percaya

untuk hari ini, aku ingin menumpang kapal golongan pemikir berhaluan ideologi marxist.
benar sungguh kata mereka; super-struktur masyarakat berasaskan teori ekonomi.
dan pendidikan - salah satu daripada super-struktur - turut berakar umbi dari teori itu.

aku dan teman kini di hujung ajal bilamana kesempitan kepingan not yang dicetakkan bank negara meletakkan pemergian kami ke seberang laut sebagai satu taruhan.

what the F.

[aku sengaja tutup kotak responsi. HAHAHA]



kronik

enamsuku petang.
mata sudah lesu mengadap kerja sosiologi.
tangan capai tuala dan angkut toiletries ke bilik air.
pada waktu begini, bilik air adalah satu ruang yang sunyi dan lengang. boleh di-simile-kan keadaan itu dengan suasana perpustakaan.
kepala sangat berat dan terus berdenyut kuat gara-gara kilang air mata meningkatkan produktivitinya hari ini. gagahnya aku - aku tetap tongkahkan badan ke ruang siraman.

bagus.
tiada siapa.

dan di bawah rintikan air hujan, aku mulakan rutin berfikir macam-macam (mungkin kau boleh gantikan kata kerja 'befikir' dengan 'menerawang').
ia ialah satu hobi yang tidak mengenal waktu. ia datang bila-bila ia mahu. contohnya - ketika waktu akademik, waktu makan tengahari, waktu usha budak laki dan waktu tidur sebelum basuh kaki.
tak lupa juga, waktu mandi.

waktu mandi kali ini, rintikan air hujan membuat aku pergi lagi jauh. maklum saja - di luar sana, partikel udara sejuk lebih banyak daripada yang panas dan awan-awan mendung masih lagi kelihatan walaupun sejam yang lalu mereka sudah memuntahkan separuh isinya. maka atmosfera selesa begini, meskipun langit kegelapan sedikit, telah menjemput aku untuk berada lebih lama dalam dunia ciptaan sendiri.


wankhai bakal terbang ke bumi kiwi dan hari ini dia khabarkan pengalaman dia berada di sekolah musim panas. manakala matematismuda punya entri baru yang berbaur sinikel di celah-celah perkataannya. david archuleta sudah tempelkan videoblog beliau tapi tiada kesempatan untuk memuat turun gara-gara kelajuan internet tanpa wayar tidak begitu mengizinkan. kaunselor sarankan aku untuk merendahkan level keegoan. tak lupa juga, aku patut mengawal api kemarahan. abah pula menelefon aku secara tiba-tiba ketika sesi pembelajaran ilmu hisab. mungkin Tuhan sampaikan pesanan kepadanya tentang keadaan kritikal aku. manakala the-one-i-care luangkan masa hampir satu jam di talian untuk kembalikan semangat aku yang hancur.




[tutup pili shower]

[keringkan badan dengan tuala]

[pakai baju]

[tangan mula unlock pintu]







kejap.







shit.
aku lupa nak sabun badan!



pengajaran : hobi ini mesti dimansuhkan segera


escapism

hey jiwa yang kering,
apa kau buat di sini ha?
menyorok di balik topeng escapism dan men-denial-kan setiap perkara yang kau rasa.
tidak sedar kah kau itu semua adalah cebisan ciri-ciri seorang pengecut?
ye, pengecut.
junjunglah gelaran itu hingga ke kubur kalau kau putuskan untuk hidup dalam tempurung.


***

aku persoalkan ini pada diri :

kenapa perlu hidup di dunia realiti andai ia lebih pahit daripada fantasi mimpi?

dan kemudian :

aku merebahkan diri di pembaringan, menutup muka dengan bantal, menyumbat telinga dengan runut bunyi nyanyian orang barat. senyap-senyap aku menekup pula muka dengan kedua-dua tangan di balik bantal yang ada agar tiada satu ruang cahaya yang mampu melihatkan wajah keruh seorang aku. aku menahan sendu keseorangan.



celaka sungguh manusia yang bikin aku meraung di malam hari.

monyet

semalam aku lihat tarikh tercatat dalam kalender masihi.
sembilanbelasjanuari.
tiada apa-apa sebenarnya.
sekadar tarikh biasa.
nombor semata-mata.

sembilanbelas. sembilanbelas. birthday dia! dia! dia!

sebelah hati berteriak untuk aku mengingat akan tarikh ini. tapi sebelah lagi adalah sebaliknya.
terus-menerus hati yang sebaliknya menyuruh aku meletakkan benteng setinggi yang boleh agar aku, ye aku, tidak akan sesekali mengucapkan kalimat klise kepada dia.


kertas ini sudah tiada makna pada aku.
pemberiannya suatu ketika dulu - secara indirect


aku jumpa dia seawal aku memegang title gadis tigabelastahun. kali pertama, pada mana sinar cahaya melepasi retina dan imbasan imej tercipta di otak, kelenjar adrenal merembeskan hormon adrenalin lalu membuat aku sedikit gementar tatkala melihatnya nun jauh di sana.
ah, aku gugup menatap sepasang mata yang kuyu.

indah rupanya manusia bernama lelaki.

bila masa sesi persekolahan semester dua bermula, rombakan kelas dijalankan dan aku, seperti dalam mana-mana kisah cinta, ditakdirkan ber-satu kelas dengan dia. sejak itu, moment manis terulit dan hati yang innocent sentiasa bernyanyi riang.

meja aku di hujung kelas belah kanan.
dia pula, di hujung kelas belah kiri.

maka, setiap kali aku menoleh ke kiri dengan alasan ingin menjenguk kawan di kelas sebelah, aku secara diam-diam membelek dia dari jauh. dari atas hingga ke bawah, bermula dengan warna baju melayu yang dipakai, gaya rambut yang dikenakan, buku akademik yang ditelaah, alatan tulis yang digunakan, gelak tawa yang terbias hinggalah tutur kata yang dilontarkan.

hell ya, he is the one.

lainnya dalam kisah ini -
aku dan dia jarang bercakap, berbual, berborak dan bercerita.
tidak ketahuan aku alasan apa yang membuat mulut aku terkunci, suara aku menghilang otomatis dan idea di kepala otak melesap semacam pelesit bila masa mata ini meletakkan sudut penglihatan pada tubuh figuranya.

betul kata orang; dari mata turun ke hati.

comelnya mengenang semula cinta monyet. hahaha.

'hey, happy birthday'

rupa-rupanya, benteng aku tadi tidak setinggi mana.
hati yang sebelah memujuk aku, lantas benteng teroboh sahaja begitu.
hati yang sebelah lagi sudah lama diusir keluar dari benak. akhirnya, ucapan klise aku kirimkan.

selesai menghantar pesanan ringkas itu, perasaan tujuh tahun lampau merusuh kotak memori dengan laju dan jantung aku sekali lagi berdegup kencang hingga rasa benar-benar ingin pecah. fikiran aku tidak habis-habis memikirkan konsekuensi tindakan berani mati aku.

seikhlasnya, aku tidak minta apa-apa kerana niat aku bukan apa-apa.



tidak lama,



'siapa ni?'




dia sudah tidak mengenali aku.

logik

baru sahaja selesai menikmati syurga dunia.
aku ke pawagam tadi. bersama seorang teman walaupun pesan abah dalam teks ringkasnya,

"ok. take care. pergi ramai2 tau"

untuk hari ini, aku definisikan dua orang sebagai "ramai". cukuplah hanya aku dan seorang teman. tak perlu kecoh-kecoh untuk menyaksikan lakonan kepakaran seorang detektif dan seorang doktor di layar perak. lagi pun, adalah lebih senang untuk aku persiapkan segala rencana.

11.30 am : keluar kolej
11.45 pm : tiba di mbo
11.58 pm : masuk pawagam
02.06 pm : keluar pawagam
02.30 pm : tiba kolej

mudah. semua tepat dan tidak terlewat.
cuba kalau pergi ramai-ramai.
kau boleh agak setiap minit yang tersia tanpa sengaja.
heh.

review aku tentang filem tersebut - terbaik kerana menepati rasa aku.
tapi awas.
ini cerita berat sedikit.
sebab itu aku tidak beli sebarang kudap-kudap.

"kita nak fokus cerita. nanti tak boleh la kalau mulut asek kunyah benda"

nasib baik hero-nya tidak seberapa kacak. boleh lah aku seorang sahaja meminati dia.
kejap. kacak itu subjektif bukan?
baiklah. pembetulan.
hero-nya kacak. macho. berkarisma. santai. bersahaja.
but most of all, i was affected by his logic explanations.

such a majestic touch.



next in the list : avatar the last airvender.



p/s : patut aku tinggalkan sepatu di celah-celah kerusi di pawagam tadi. biar aku kembali mencarinya dan dapat menikmati sekali lagi syurga dunia.

soal

lewat malam tadi, spesifiknya apabila jarum jam melepasi nombor sepuluh, tika aku godak-godak komputer riba ini dengan suasana sekeliling yang sayup-sayup kedengaran suara manusia dan bingit bunyian peti televisyen di dewan makan, seorang sahabat yang duduk betul-betul di hadapan aku yang mana, andai aku tundukkan sedikit monitor komputer riba, aku pasti dapat melihat seluruh rahang wajahnya, bertanyakan aku sesuatu.
tidak realistik tapi mengundang suara aku untuk berbicara lanjut.

"kalau dunia ini memang dicipta untuk kau buat pilihan, apa yang kau akan buat?"

tanpa agak-agak, dengan mata yang lari daripada tetingkap dan terus melihatnya tepat, aku katakan :

"berhenti belajar. tinggalkan matematik, sastera, dan sosiologi. aku penat. dan aku tak mahu lagi penulisan akademik"

serius.
ye, aku bukan main-main.
kau soal dan aku jawab.
kalaulah dunia benar-benar tercipta begitu, aku akan buat apa yang aku mahukan.
aku akan.




tapi sayang, ini bukan dunia yang kita angankan.
sini bukan untuk bercerita dongengan.
fantasi tidak sesekali wujud, barangkali.
kita dipasakkan jasad untuk menerima realiti.
diajarkan untuk mengadah segala jerih perih.

"the world is too cruel for me to live in" monolog aku yang dia tidak dengari.

sepertinya, elemen pessimistik belum tertanggal lagi dalam diri ini.

"kau?" aku soal, sekadar give and take.

"entahlah. duduk dengan family..."

itu saja yang sempat aku tangkap butir-butir bicaranya kerana jiwa aku melayang entah ke mana.
silap dia utarakan soalan ringkas yang membawa aku pergi jauh.


kalaulah terjadi apa yang disoalkan,
yang mana dunia memberi manusia seperti aku pilihan,
tentu aku melonjak kegembiraan
dan bila masa aku bakal menutup mata
buat kali terakhir menatap dunia
aku akan sekalikan satu senyuman di muka.

matematika

hari isnin boleh aku deklarasi-kan sebagai hari matematika.

ini jadual-nya


1 masa = 50 minit
4 masa = 200 minit

200 minit = 3 jam 20 minit

aku tabik mereka-mereka yang boleh bertahan hingga ke petang.

mungkin matematismuda dan zafree tergolong dalam 'mereka' jika menghadirkan diri pada hari isnin di kelas aku.


p/s : tiba-tiba merindui waktu sosiologi yang panjang.



seminggu

walau tak berjumpa Kekasih, aku bangun awal hari ni. tiba-tiba je. kalau kat rumah, haram nak bangun pukul enam. paling busuk, bangun enamempatlima pastu tidur balik. abah kejut buat pekak badak je.

bukak mata, aku tengok keadaan bilik bahagian aku ; atas meja ada buku puremath yang sudah tertutup. alat tulis berselerak bersama dengan kalkulator. atas kerusi ada timbunan buku teks sosiologi dan sastera. atas katil bantal bersepah-sepah dan ok - aku tidur tak sempurna malam semalam. selimut tak diguna semaksimumnya. no wonder i felt the breeze in my bones.

cuci-muka-gosok-gigi-pergi-tandas-siap-siap-turun-dewan-selera.

jujurnya, my hope was shattered. sangat.
bukan tak bersyukur tapi ni fakta ok. FAKTA.
kalau korang ada di tempat aku, confirm korang rasa benda yang sama.
menu sarapan : coco crunch dan susu.
nama menu bukan main lagi grand kan, tapi bila masuk tekak, urgh...

"my hope shattered lah" aku cakap perlahan pada farah.

"ke...sebab aku terbiasa makan benda ni tapi yang berkualiti baik? ye la, aku makan yang coco crunch betul. kalau susu pakai yang dutchlady" aku sambung lagi.

selalunya, nature aku bila ada di meja makan ialah tidak sesekali memberi komen negatif KECUALI makanan tersebut pedas. kalau aku dah kasi komen negatif tu, haa...paham-paham lah tahap kesedapan dia.

maka, dengan hati yang remuk sedikit gara-gara harapan palsu, aku terus ke bangunan oren untuk online.

chop. aku terlupa nak cerita apa.








ya. baru ingat.
untuk seminggu ini, aku berjaya cukupkan kouta kehadiran aku ke kuliah.
ek eleh, bunyi macam budak nakal walhal kau budak skema, bawang. mana pernah kau ponteng - semua cukup kouta laaaa.

assigments sudah bertubi-tubi disediakan.
bermula dengan sosiologi - presentasi. puremath - latih tubi. sastera - diskusi. agama islam - presentasi. sains komputer - presentasi powerpoint.

aha! aha!
untuk sosiologi, kumpulan aku pilih tajuk "sexual relationship". wahwahwah. 18SX. tak tipu ni. tak tipu.
apsal kau excited ni, bawang?
antara topik yang akan dibentangkan : incest, gay-lesbian, public display of affection dan abortion. ha...curios tak?

ala, kumpulan shuq lagi extreme. buat tajuk pasal male genital mutilation.

walau kerja nampak banyak, aku dah habis baca buku harry potter dan batu hikmat. iye, aku baca versi bahasa melayu. jangan nak buat muka!
aku tak faham satu hapak kenapa manusia sekeliling buat muka bila nampak aku baca buku tu versi bahasa melayu. hina sangat ke?
it's just a matter of language.

aku sarankan, kau baca dua-dua versi. yang inggeris, kemudian melayu. aku buat begitu. dan feeling-nya, OMG. taktau kenapa rasa seronok.
bila aku baca sebaris ayat dari buku versi melayu -

"untuk jessica yang menggemari cerita, begitu juga dengan annie, dan di, yang pertama mendengar cerita ini"

aku rasa sedikit tersentuh. buku ini bersifat pure, innocent. cuba kau baca kuat-kuat ayat ini -

dia menghulurkan sosej itu kepada harry, yang berasa sangat lapar sehingga merasakan belum pernah dia makan makanan selazat itu.

ada juga perkataan yang aku tak faham bila baca versi melayu punya. contohnya :

"yalah, pakcik belum kenalkan diri pakcik lagi. nama pakcik Rubeus Hagrid, Penjaga Kunci dan Mergastua di Hogwarts"

penjaga kunci? mergastua?

dan aku terpaksa translate-kan beberapa perkataan dalam bahasa inggeris.
ececece...gila kerek kau, bawang.

paling aku geli hati, mantera yang ron sebut dalam keretapi,

"cahaya matahari, mentega dan bunga kemuning,
tukar tikus ini menjadi kuning"

sebab, dalam versi inggeris,

"sunshine daisy, butter mellow,
turn this stupid fat rat yellow"

***

yasmin suggest satu lagu cinta pada aku. jadi, untuk entri kali ni, aku nak berkongsi dengan korang pulak. kerana hormon tidak begitu stabil, i was nearly in tears listening to this song.

for the rest of my life by maher zain

pergi cari lirik. dengar lagunya sekali.
sambil dengar-dengar semalam, aku dah siap garapkan satu cerita pendek. tajuk : hangat.
taktau nak kongsi dengan korang ke tak.

entah best ke tak, aku pun taktau. wallahualam.
kalau ada permintaan daripada lima orang di kotak responsi untuk membacanya, next entry will be that story.

ok, aku nak stop.
mahu mandi.
betul - aku ke bangunan oren tanpa mandian lagi. hahahaha.

keputusan

macam mana ye.


Frown


ok, aku tak ada idea untuk mukadimah kali ni.
kita straight to the point nak?

bismillahirrahmanirrahim.

[ tarik nafas. hembusss ]

tigajanuariduaribusepuluh iaitu hari ahad minggu ini, aku akan kembali ke kolej. kali ni merupakan semester terakhir aku di sana dan kemudian, aku akan bercuti selama enam bulan (insyaAllah). andai ada rezeki, aku akan terbang.
baiklah. habis di situ.

[ tarik nafas sekali lagi ]

disebabkan ini merupakan semester terakhir, aku mahu umumkan satu perkara.
aku akan deactivate akaun bukumuka yang akan berkuatkuasa pada tigajanuariduaribusepuluh.

hingga bila?

aku tiada jawapan lagi. kalau mengikut perancangan, akan diaktifkan sebaik aku tamat tempoh pengajian.




kotak responsi tersedia untuk tujuan pujuk-rayu.
kott mane tau aku cair kaaannn.
tapi rasanya aku takkan ubah keputusan aku.



kaki

["aunty kenal satu profesor ni. dia macam adik la. longgar belah kanan"]

***

"belah kanan ke kiri yang longgar?"
"kanan"
"kanan yang longgar?"


aku angguk.


"selalunya, kaki kiri manusia lebih kecil berbanding kaki kanan. orang selalu rasa longgar belah kiri", makcik-kerja-jusco-bahagian-kasut terangkan pada aku.


erk.
aku ni tak normal ke?


"adik rasa longgar belah kanan ke?" dia tanya lagi.
"haah"
"budak pandai la ni"



owh.

p/s : cuba teka saiz kasut aku ni berapa.