sendiri

sendiri bukan -
bermaksud aku menyendiri
sendiri bukan -
bermaksud aku bersunyi

sendiri bermaksud
kerjakan refleksi
atau barangkali
muhasabah diri (?)

tapi,
sendiri ada tendency
samada membunuh diri
atau kelar kapilari

sendiri tanpa manusia
terkadang rasa suka
sendiri tanpa manusia
terkadang rasa duka

sendiri tanpa teman
aku tiba-tiba gembira
sendiri tanpa teman
aku tiba-tiba terluka

sendiri ada putihnya
sendiri ada hitamnya
sendiri ada baiknya
sendiri ada buruknya

kenapa ingin menyendiri?
aku bilang - bukannya aku lonely
kenapa mahu begitu sekali?
aku jawab - tiada alasan konkrit
benar mahu sendiri, kau pasti?
aku bentak - iya, jangan tanyakan lagi!

sendiri menyepi melayan melankolik
apa itu dimestikan dalam dimensi?


bawangmerah
ruang empat segi,
zuhur, 19 mac 2010




hubungan

if being in a relationship,
and one day you get hurt,
that's the best thing about it

(bawangmerah, march 2010)

precise

lokasi : E307

aku sudahkan esei sosiologi.

letak pen.
pandang tingkap.
hembuskan nafas kelegaan.
capai tuala.

kejap.
precisely ke?

garu kepala yang tak gatal.
dah tepu benar aku ni.

"mira, precisely apa maksud dia?"

tangan capai toiletries.
sempat grab t-shirt atas katil.

"precise tu berulang kali"

mira tak pandang.
mata dia dah lekat habis pada skrin komputer riba.

"berulang kali?" aku soal.

tangan tak jadik pulas tombol pintu.

"haah. berulang kali"


Sarcastic
takkan ayat aku "...from marxist's point of view precisely" bermaksud "...dari pandangan golongan marxis berulang kali" ?

batalkan hasrat.
tangguhkan dulu.
kembali ke meja.
bukak oxford edisi ketujuh.



"mira ni kan...betul la kita tulis. precisely tu maksud dia secara tepatnya. apa pulak berulang kali"


kaki melangkah pergi sambil terdengar mira balas;


"owh...ye ke...tapi, kalau dalam fizik, precisely tu maksud dia amek kiraan banyak kali"


terasa macam nak pukul roommate aku tu.
ingat aku ni budak engin ke?

generasi 11 #1

ok, this one is totally not for you guys.
tapi, aku tulis entri ini khas untuk budak-budak yang bakal mengambil jurusan tesl di kolej mara seremban.

i'm pretty sure we will have this eleventh generation of teslian unless mara wants to terminate the programme.


aku beri amaran awal-awal.
entri ini panjang.
dan the reason aku begitu nekad untuk menulisnya ialah kerana aku teringat moment dulu kala - di mana aku terkapai-kapai di atas beberapa kepulan awan dalam membayangkan kehidupan di kolej mara seremban sebagai seorang teslian.
ef.wai.ai - aku google nak dekat separuh mati semata-mata nak dapatkan gambaran yang jelas, yet, i didn't get that much.
maka, aku harap penulisan ini sangat membantu mereka-mereka yang desperate eager nak tahu.

enough said. let's move on to our business.
but, before that, i think it's better if i address myself in this entry with "saya".
kalau guna "aku", macam kurang ajar pulak (lain la kau orang melaka. aku mencarut laju-laju macam air pun kau takkan kisah, ye dok?)


1) temuramah

atau bahasa yang selalu digunapakai interview.
perkara pertama dan paling penting tentang temuramah ini, sudah pasti - penampilan diri kamu. tidak perlu mekap-mekap. cukup dengan sepersalinan yang sopan, bersih dan wangi. ketika aku saya melalui fasa ini, apa yang disisipkan dalam kepala cuma "speaking speaking speaking". ye lah, nama pun kos tesl, sah-sah diwajibkan untuk berbahasa inggeris, bukan?
namun, sebelum itu, saya telah buat beberapa persediaan awal. sebagai contoh, saya belajar tentang negara yang bakal saya lanjutkan pelajaran di sana (dalam kes ini, new zealand). kemudian, saya google tentang tesl - apa itu tesl sebenarnya?.
dengan bekalan yang saya ada, saya melangkah masuk dengan mengetuk pintu bilik terdahulu (dalam hati terkumat-kamit menyebut bismillah) dan memberi salam.
seperti biasa, penemuramah menanyakan khabar. jawab dengan sopan dan tatatertib ya. jangan memasamkan muka. anggap saja penemuramah itu sebagai seorang kenalan baru kamu.

"so tell me about yourself"
- ketika inilah saya lancarkan serangan. dengan semangatnya, saya perkenalkan diri - bermula dengan nama, kemudian latar belakang keluarga (termasuk pekerjaan ayah dan ibu), adik-beradik, pendidikan awal, kejayaan akademik dan kokurikulum, posisi dalam institusi pendidikan (yakni sekolah saya), dan hobi. kerana begitu rasa selesa dengan penemuramah, saya juga melalut menceritakan crush, dunia magis harry potter dan cikgu biologi saya.
AngryFace i shouldn't talk about that.


"why do you take tesl?"
- saya memberi jawapan yang bahasa inggeris ini cukup penting sebagai bahasa komunikasi bertarafkan antarabangsa dan kerjaya yang bersangkut-paut dengan bahasa inggeris menjanjikan kekayaan kesenangan hidup. saya tahu, betapa luasnya market seseorang yang memegang sijil bercetakan bidang ke-inggeris-an. kerana itu, saya memberanikan diri mengatakan bahawa saya tidak akan terus menghambakan diri dalam dunia pendidikan, tetapi mengembangkan sayap ke arah journalism kerana itu adalah cita-cita saya yang sebenar. pokok pangkal, tesl hanyalah satu tapak asas dan titik permulaan untuk saya melangkah lebih jauh lagi.

apa-apa pun, sesi temuramah pasti menyediakan beberapa perangkap. sebagai contoh, saya sedikit tergagap ketika disoal "what else do you know about tesl?".
Crying

habis di situ, pemohon kos ini dikehendaki mengambil ujian bertulis. saya ingat lagi, tajuk esei yang diberikan ialah berkenaan isu komunikasi. sejujurnya, vocabulary saya tidak begitu mantap - tahap bahasa inggeris saya adalah di tahap yang rendah. maka, saya mengambil langkah menulis esei tersebut dalam gaya yang santai, yakni, tidak begitu formal, penggunaan laras bahasa yang mudah dan saya tidak sesekali menyekat skop tajuk esei.


2) kursus

persediaan A-level Cambridge dalam kursus tesl di kolej mara seremban mengkehendaki-kan saya untuk mempelajari tiga subjek teras iaitu sastera bahasa inggeris, sosiologi dan matematik. dan, sebagai seorang teslian, kami diberi peluang mengambil subjek tambahan iaitu subjek kertas umum (general paper). pengambilan subjek ini bertujuan membantu saya dalam menambahkan pointer.
kerana ini adalah persediaan melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya juga diwajibkan mengambil ielts sebagai salah satu syarat kemasukan universiti.

mind you, subjek sastera bahasa inggeris bukanlah seperti yang dipelajari di sekolah menengah. itu bukan sastera ye. kelainan pada subjek ini ialah, saya perlu berfikiran analitikal dalam menulis esei. begitu juga dengan subjek sosiologi - subjek yang berkisarkan masyarakat yang mana saya terpaksa memahami beberapa perspektif daripada functionalism, interactionism, marxism, weberism dan macam-macam lagi. ok, untuk kursus ini, sememangnya saya dikehendaki menulis esei yang bukan main panjangnya! dan satu-satunya subjek yang tidak memerlukan skil penulisan sudah tentulah subjek matematik.

peperiksaan A-level Cambridge terbahagi kepada dua iaitu AS (Advanced Subsidiary) dan A2. secara mudah, keputusan peperiksaan AS dan A2 akan menghasilkan A level qualification. dalam bahasa matematik,

AS + A2 = A level.

saya bertanggungjawab dalam mencapai pointer sebanyak 13 dan ke atas kerana itu syarat yang mesti saya patuhi demi memastikan diri ini melangkah ke universiti luar negara.
untuk ielts pula, pencapaian pointer minima ialah 6.5.

baiklah.
saya berhenti di sini dulu.
untuk entri akan datang, insyaAllah, saya akan menceritakan perihal kehidupan di kolej mara seremban.

oh ya.
andai ada pertanyaan, boleh di-emel-kan di

bawangmerahsquared@gmail.com.


ok, time to eat. let's go!


dialog anak kecil #7

dalam perjalanan pulang dari rumah sakit dan tiba saja di persimpangan empat, dengan lampu isyarat yang meneterakan digit 99, aku pecahkan kebekuan di dalam kereta.
i am good in doing so.

"in dah decide. in nak bakar diari, balik rumah ni"

satu satu aku aturkan perkataan.
sebelum ini, aku teragak memutuskan perkara ini kerana dulu, kata abah - "mungkin sekarang in rasa sedih, but ten years from now, bila in dah besar, in akan rasa tu semua kenangan. so, no need to burn it".

tapi,
aku tak rasa begitu.
kerana setiap kali aku selak dan membacanya, aku pasti menutup diari itu dengan mata yang merah dan sendu yang terpaksa ditahan-tahan.
aku sedar, aku bersalah - sengaja menyeksa dan menyakitkan diri.
mengenangkan perkara lalu cukup menyiat jiwa perempuan aku.

"kenapa?" abah tanya.
"sebab, in percaya, walaupun in dah bakar, memori tu tetap ada. in akan simpan. well, for at least, in rasa lega. sikit"
"in nak bakar sebab dalam diari tu banyak benda sedih?"
"emhurm..." aku angguk.

"apa?" aku tanya bila abah pandang begitu.
"abah nak baca ke?" aku buat tawaran.
"of course la nak"
"tak boleh"
"eh, kenapa pulak? awak kan nak bakar benda tu"
"tak boleh tak boleh"
"eit, abah ada hak tau nak baca"
"apa pulak?" aku buat muka.

kereta bergerak menyusur jalan kotaraya.

"ye lah, abah kan abah awak. as a father, abah ada hak. unless, in tulis benda-benda yang tak elok-"
"tak elok amende-nya?" aku cantas.
"ye la...awak tulis benda-benda macam awak tak suka abah ke. awak benci abah ke"
"oh no no no. mana pernah in tulis macam tu"
"then, in tulis apa?"
"ada lah..." aku tak mahu kalah.
"eleh...pasal laki tu?"

aku pandang luar tingkap.
tiba-tiba rasa segan dengan abah.

"macam la abah tak pernah undergo teenage phase..."
"in, dah la tu"
"yes, i know. i know, he's not worth enough for me"

"besides, bah, in dah tengok analisis diri in. dia tulis; it's a rare man that can quell my flame"
"what?" abah kabur dengar perkataan aku.
"rare"
"rare?"
"ye, RARE. ar-ey-ar-ee" aku eja.
"owh...rare. rare, you mean, someone macam abah?" abah mula perasan.
"entah...ye la kott. orang tu mesti macam abah. yang boleh quell my flame. in kan api"

"so, nanti in nak bakar, in tarok dekat sampah sarap abah tu tau" abah beri pesan.
"ha? kenapa mesti situ?" aku pelik.
"ye la. abah nak bakar sampah-sampah tu. alang-alang, in bakar la kat situ"
"takmo lah. mana boleh" aku bertegas.

pintu kereta dibuka.

"dah tu, awak nak bakar kat mana?"
"a sacred place" aku senyum.
"ek eleh...sacred taik kucing!"
"betul lah!"

aku masuk rumah.

"abah, where's the lighter?"
"tu, kat meja luar. so, you wanna burn it?"
"yup"
"nak pergi sacred place la tu?"

aku gelak.


ini hanya simbolik.
debu macam mana sekalipun, semuanya tertakluk pada aku.
samada terus membenarkan kepahitan berakar di hati atau maju ke depan tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.

bau

aku adore aromanya



kenyang

malam semalam, homosepien bergelar TESLian adakan barbecue. serius shit aku kekenyangan.
dan kerana organ perut sudah dipenuhi udang, sotong, ikan, sosej, jagung, ubi, nasi goreng, salad buah dan air kordial berperisa seakan mangga (ye, kami tidak bakar ayam), aku pulang ke bilik dengan kelopak mata yang tidak kalah menarik graviti bumi dan badan yang sungguh, sungguh berbisa kepenatan.
pagi ini pula, aku dengan hati walang dan sedikit remuk, menghantar kuiz statistik dengan limapuluh peratus kesempurnaannya.
lima.puluh. peratus!
dan seperti kebiasaannya, sebagai seorang aku, aku mencemuh diri ini kerana ketidakupayaan menyiapkan empat soalan dalam masa limapuluh minit.

math makes me mad.

***

aku ada baca satu ceritera.
berkisar tentang pemakanan.

katanya (si tukang cerita itu), makan boleh dianalogi sebagai ubatan.
kita hanya makan ubat bila perlu, yakni ketika sakit (lapar). yang menyebabkan kemudaratan (penyakit) ialah apabila kita terlebih dos ubatan.

faham?

sebab tu, Rasulullah pernah berpesan - dan aku tahu kalian semua pernah mendengar sabda ini -

"makan ketika lapar, BERHENTI sebelum kenyang"


tapi,
aku selalu terlupa frasa kedua tu.
maklum saja - aku punya sembilan (atau mungkin lebih dari itu) nafsu.
menyebabkan, aku dijangkiti penyakit mim-lam-sin.
paling tak boleh blah, graf jisim badan aku sedang meniti peningkatan dari semasa ke semasa.

it's gradually increasing.

Crying

fakta penting : perempuan tipikal seperti aku sungguh sungguh cerewet tentang berat. tak tipu ni.

***

heh, siapa suruh melantak sampai kenyang malam semalam?
kan dah lingkup-terlungkup dalam kuiz.

A

type A, focus on output, achievement and results. Are concerned with speed, performance and productivity. Tend to be aggressive, impatient, intolerant, driving themselves and others hard. Are preoccupied with time, go from appointment to appointment. Are eager to start and finish on time. Are strong, competitive winning is crucial. Believe success is all that matters which creates stress and pressure in others.
Are prone to heart attacks

LargeGasp


maka,



sebagai satu langkah berjaga-jaga (agar tidak menghidap heart attacks - nauzubillah),
aku pikir aku nak bawak balik satu pasu pokok bunga.
kemudian, letak di balkoni bilik.
biar tiap-tiap hari aku siram dan lihat dia membesar.



atau,



membaca tafsiran kitab al-quran.
well, ini lebih baik kott.

anda berada di tahap stress yang mana? A atau B?


p/s [1] : jaga emosi anda. jangan jadik seperti aku. parah jawabnya.
p/s [2] : ini salah satu reason kenapa blog tidak ber-update AngryFace .