat kah aku?



p/s : sampai sekarang aku benci pada si badut restoran M. pernah tengok batman? dari cerita tu la kebencian terbangkit.

kenapa nabil wujud kan tag line ni ha?

lu pikir la sendirik!

hish. aku rase nak salahkan nabil bila dia wujudkan tag line tu. rasa macam nak bunuh jentik dahi dia.

aku ni malas sikit nak berpikir-pikir.
maka, bila aku tanyakan orang,
aku berharap sungguh untuk dapatkan jawapan.
tiba masa

"lu pikir la sendiri!"

hek eleh.

masa tu jugak aku rasa nak hentam orang yang jawab soalan aku tu. kesengalan.

(nak tengok aku buat ayat literature?)

however, looking at the bright sight, the catchline seems to trigger me to think a particular issue in depth and seriously. indirectly, nabil actually has educated the audience through his magnificent climax of joke. with that, the audience will digest every single thing first and not to absorb it on the spot. as a matter of fact, i should thank to nabil for popularizing the saying.

dah, aku sakit otak buat ayat literature. ingat nabil tu william wordsworth ke? atau katherine mansfield? tak pon arthur miller? atau oscar wilde?

nah. tolong berpikir bersama aku.




"korang ni, buangla dalam tong sampah. buat apa kasi kucing? kang kotor lantai, korang nyusahkan makcik ds"

"kesian la tengok kucing-kucing ni. dorang lapar. kalau tak kasi kang, dorang mati kelaparan macam mana?"

"ello, cats are designed to find their own food. pandai-pandai la dorang cari makanan sendiri"

"ye la. tapi, makcik-makcik ds tu kan dibayar gaji. biarla kalau lantai ni kotor. dorang bersihkan and at the same time, gaji pon masuk"

"korang lagi kesian ke kucing dari manusia kan? tak paham aku"



agak-agak, kamu pilih yang mana satu?

A - buang sisa makanan dalam tong sampah sebab tak nak kotorkan lantai dewan selera. secara tak langsung, kerja makcik dewan selera diringankan, kucing kelaparan.

B - tidak buang sisa makanan dalam tong sampah sebab kasihan dengan kucing-kucing yang kempunankan makanan. secara tak langsung, kerja makcik dewan selera bertimbun, kucing kekenyangan.



aku pilih A. tiada kompromi. titik.




ini sangat simple

1) Go to your photos' folder in your computer.
2) Go to the 6th folder of photos.
3) Get to the 6th picture in that folder.
4) Put the picture on your blog.
5) Put some description about the photo.
6) Invite 4 friends to join the challenge.
7) Link them in your blog.
8) Let them know they have been challenged

aku terpaksa edit sikit arahan tag ni. sebab-musabab :

1) aku tak simpan gambar dalam laptop. semuanya aku save dalam pendrive. so, aku guna pendrive dan cucuk dia masuk dalam laptop.
2) kalau kire susunan folder dalam pendrive tu, folder ke-6 adalah folder e-book. memang takde gambar. solusi - aku taram mana-mana folder yang ada gambar.
3) hohoho. gambar ke-6 dalam folder yang aku pilih tu sangatlah decent. takmo. maka aku amek gambar seterusnya.

dan inilah hasilnya. tadaaaa~!

deskripsi :

aku dalam kelas. pada awal pagi seawal 0745. berpakaian serba hitam sebab aku berkabung atas dasar kemurungan yang melampau. papan putih nampak bersih sebab aku baru habis padamkan contengan di atasnya.

sekarang, aku mau tag manusia-manusia ini :

* budak jepon
* budak US
* budak rusia
* budak mesir.

ok, aku dah bayar dah. leganya. fuih~!


p/s : hahahaha. sesungguhnya aku ni 'pengikut' setia. betul tak, dammit?

hi, nama saya bawang. nama awak?

"this time, your paper, is not really bad. you put so much effort to it, and i can see it. just about one or two, need to be polished because you seem to lose the track. i've check already and yesterday i told you that only some of you need to redo it, right? but then, to be fair enough, all of you have do it all over again. ok?"

habis la aku...sah-sah kena redo paper ni. dah la aku sengal sikit chapter 3 - social stratification.

"i call your name and please come to the front"

dup dap dup dap. kalau dulu, miss muna cuma hand in macam tu. kali ni, siap kena duduk depan dia, dengar apa yang dia nak komen. takpe la, tu lagi better. boleh tanya terus mana-mana yang tak paham.

"siti!"

sekilas aku nampak kertas A4 kosong tanpa garis yang penuh dengan tulisan. siapa lagi yang guna kertas macam tu untuk tulis esei sepanjang enam muka melainkan aku sorang je?

aku terus bangun. dalam hati ni, rasa macam taknak ngaku bila orang panggil dengan nama 'siti'. rasa macam nak toreh muka masa tu jugak, kasi buat plastic surgery. tak pun, sorok bawah katil muka ni.
tang tu jugak aku dengar satu kelas ketawa.

sialan.

aku sebenarnya alergik dengan nama "siti". tambah pulak dengan nama "farah". yaks!
aku tak boleh terima. gila apa panggil aku dengan nama-nama tu? kalau panggil aku "bawang", boleh la lagi telinga ni nak tadahkan dengar. tapi, kalau "siti" dan "farah"....duhai. longlai kepala lutut aku.
aku memang tak suka. ikutkan, nak je aku kuatkuasakan pengharaman dua nama tu terhadap aku. boleh?

mesti korang pikir cenggini bila baca post ni;

"mak bapak dah kasi nama elok-elok, guna je lah. ini nak benci-benci lak"

hello. aku ada reason. ok?

aku tak suka di-address "siti" atau "farah" sebab, dua nama tu tampak (pergh, word tak boleh bla) feminin. eee....that is just not so me.
kalau dah feminin, sah-sah pale otak aku set-kan 'lemah-gemalai', 'sopan-santun yang amat', 'cakap lembut sampai telinga susah nak tangkap perkataan', ketawa pelan-pelan', 'tunduk macam pokok semalu' etc.etc.etc. senang cerita, macam perempuan melayu terakhir lah.

tolonglah. sangat sengal. langsung tidak berkadar terus dengan diri aku yang sekarang ni.
macam langit dengan bumi.
aku bukan perempuan melayu terakhir. aku cuma budak perempuan yang ketawa ikut octave aku, berlari ikut kelajuan aku, melompat ikut suka aku, menjerit ikut nada aku, bergurau ikut kepala gila aku, maki ikut baran aku, nangis ikut sendu aku.

jadik, untuk gambarkan diri aku yang separa-perempuan (apsal lain macam bunyi word ni?), kan lagi cool kalau panggil aku as "farahin" atau "bawang".
er...kalau nak panggil "in", aku rasa kureng sikit lah. sebab hanya orang terdekat je yang diberi mandat panggil aku sebegitu.
ampun ya. jangan kecik hati tau. andai kata kamu bukan dari golongan yang rapat dengan aku, jangan lah ngada-ngada nak ber-"in" dengan aku. kang tak pasal-pasal kena tengok ekspresi kening terjungkit setinggi langit biru dari muka ni.

owh ya. andai kata aku sendiri yang bahasakan diri "in" dengan kamu, itu tandanya aku mahu hubungan kita tambah rapat. biar kita lagi akrab sengihnampakgigi .

tapi, ada satu ketika, aku terpaksa guna dua huruf tu dengan manusia asing. aku ulang, aku terpaksa. contoh :

di wai-em. atau dalam telefon. atau pertemuan empat mata.

"farahin dulu belajar mana?"
"mrsm"

untuk awal-awal perbualan, aku tak guna langsung kata ganti diri. tapi, bila perbualan makin meleret,

"farahin ok tak kalau pergi tempat sejuk? agak-agak kalau sejuk kena selsema, farahin pikir macam mana? pergi ke tak?"
"farahin rasa, kalau selsema sekali pun, tak salah kot. sebab nak pergi sana cuma sekali macam tu. bukan selalu pun. yang penting peluang tu"

kali ni, aku gunakan "farahin". pun begitu, tiga suku kata macam agak panjang. tak rasa ke? fa-ra-hin. aku nak taip mesej pun jenuh. jadik,

"in tak tahu la ayah kasi ke tak nanti. kena tanya dulu. kalau dah tanya, in inform kan. ok?"

last-last, aku gunakan saja "in".

nama "in" macam ada melodi tersendiri. hanya satu suku kata. in. ada nada tegas, definite, tetap. macam....certainty. aih, macam mana nak describe aa ?
yang penting, tak ada langsung tune 'lemah'.

i hate that word - lemah. heh.

hujan yang lebat, aku gigil ketakutan

luar library tengah hujan.

lebat gila.

aku homesick.


*counting the days*


.rabu.

.khamis.

.jumaat. - balik!



ok, nak pulang ke bilik. mau nangis bawah bantal kuat-kuat tanpa satu suara.

ini hutang kedua

tag from this girl.

Rules:

The Rules are simple. Use Google,etc to search for the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer. After that tag 7 people.

***

A favourite place

Favourite food

The city i was born in

Bad habit

Wishlist

A Place I’d Like to Travel To

Favorite color

Name of my love

College Major

The city i live in

The age of my next birthday

Hobby



p/s: takde la susah sangat.

aku bayar hutang satu dulu

aku ada hutang tag sebanyak enam. mak oi!

banyaknye.

tak pernah dalam sejarah hidup blogging aku ni, aku ada hutang sebanyak tu. takpe, aku cuba buat selo-selo. ok?

ini tag dari budak ni. agak panjang dan sebelum tu, aku nak kasi peringatan. jangan percaya bulat-bulat dengan apa yang aku tulis. ada paham?

***

IN 2008, I...

045. was 17 when it was january.
046. stayed at home when it was still in february.
047. got 8As when result was out in march and i was really, really upset.
048. was busy applying scholarships when it was april.
049. had a broken heart (02.05.08) and turned 18 on eleventh of may.
050. went to MARA interview for tesl course in june.
051. registered myself at kolej mara seremban on the first of july.
052. was dating with zafree on MM's birthday. it was twenty o eight twenty o eight.
053. met zafree again when he came to my college. it was third of september.
054. told zafree that we're meant to be friend. i screwed up everything in october.
055. struggled for my final exam.
056. spent my whole december at home.
057. turned myself to Him.
058. mourned as much as i wanted that i cried a lot every night.
059. kept blaming myself for what had happened.
060. felt lifeless.
061. lived my life with a fake smile on my face.
062. suddenly thought of something...
063. bounced back on my feet with the help from Him.
064. was smiling when thing was getting better and better.
065. decided to let the past gone with the breeze.
066. enjoyed my life with the only sister i have.

FIRSTS...

023. Piercings -- before six.
024. First best friend -- him.
025. First award -- the cutest child?
026. First crush -- my darling, adi sixth sense.
027. Oh tots, you miss this one! -- apo ko bondo ni jang?
028. First big vacation -- langkawi // sabah // terengganu // cameron highland // alor setar

LASTS...

029. Person you talked to -- zafree. he was mad with this person.
030. Person you texted to -- fatin atikah mat jusoh.
031. Person you watched a DVD with -- my classmates during literature class.
032. Food you ate -- keropok lekor.
033. Movie you watched alone -- can't really remember. i always be alone.
034. Song you listened to -- empty decoration
035. Thing you bought -- a necklace with letter 'F'
036. Person you hugged -- abah umi

[ini profile aku bagi sape yang nak tau]

001. Real name -- siti farahin binti sh mohd nasir.
002. Nickname(s) -- in (for the one who close to me).
003. Zodiac sign -- taurus.
004. Male or female -- female.
005. Elementary school -- premier montessori.
006. Primary school -- sk bukit beruang, melaka.
007. High school -- mrsm.
008. Hair colour -- dirty blonde.
009. Long or short -- how long is long and how short is short?.
010. Loud or quiet -- both.
011. Sweats or jeans -- both.
012. Phone or camera -- both. nyawa aku tuh.
013. Health freak -- i dont think so.
014. Drink or smoke -- drink.
015. Do you have a crush on someone -- NO.
016. Eat or drink -- drink.
017. Piercings -- of course.
018. Tattoos -- if i could...

HAVE YOU EVER?

019. Been in airplanes -- ya.
020. Been in a relationship -- ya.
021. Been in a car accident -- almost.
022. Been in a fish fight -- impossible.

WHICH IS BETTER WITH A GUY/GIRL?

076. Lips or eyes -- eyes
077. Shorter or taller -- taller of course.
078. Romantic or spontaneous -- to be the true of yourself.
079. Nice stomach or nice arm -- i dont know.
080. Sensitive or loud -- er...entahlah.
081. Hook-up or relationship -- both.
082. Trouble-maker or hesitant -- up to you.

HAVE YOU EVER:

083. Lost glasses/contacts -- never.
084. Snuck out of your house -- no.
085. Held a gun/knife for self-defense -- not yet.
086. Killed somebody -- in my dream gelakguling.
087. Broken someone's heart -- yes.
088. Been arrested -- no.
089. Cried when someone died -- not yet.

DO YOU BELIEVE IN:

090. Yourself -- sometimes.
091. Miracles -- absolutely.
092. Love at first sight -- ridiculous
093. Heaven -- of course.
094. Santa Claus -- still wonder.
095. Sex on the first date -- i dont know what to say.
096. Kiss on the first date - nope.

FAVES...

037. Food -- nasi goreng pataya
038. Drinks -- tea (any tea would be fine to me
039. Clothing -- bikini. look sexy kan?
040. Flower -- lavender
041. You miss this one too, tots! -- woi, kau buat aku hangin la!
042. Colours -- red.
043. Movies -- science fiction
044. Subjects -- you mean academic thingy? sociology.

CURRENTLY,

067. Eating -- keropok lekor
068. Drinking -- tea
069. I'm about to -- dream my bidadara
070. Listening to -- the sound of the fan in my room.
071. Plans for today -- completing my assigments.
072. Waiting for -- another holiday.
073. Want kids -- DONT WANNA THINK ABOUT IT.
074. Want to get married -- NOT IN MY MOOD TO GO THAT FAR.
075. Careers in mind -- writer.

TRUTHFULLY,

097. Is there one person you want to be with right now -- yes. with her in auckland.
098. Are you seriously happy with where you are in life -- not seriously happy.
099. Do you believe in God -- without Him, i am nobody.
100. Post a '100 truths' and tag 12 people -- aku tak mau nyusahkan orang. ok?

dialog anak kecil #3

makan malam.
kali ni bukan makan sorang macam hari-hari sebelum ni bila ada kat rumah. kali ni umi teman aku.

lorelai and rorie mom and daughter.

"malam ni call mcD nak?"

aku angkat muka. maggie goreng tu hampir nak tersedak dekat kerongkong tapi aku kontrol habis kasi tak nak terkeluar. aku bagi umi pandangan apa-kes-nak-call-mcD?

"buat apa?" soalan bodoh yang aku tanya.
"saja" sepatah mak aku jawab.
"tak nak lah"

aku kerut muka. umi senyum.

"in tengah boikot lagi lah. takmo lah. buat apa"
"ala, ikutkan memanglah tengah boikot, tapi kan tu..."

(aku tak nak taip habis ayat seterusnya sebab aku malas nak dengar)

"iye la, in paham. maksud umi, boikot macam mana pon, tapi tu kan makanan. kira macam keperluan la. macam miss nina and miss julia cakap. it's food"

"aritu miss nina cakap dia pergi mcD. terus in angkat muka, in soal dia 'mcD teacher?!'. sama jugak bila miss julia cakap yang dia pergi makan mcD because she said 'i can't help it la. memang betul boikot is boikot. but, well...' in paham maksud dia. tapi, macam tu je la in paham. nak cakap apa lagi"

aku galak bercerita kisah teachers aku.

"em. tu la...jom tepon" umi sambung pancing.


hadoi.


"taknak la"

aku berkeras kali ni.

"kawan in ramai kecundang. ni semua sebab harga turun la ni"
"harga jadik turun sebab boikot? ye ke?" mak aku skeptikal pulak.
"iye la umi...mcD, KFC, pizza hut. macam-macam. semua nak turun harga. kitorang baca paper tiap-tiap hari. kawan in bila tengok harga semua murah, mula la dorang ngajak nak makan. in tahan je. tak ikut pon"

maggie goreng terus disuap.

"ala, kita boikot sangat-sangat. padahal, orang kat mesir tu, bukannya buat apa. cakap je islam. hakikatnya, ikut telunjuk US. bukannya dorang boikot pon. ikut kan, banyak barang dorang yang pro US" umi cuba kondem aku.
"memang la...tapi tak kisah la umi. kita buat part kita je. lantak la sama orang lain. yang penting, kita dah buat apa yang termampu. we're just doing our part"

umi senyum. aku rakus makan lagi. lapar.

dia pandang. aku paham maksud mak aku tu.

"anak aku dah besar rupanya..nampak je kecik"

dia cakap dalam hati.

aku balas.

"in cakap apa yang in rasa. yes, i'm growing up, umi"


p/s [1] : maggie goreng tu bukan jenama maggie. tu cintan.
p/s [2] : moga aku bertahan doa .




lelaki yang buat aku baran

pantang betul jumpa laki yang ego menggunung, keras kepala batu, bajet macho dan pikir bagus sangat.

huh.

alpha-male trait kau terlebih ke?

nasib baik kau yang bawak kereta dan aku sangat lah bersabar. kalau bukan sebab kau yang hantar aku ke rumah, dah lama aku call umi and naik sonata daripada naik kereta buruk kau tu.

off!


meh sini aku kasi idea cool

aku jalan-jalan dengan umi. spesifiknya di jusco. umi tengok mug. aku tengok ni.

lama jugak aku belek. macam gadis tipikal belek barang kosmetik. teringin nak beli satu.

tapi ada benda lagi best yang aku tengok.

haah. benda ni. macho habis kan?

dulu aku mintak yang lain. tapi, sekarang aku dah tukar selera lah. rasa macam tak cool mintak yang itu.
jadik, kali ni aku mau kan yang ini.
boleh tahan mahal jugak, tapi berbaloi apa.
paling tidak, mau nak bertahan dua-tiga tahun.

ok, untuk birthday tahun duaribusembilan, aku sangat menunggu jenis yang ni.
korang tak payah kasi bunga atau coklat atau kad. aku. tak. nak. tapi kalau dah kasi, aku terima je siul



p/s [1] : jangan soal aku, aku nak buat apa.
p/s [2] : klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.




kembali zaman sekolah

gunakan imaginasi, pasti ada magis.

kalau dulu, aku ingat lagi. kena pakai uniform sekolah. baju kurung cotton kaler putih. kain khakis. kasut sekolah kaler hitam. sekali dengan stokin. kemudian langkah dihayun ke kelas dengan beg galas yang disandang belakang (masa tingkatan satu sampai tiga je aku galas beg).

indahnya zaman hingusan tu....

sekarang, aku masih lagi menghirup udara zaman hingusan itu. cuma, aku alter-kan sikit kasi kick lagi.

bangun pagi bukan lagi seawal empat pagi. dianjak sedikit lewatnya menjadi lima pagi. kalau mata tak larat, dianjak menjadi enam. er...paling terok, terbabas enam setengah.

bila masa nak pakai uniform kolej, aku bingung sikit. nak pakai baju kurung kaler apa?
merah suram? kuning diraja? blue-black kelam? hijau lumut?
buku disauk cepat ke dalam beg galas.
iye...aku masih gunakan beg galas pergi sekolah kelas.
beg baru beli tu...

"aku teringin jugak nak pakai bagpack macam kau, tapi"
"pakai je la. dah la buku kita banyak. pakai bagpack kan senang"

aku cantas habis.

"iye la, tapi masalahnya, bila pakai dengan baju kurung, dah tak comel. aku pentingkan appearance dari keselesaan"

hek eleh. apa-apa je la.

habis kemas buku, stokin pula dipakai. kasut bata b-first saiz tiga jadik sasaran aku. jam 'lil bum' dikerling.

lari!

yeah..aku paling suka kalau jalan laju-laju pergi kelas. lagi best kalau dapat lari.

"comel je bawang lari. dah la pakai bagpack. kasut pulak macam budak darjah lima"
"tak nampak langsung macam budak a-level"
"macam budak darjah enam"

pada aku, itu suara-suara pujian.
meski sesekali mereka tertawa lihat aku berpakaian macam tu, pedulik hape aku.

hidup aku. sukasuki la aku nak pakai apa sekali pun.

indah kan bila kita kenangkan zaman hingusan. dan bahagia kan bila kita dapat sorok usia kita yang sebenar di sebalik saiz figura kita.

owh ya, aku masih lagi pakai name tag. tak pernah lagi aku tanggalkannya tanpa sebab relevan.


siapa kata mengingati moment dulu kala adalah satu jenayah? hey, mengenangkan semua tu, buat kita cool la!