Memaparkan catatan dengan label cutimusimsejuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cutimusimsejuk. Papar semua catatan

cuti musim sejuk : tendangan


this is how a decent girl can kick your ass


nampak gayanya, mood bercuti masih lagi menebal. kuliah sudah pun bermula minggu lepas. aku ingat nak cerita perihal akademik yang bakal aku tempuh semester dua ni. dan jugak, menyenarai beberapa kesalahan atau kekhilafan yang aku buat masa semester lepas untuk dijadikan panduan. nanti, boleh la aku baiki diri sikit demi sikit. baik lah, pasal tu semua, nanti-nanti ya ?
sekarang, aku nak baca sesuatu sekejap. dah dua hari aku dipadatkan dengan macam-macam. it's time for me to be in my own world now. 

ciao.



cuti musim sejuk : bidadari kota

seperti ala-ala forest gump, aku bangun awal dan bersiap, lalu terus ke new market tanpa diteman siapa-siapa. cumanya, aku berjalan kaki. bukan berlari macam dia. o i wish i could be like him.

"run forest, run !"

tapi tak mungkin lah kan. dah lama sangat aku tak berlari. kali terakhir pun, masa kat mrsm tun ghafar baba - merentas desa. aku lupa aku dapat nombor ke tak. zafree dapat. benci aku. hahahaha



titik A adalah apartment aku dan titik B adalah bandar new market


so, pada awal perancangan, aku nak beli sayur. tapi, bila dah ada kat depan kedai, tak jadik pulak. aku jalan kaki sampai ke bandar new market sebab nak pergi pumpkin patch. untuk pengetahuan umum, pumpkin patch tengah buat sale besar-besaran sampai ada diskaun 50% ! mungkin sebab musim bunga bakal menjengah, maka, koleksi terbaru akan keluar. so, the sale is mostly on winter clothes actually.



ulang-alik dan ulang-alik. takpe lah, nak buat macam mana kan ?


takde la jauh pun. lebih kurang tiga kilometer. pergi balik, baru enam kilometer. aku tahu, ada cawangan pumpkin patch kat new market tapi aku kurang pasti lokasi dia kat mana. disebabkan kekurangan kepastian tu, aku jalan sampai ke regal drycleaner and straight up almost near to the jejantas. masa tu, aku dah rasa jalan ni lain macam. like my gut was telling me, this is totally wrong and i need to turn back. jadik, aku patah balik. lepas tu, aku duduk. aku google kejap. terima kasih blackberry, you were such a good help.

ok, aku sebenarnya dah terlepas pumpkin patch tadi tapi apsal aku macam tak nampak apa pun ? aku bangun, aku jalan balik ikut arah tadi. aku jalan lagi. pastu aku patah balik. yeah, macam sengal. at last, i stood in front of the 'pumpkin patch'.

aku
excuse me.
em, may i know where's exactly the pumpkin patch ? because i walk here and there isn't.

salesgirl #1
oh, the pumpkin patch has been moved out. yeah, it was just across the street, but-

salesgirl #2
it's now at the teed street.

aku
teed street? er, where?

salesgirl #2
just down this street. and you'll take your left.

aku
oh, ok. thank you so much.

fffinnneeee. ni bukan lagi enam kilometer woi. ni dah lebih. tapi takpe. it's good anyway - banyak kalori terbakar. weeee ~




lawa tak? yang ni design dari urban angel. saiz baju aku untuk pumpkin patch design, saiz umur sebelas tahun. untuk urban angel, umur duabelas tahun. kalau sepuluh tahun pun boleh sebenarnya. this fleece only costs me NZD 15.00 :)



gua paling excited bila ada kat tepi tebing ni.
TEPI TEBING JE PUUNNNN


oh ya. kalau kamu perasan dalam catatan aku ke pulau selatan, bubble aku bukan warna putih macam pernah aku tunjukkan dulu. aku pulangkan balik bubble tu dan tukar dengan warna seperti dalam foto di atas.




but tonight, i'm cleaning out my closet yeah ~


secara amnya, warna baju aku memang dari warna-warna macam ni. aku tak berapa suka warna lain. tak tahu kenapa. hah, jadik, kalau nak hadiahkan aku anything related to clothes (be it pants, blouses, tops, scarves, hosieries, skirts - wah, demand kauuu ~ ! ) dah tahu kan warna kesukaan aku macam mana ? senang kaannnn.

 ehem, jenama pumpkin patch, urban angel atau cotton on kids sangat dialu-alukan yah.



cuti musim sejuk : kiwiyo ouh !

setelah seminggu berjoli di pulau selatan, akhirnya aku pulang ke wilayah biri-biri. baru tiga hari memaksa jiwa menerima semula hakikat bahawasanya cuti musim sejuk hanya tinggal tujuh hari saja lagi (o-hoi !), aku dah tak boleh duduk diam. maka, aku ke mount terrace untuk menjalankan tanggungjawab sosial. eceh. 
syukur, mereka semua sihat belaka dan sempat kami bertukar cerita (atau gossip - kata mudahnya).

bagi yasmin dan azie - mereka merentas lautan tasman untuk ke melbourne, sydney gold coast dan brisbane. jadik, boleh kamu bayangkan berapa banyak NZD yang mereka habiskan? hampir duaribu woi ! 
bila diberi anggaran sebanyak tu, aku berkira-kira samada nak pergi ke sydney ke tidak. ye, patut atau tak patut? bukan sebab bakal suami aku ada di sana. calon pun belum tentu lagi hohoho
aha, masih ingat tak yang aku punya seorang abang, eh, adik yang belajar kat university of new south wales? dulu, abah pernah pesan - selagi aku masih lagi ada kat wilayah biri-biri, apa salahnya berenang sekejap ke wilayah kanggaroo untuk bertemu dia. ok, abah takde lah cakap berenang. saja nak menyedapkan ayat entri ni heeee

fortunately, wilayah biri-biri dikurniakan cuaca yang agak baik - ye lah, kau tengok ada matahari tercegak atas langit sana dengan angin bersepoi bahasa, bukan kah itu dikira baik?
so, mereka ajak pergi ke mission bay. oh, aku apa lagi, bagai pucuk dicita, er, takde lah bercita sangat. tapi kalau orang dah ajak, apa salahnya. right? (sila kenalpasti betapa gigihnya ayat aku berirama)




mereka malas tak mahu jalan. lantas, dinaiknya bas dari britromart dan terus ke destinasi. tambang pergi-balik adalah NZD6.80. kalau kamu punya hop card dan student sticker, nilai tambang untuk perjalanan sehala akan diberi diskaun sebanyak 40%. jadik, tambang pergi-balik hanyalah NZD4.08. aku ada hop card tu. tapi tak top up lagi. tambah pulak, aku tak mohon student sticker. maklum saja, aku jarang naik bas. instead, aku banyak berjalan.




sampai saja kat mission bay, terus nak pergi kiwiyo. ah, macam mana lagi harus aku susunkan kata-kata untuk menyatakan betapa sedapnya manisan ni? i don't know what has got into me that i feel like i am addicted to have kiwiyo over and over again. sedap pun iya, murah pun iya.




bila bergambar dengan jijie, tak pernah rasa takut pun because he's like a brother to me. in fact, no one will get jealous seeing us in photos together, no? kalau ada, meh khabarkan aku (emel ada kat sebelah ni). jangan nak pandai-pandai speculate. aku lempang kang. 
nak dibukakkan cerita, dulu, masa aku naik penerbangan mas dari kuala lumpur ke auckland, jijie lah yang duduk sebelah aku. and at that time, i was really sick. mabuk sangat sebab tak pernah-pernah naik kapal terbang for about eleven hours. because of my bad condition, he was the one who took care of me. whenever the stewardess came and asked about our meals, jijie would answer her on behalf of me. and bila aku tak berdaya nak habiskan makanan, he said, "it's ok. nanti aku habiskan".
you see, he really behaved like a brother hahaha




kami makan dan bercanda tak hengat dunia. borak dan borak. mungkin sebab lama sangat tinggalkan mereka (ye ke?), jadik, bila hang out together, i heart them. eh, ayat ter-jiwang pulak. yyeewwwww




siap berposing kaauuu ~ hahahaha !
sila jangan tertipu dengan gambar ini, ok? cuacanya memang benar panas tapi angin tetap menyejukkan tulang-belulang. hey, kita kan masih lagi bermusim sejuk. 
aku pakai empat lapis baju masa ni. sun glasses adalah wajib. kalau tak, berpinau mata. lagipun, bukan kah aksesori seperti kaca mata hitam membuatkan kita terasa lebih gorgeous? confidence level pun boleh meroket tinggi.

oh well, suka aku dapat pergi mission bay. tapi, kalau dapat jalan kaki pergi-balik, lagi bertambah-tambah suka aku. 
baik lah, siapa sanggup menjadik peneman hidup aku untuk berjalan sejauh enambelas kilometer ? ini literally jalan. bukan naik kenderaan (ah sudah, berirama sekali lagi).



cuti musim sejuk : bandar salju

atau nama betulnya bandar queenstown. pada hari ketiga, kami bergerak ke bandar ni dengan menaiki nakedbus pada pukul satu petang dan tiba pada pukul tiga petang (approximately). 





jejak je kaki kat sini, menegak bulu roma. sejuk ! dan sebab excited sangat, petang tu jugak kami keluar bersiar-siar. sedihnya, kami baru berjalan sikit tapi hari dah mula gelap. maklum saja - waktu winter, siangnya pendek dan malamnya panjang. mungkin kami patut ke bandar salju sekali lagi but this time, it will be during the summer. dapat jalan puas-puas. heh.
kata farah, pada musim panas, subuhnya seawal tiga pagi dan isyaknya seawal sebelas malam ke duabelas malam (lupa). woho ! can you imagine berapa banyak masa boleh kita habiskan bermain di luar backpackers pada waktu macam tu ?




ini backpackers kami. YHA backpackers. kali ni, kami memilih private room (ala-ala hotel) yang mana the bathroom and the toilet are attached to it. tak perlu kongsi-kongsi dengan manusia lain. cumanya, kami mesti naik ke tingkat atas untuk ke dapur. itu je yang tak best - berkongsi dapur dengan penghuni lain. tengok, bilik kami siap ada balcony lagi. tapi, kirim salam lah kalau nak melepak pada suhu bawah lima darjah celcius.





pada keesokan hari, kami naik gondola untuk ke bob's peak. ini kali pertama aku naik benda alah ni. takut ok. almost nak nangis. sengal betul. tapi bila tengok pemandangan bandar salju dari sini, wal-la ! i mean, la-wa hahaha 
terus lupa soal takut segala bagai. ni kalau pergi dengan dia yang terchenta (ehem, future husband sila amek nota, tulis siap-siap tempat untuk bermadu kasih berbulan madu), confirm berganda-ganda indahnya pemandangan.





bila dah sampai ke puncak, ya Allah. kamu tahu tak, memegang salji adalah impian aku seawal usia sembilan tahun ? salahkan abah sebab benarkan aku selongkar gambar-gambar dia di US.
ok, bukan salah abah. aku ni yang nakal menceroboh barang peribadinya. antara gambar yang aku pegang masa tu, gambar abah duduk atas salji. he was young and handsome back then. eh, sekarang pun kacak jugak. dan muda di jiwa ihik





untuk pakej naik gondola dan bermain luge sebanyak tiga kali pusingan, harganya NZD43.00. kalau nak main lima kali pusingan, tak silap, harganya baru NZD48.00. takde lah mahal. terasa puas hati sangat-sangat dapat naik ke sini.




lepas solat zohor, kami gerak ke puzzling world. kebetulan (errr takde la kebetulan sangat), kami berjumpa dengan iqmal, ammar dan hasif pada hari pertama kami di bandar salju. dengan kereta sewa mereka, kami ke sana. perjalanan sehala makan masa satu jam dari YHA backpackers. mana taknya, kena redah bukit-bukau. waktu tu, aku dah tak heran tengok salji kat celah-celahnya. dah puas sangat tepuk-tepuk salji kat bob's peak hahahahaha
untuk combo entrance, harganya adalah NZD15.00. yeah, the price is affordable anyway.




pada hari keenam pengembaraan, kami amek pakej lawatan seharian ke milford sound. bertolak pada pukul 7.30 pagi dan pulang semula pada pukul 7.30 malam. so, it was 12 hours. menariknya, pemandu bas sangat particular dengan masa and everyone on the board gave full cooperation. kalau dikatanya sepuluh minit saja untuk berhenti di sini (eglinton valley - rujuk foto di atas), maka, ianya mestilah sepuluh minit.





sebelum tiba ke milford sound, kami dihidangkan (yummeehh) dengan pemandangan cantik sepanjang perjalanan ke sana. contohnya, the mirror lake. sepadan dengan namanya, kami memang nampak jelas refleksi pada tasik tu. hebat kan? airnya mesti lain dari yang lain because it's able to reflect such a majestic view.





ini pulak mt tutoko-topuni. menurut penceritaan pemandu bas, gunung-ganang seperti tutoko adalah elemen penting bagi puak maori sebab ianya menghubungkan terus antara whakapapa (susur galur keturunan) dengan tuhan-tuhan mereka. ianya adalah pautan di antara dunia fizikal dan spiritual menerusi semangat hidup mereka (dipanggil mauri).




this package included cruise. tapi, disebabkan harganya murah sedikit, kami tak diberi kupon makanan. jadik, kami dah siap-siap bawak bekal sendiri. kalau pakej bernilai NZD200++, mereka menyediakan lunch secara buffet. oh ya, harga pakej kami adalah NZD113.00 di bawah ejen great sight. kalau amek ejen nakedbus, harganya NZD110.00. pun begitu, aku tak rasa harganya tetap. tengok masa kott ? kami beli pakej ni masa ada diskaun 50% di grabone (laman web ala-ala mydeal.com.my)





pada hari terakhir di bandar salju, kami tak ke mana. ingatkan nak pergi coronet peak tapi kami takde niat nak main ski. maka, tukar perancangan - kami stay di bandar saja. still, it wasn't that bad. kata orang, bandar salju adalah lapan kali ganda lebih lawa daripada switzerland. hohohoho, aku tak pernah pergi switzerland pun. pakcik tu yang pergi dan dia lah yang buat perbandingan relatif ni. aha, kalau nak beli cenderahati, queenstown adalah tempat yang mashyuk ! harganya jauh lebih murah daripada mana-mana bandar di new zealand. kalau kamu penggemar tegar fridge magnet, sila sediakan extra bag dan extra money, ok ? i guarantee, you will shop till you drop hahahaha !






pengembaraan kami ke pulau selatan berakhir pada tigaharibulan. sayangnya, ada satu je perkara yang aku tak buat di bandar salju. terkilan, tahu ?
aha, bukan main ski atau snowboarding ye.






aku tak minum hot chocolate ni. kata kak lala dan kak nina, chocolates patagonia menyediakan minuman coklat yang sangat sedap. serius sedap. harga pun not bad - NZD5.00 untuk secawan.
:(

ok, tahun depan, aku kena kembali ke sini. mungkin pada musim panas. who knows kan ?



cuti musim sejuk : bandar mati

kalau wellington aku nama kan sebagai bandar damai dan dunedin sebagai bandar gereja, invercargill pulak adalah bandar mati. sekurang-kurangnya, wellington berdenyut sebab adanya students of victoria university dan dunedin bernyawa sebab adanya students of otago university. 
invercargill ?




secara faktanya, invercargill adalah the southernmost and westernmost city in new zealand, and one of the southernmost cities in the world. but then, in my humble personal opinion, ianya memang mati. bandar itu bandar mati :(




kalau inginkan percutian bermakna kat sini, sila tempah tiket untuk pergi ke stewart island - tempat yang mengarahkan kamu lebih ke kawasan antartika. maka, bersedia lah dengan lapisan baju yang tebal. 




ok la. kalau tak mahu ke pulau itu, boleh jugak ke bluff - titik penghujung pulau selatan new zealand. ianya terkenal dengan tiram. kata orang, tiramnya segar dan sedap. kami tak ke sana pun sebab tak sampai duapuluhempat jam pun kami ada kat bandar mati ni. cukup lah untuk satu malam. dan esoknya, terus bergerak ke bandar salju.




untuk penginapan satu malam, kami tidur di tuatara backpackers. satu kepala - NZD33.40. ianya adalah family bedroom but it's not attached to bathroom, toilet, kitchen, laundry and lounge. it's merely a family bedroom yang ada katil semata. 




kamu tak perlu trying so hard to talk with your mouth fogging. bercakap biasa pun sudah buat mulut kamu berasap-asap. untuk membuat perbandingan relatif, dunedin lebih sejuk. mungkin saja sebab ianya berangin. invercargill, tidak. tak ada angin yang bersapa pun.



cuti musim sejuk : bandar gereja

pengembaraan kami ke pulau selatan bermula dengan kemalangan apabila penerbangan auckland-dunedin ditunda. sepatutnya, kami terbang pada pukul empatsetengah petang. alih-alih, dianjak ke enamsetengah pulak. tapi takpe. ditunda saja. bukan dibatalkan seperti penerbangan auckland-christchurch.

kemudian, kami tiba di lapangan terbang antarabangsa dunedin lebih kurang pukul lapan malam. seronoknya, kami disambut dengan salji putih. yeah, it was snowing dan aku gembira sangat. ye lah, bukan semua orang bertuah merasa salji yang menurun dari langit, tahu?




kami menginap di central backpackers dunedin. betul-betul terletak kat tengah bandar. maka, senang nak bergerak dan bersiar-siar. untuk dua malam, satu kepala cuma bayar NZD50.00. kami duduk dorm (yakni, bercampur dengan orang lain. tapi, kami pilih untuk bermalam di dorm perempuan saja), bukannya bilik. dan dari situ, aku kenal lucy, seorang journalist dari bandar wellington, new zealand. disebabkan kami berkongsi dapur dan ruang tamu, aku jugak kenal alan, seorang geologist dari bandar buenos aires, argentina.




dari mula, kami pergi gereja ni. suhu bandar dunedin pada masa ni sangat sejuk. aku pakai tiga thermal dan lapisan bubble. masa ni, tangan dok asek tarok dalam poket je. serius tak tahan sejuk. stokin pulak dipakai tiga pasang. nasib baik winter boot was able to warm my feet enough.




habis tengok struktur binaan st. paul's anglican cathedral, kami gerak ke dunedin art gallery. tiada caj kemasukan. percuma. kat sini, tak dibenarkan amek foto. takat bergambar di foyer saja. untuk mereka yang berminat dengan seni lukisan cat minyak, galeri ni mungkin mampu memuaskan nafsu kamu.




kami tak lama kat galeri. dengan berjalan kaki saja, kami terus gerak ke the first church of otago. well, aku suka tengok seni binaan dalaman bumbung gereja ni. klasik. seni kaca tingkap dia pun, tak kurang hebat jugak.




dunedin railway station. kalau mahu nikmati keindahan negara ni secara ekstrim, sediakan tambang keretapi. ia akan meluncur pergi ke gunung, laut dan langit. satu hari nanti, aku nak naik. teringan nak berlagak seperti golongan elit - menghirup kopi panas sambil menjamah pandangan alam di luar gerabak.




cadbury chocolate factory. kami tak melawat. sekadar bergambar di luar sebab, untuk satu lawatan, kamu mesti tempah dulu. baru boleh masuk. kata orang tempatan, harga coklat cadbury dalam kilang ni jauh lebih murah daripada countdown atau mana-mana pasaraya. ye lah, murah. kalau tiket lawatan dah seratus dollar lebih, murah kah tu?




kami teruskan pengembaraan ke angusburgh - sebuah franchise makanan segera. angus merupakan terma yang merujuk kepada sejenis daging lembu. daging lembu angus. untuk satu burger angus ni, harganya cuma NZD6.90, percuma dengan kentang goreng. er...takde sos ye. kalau nak, satu pek kecik sos berharga limapuluhsen (tak silap aku). aku tak habis makan burger ni. satu, saiznya lebih besar daripada saiz normal burger. dua, daging angus sangat-sangat berasa lembu. tiga, aku kurangkan pengambilan daging dalam diet aku. aku tak menyesal beli burger ni walaupun tak habis separuh. sekurang-kurangnya, aku cuba. dalam pengetahuan aku, hanya kat dunedin saja ada cawangan angusburgh ni. tempat lain, takde. untuk pengetahuan umum, sila jangan keliru antara angusburgh, angus restaurant & bar dan angus cafe & desserts. tiga tempat ini menyediakan menu yang berlainan. angus restauran & bar adalah tempat untuk menikmati hidangan berupa stik. manakala angus cafe & desserts adalah kafe yang menyediakan kek, pastri, dan minuman kopi serta coklat.




siapa-siapa saja yang melawat bandar ni, tak sah kalau tak pergi university of otago. betul kata orang, universiti ni lawa. kalah university of auckland. mana taknya, seni binaan dia dipengaruh dengan sentuhan migran dari scotland. masa aku menunggu penerbangan auckland-dunedin, seorang lelaki tua berumur 70 tahun yang baru saja bersara sebagai ketua majlis tertinggi gereja di avondale, bercerita pada aku tentang kemasukan scottish ke kawasan dunedin. akibatnya, bandar ni dipopulasi oleh mereka dan diasimilasikan sedikit demi sedikit. so, no wonder aku rasa macam aku pergi united kingdom hahahaha !




dari pusat bandar (yang dinamakan the octagon kerana design-nya sememangnya bersegi lapan), kami berjalan kaki ke baldwin street. baldwin street terkenal sebagai the world's steepest residential street. cuba tengok google map ni.




sekurang-kurangnya, kami berjalan sejauh lima kilometer (dari titik A ke B). untuk pulang ke backpackers semula, kami naik bas - tambangnya NZD2.40. well, takde lah gila sangat untuk berjalan sejauh tu. maksud aku, tak segila macam pergi mission bay (sejauh lapan kilometer one-way) yang mana aku jalan kaki pergi-balik. yes, you're right. it was sixteen kilometre back then.

oh ya, kenapa aku namakan dunedin sebagai bandar gereja? obviously, bandar ni ada banyak gereja. aku syak, setiap limapuluh meter persegi, mereka akan bina bangunan suci agama mereka. namakan saja - roman catholic, anglican, presbyterian, orthodox. ah, banyak. cukuplah aku masuk dua saja. 



cuti musim sejuk : perbelanjaan percutian ke pulau selatan

informasi umum :

1. 8 hari 7 malam 
(bermula dari 26.06.2012 hingga 03.07.2012)
2. melawat dunedin, invercargill dan queenstown



untuk langkah berjaga-jaga, better sediakan NZD 1500.00.
let say you guys travel all the way from malaysia, i believe, perbelanjaan dia akan lebih banyak daripada ni. sebab harga flight ke queenstown is seriously not that cheap.



cuti musim sejuk : bila drama dipentaskan dalam realiti hidup

suhu bandar queenstown barangkali dah mencecah negatif. aku bangun awal seperti biasa. spesifiknya, sebelum masuk subuh lagi. ah, kalau dah habit, kau ingat senang-senang nak ubah?

selimut diselak. sejuk tapi aku persetankan saja. aku tahu, heater YHA backpackers tertutup automatik. after every two hours, it stops. tak hairan kalau bilik ni pun tak ubah macam di luar sana. aku pandang langsir yang menutup tingkap kaca. pasti, ya, aku sangat pasti, udaranya sesejuk peti ais. mungkin saja lebih gigil dari itu. suis lampu dipetik. terang. dan sekilas aku pandang farah dan shuq kali ni. masih lagi diulit mimpi malam. 
untung.

"aku nak keluar kejap. beli plaster" sambil membetulkan muffler di leher, aku pandang biasan imej shuq di cermin meja solek.
"buat apa?"
"tangan aku, darah" aku tunjukkan.

sebelum subuh tadi, usai mandi, aku garu kulit yang mengering. entah. tak sedar. tahu-tahu, dah berdarah. pulak tu, degil tak mahu berhenti. meleleh cairan merah pekat. terus dan terus meleleh. hinggakan hampir saja menitik dalam teh aku. nasib baik tak termasuk. kalau tak, raja bersiung sudah aku ni.

"macam mana boleh jadik gini?" shuq berkerut. farah masih lagi di bilik air. 
"entah" pendek jawapan aku.

tas tangan disauk. trench coat dibutangkan. aku pakai stokin sambil berkira-kira suhu di luar. sialan. kenapa sejuk yang amat ni?

"kulit kering. aku singgah kedai bawah ni je - day n fresh. lepas tu, aku balik bilik" aku jawab acuh tak acuh. malas.
"takpe lah. takyah balik. aku bersiap dulu dengan farah. apa-apa hal kita jumpa kat luar je"

but dipakai.
at last, siap pun.

terkadang, bersyukur aku dapat belajar kat auckland. bukannya wellington. atau dunedin. atau queenstown. semuanya memang lebih indah dari sibuk kotaraya auckland. ye, the fact is undeniable. tapi, bila memikirkan suhu dan helaian baju yang wajib dipakai setiap hari semata-mata untuk keluar saja, itu benar-benar buat aku mengeluh dan tertekan.

masuk hari ni, dah tiga hari berturut-turut aku beli roti. bukan sedap sangat pun. tapi, dah darurat. bantai je makan. nak ikutkan tekak sangat, boleh mati. ni je la kedai runcit yang paling dekat - sebelah YHA backpackers. new world jauh. countdown, heh, mana ada. so, i don't have any choice, kan? 

ah, dia lagi.
cashier yang tak reti nak bagi senyuman. greetings apa tah lagi. 

"what's the price of the buns over there?" 

aku tanya dia buat pertama kalinya aku masuk ke sini. dan pastinya, melihat dia saja, serius, tak ada langsung sense of warm welcome. kalau bukan sebab roti tu semua tak ada tanda harga, tak kuasa aku nak menanya.

"which one?" 
"em...the mini french toast"
"it's one dollar and ninety"
"what about the croissant?"
"one dollar and thirty"
"ok, thanks

dingin dan beku. itu lah raut dia. sombong? ya, boleh saja aku tafsirkan begitu. aku andaikan, dia bukannya gemarkan orang asia seperti aku. tapi, haish. bukan kah protokol kau adalah untuk memberi warm service? bukan kah protokol kau adalah untuk memberi senyuman? bukan kah protokol kau adalah untuk memberi yang terbaik? 
benci.

aku capai penyepit. 
satu mini french toast. 
Allah, croissant takde ke hari ni?

'apa ke cekik darah nyaaaaa harga plaster sini !'
'takpe la, kau gi carik kedai lain ke apa ke. aku pun baru nak mandi ni huahaha'
'ok'

blackberry dimasukkan kocek balik. geram betul. untuk luka kecik ni, tak kan nak beli empatpuluh keping plaster? kerja gila!

hari ni, hari ketiga - makan roti lagi.
lantak lah.

*** 

"shuq, aku nak beli roti kat kedai bawah" 
"lagi?"
"nak bawak bekal"
"semalam kau beli jugak kan?"
"haah. aku pergi dulu"

hari keempat. waktu yang sama. pagi. dan sarapan aku pastinya satu mini french toast. again. lainnya, aku tengok kotak croissant ber-top up. ok, tukar menu. no more mini french toast but a croissant and a hamburger bun for today's breakfast. let's have a different bread this time.
kaki aku tak melangkah ke kaunter kemudian. sengaja, aku pergi seksyen produk tenusu, kekacang, peti minuman dan jugak...keperluan harian. 

please, cepat lah blah. 

aku harapkan dia berganti orang. aku tak mahu berurusan bayar dengan dia - si dingin beku. 
tak. nak. 
melihat muka saja, boleh rosak seharian aku. 

bodoh.
kenapa tak ada siapa melainkan dia?

berat-berat, aku berjalan menuju ke kaunter.
dan memberi senyuman sedikit.
harap-harap, dia akan mencair.

"hi, how are you today?"

aku angkat muka.
dia kasi greetings?

"i'm good" aku balas.
"do you live here?" suaranya ada nada pelik. 
"nope" aku senyum dan alihkan pandangan. segan.

"we're leaving today" aku bagitahu.
"oh, ok..."
"where do you live?" dia tanya lagi.
"auckland"
"so, this is a vacation?"
"yeah"
"what are you doing in auckland? working?"
"no, i'm studying"
"what do you study?"
"education"
"oh, wow"
"are you living here?" aku tanya, sekadar berbasa-basi.
"yeah. em, which part of auckland?"
"cbd"
"you mean, central?"
"yeah"
"i went to auckland once. to my sister's. stayed in hotel"
"is it langham hotel?"
"nope"
"oh, ok. well, i live around that area actually"
"no, no. i stayed in the hotel - kinda forgot the name. but the view was quite nice. i can see the auckland bridge, the sky tower-"
"have you gone to the sky tower?"
"yeah yeah. and when we step on the glass and look below it, gosh"
"yeah ~"

$2.60.

"you wanna cash out?" dia soal.
"aa...no" dan aku swipe-kan kad.
"do you need the receipt?"
"yes, yes please"

dia hulurkan.

"thank you" aku senyum dengan nafas yang tak senormal dah.

"so, are you single?" 

erk.

"i mean, do you have boyfriend? are you married?"
"married? no"
"do you have phone number?"
"yeah..."
"mobile number...?" dia tekankan soalan.
"er, yeah"
"em, do you think if i can have it?"
"er, what? you want my number?" tergagap aku kali ni.
"yeah. why? you have boyfriend?"
"nooo"
"so..."
"em...ok..."
"alright" baru dia tersenyum.

"please write it here"

aku keluarkan blackberry semula dari kocek. 
terketar, aku bersilih ganti pandang skrin dan tulis satu per satu digit.

"i change my number this year, so, kinda forgot what it is" aku cuba terangkan sebab aku merujuk blackberry.
"how old are you?" dia tukar topik.
"twenty two"
"do you think if we can date when i go to auckland?"
"date...?"
"yeah. i'll call you. we can go out someday and date"
"er...i'm not sure about that"
"why?"
"because, em, my dad kinda strict-"
"well, he shouldn't know about this right? you won't tell him"
"but, isn't that wrong? not telling him?"
"i'll call you ok. what's your name?"
"farah"
"write it down"
"...twenty four"
"i look like twenty four?"
"no, i'm twenty four"
"oh" tergelak aku.
"what's yours?" 
"jason"

"i'll call you" dia kenyit mata.
"aa...ok...BUT, i'm not promising you. you know, whether we can date...or go out
"it's ok. just wait for my call"

dan pintu kedai tertutup.


apa senyuman aku tadi sebalang gula manis yang mampu mencairkan dia kah?

atau 

ini adalah episod pertama drama dari kuala lumpur ke queenstown?



cuti musim sejuk : parti merah-hitam

jadik, sabtu lepas, semua cohort yang berkuliah di wilayah biri-biri berkumpul sama-sama. berapa kerat je yang tak hadir. tapi tak mengapa. bukan perkara wajib pun nak dilaksanakan. sekadar tanggungjawab sosial saja. 
aku pernah bagitahu bukan, kak lala bakal meninggalkan ? ye, gathering kali ni adalah parti perpisahan untuk cohort tersebut.
ah, aku tak nak bebel panjang lebar. tak ada idea. sebab sekarang, kepala aku lagi serabut nak pikirkan pasal percutian ke pulau selatan. sikit lagi, lebih kurang pukul duabelas tengahari, aku kan get ready dengan satu bag pack dan hand luggage. macam tak percaya, aku betul-betul nak pergi rasa salji (kalau salji turun lah).
aku ingat, bila aku pulang ke wilayah biri-biri, aku nak up satu entri pasal budget percutian musim sejuk ni. well, aku estimate, lebih kurang $700 je kos untuk keseluruhannya (ini termasuk penginapan, pakaian, aktiviti, makan dan pengangkutan). i think that's wayyy too cheap. alah, aku ni bukan anak menteri atau datuk. merely a MARA scholarship holder dan totally bergantung pada duit biasiswa. kira cukup la nak experience new things at new places. aku tak kan mintak duit kat umi dan abah. no, no, no. it's not right, ok ? although they definitely help me whenever i'm in trouble, as long as i can handle myself, insyaAllah, berkat doa dan segalanya, aku kan selamat di sini.
ok, ni apa kes entri campur-aduk pasal parti, pulau selatan dan duit ni. heh, betul la - kepala memang tengah serabut bagai. 

au revoir.



cohort 5 - hanya dua saja yang MIA 



tema pakaian - merah & hitam.
tema yang digunapakai masa sambutan hari lahir aku tahun lepas.
heh, senang je nak carik baju 



ketahuilah - perempuan lebih ramai dalam kos ni.
tapi tak bermaksud kami beraliran feminism.



bak kata abang aku, french kiss aku kena reject dengan yasmin.
ah, silap betul lah ! 



ini lah kami -
cohort 3, cohort 4, cohort 5 dan cohort 6.
takde lah ramai. 
kan?
:) 



cuti musim sejuk : bakal meninggalkan

it's sad when people are leaving you, isn't it?

***

pagi tadi, aku jalan ke princeton. jumpa kak lala and kitorang berjalan kaki dari situ ke mission bay. walaupun makan masa sebanyak satu jam lebih, you won't feel the aching of your leg when walking with someone you adore and care.

[ tarik nafas ]

sedih, tahu? minggu depan, dia pulang. dah habis pun pengajian dia kat sini. nanti, sedikit masa lagi, dia jadik cikgu praktikal kat mrsm kota putra, terengganu selama tiga bulan. untung sungguh budak-budak yang bakal diajarnya. she's such a wonderful person in and out.

outing kami berdua simple saja. tapi itu dah cukup sangat-sangat. tak perlu sebarang apa yang grand. hanya berjalan menikmati alam dan bercerita tentang kita-kita saja.

i'll treasure this moment.


belum sampai lagi kat mission bay.
jauh perjalanan kami.




dan kak lala bawak aku pergi kiwiyo.
ala-ala tutti frutti yogurt.
taappiiiiiii
lagi sedap, lagi rendah kalori, lagi banyak perisa, lagi pelbagai hiasannya dan
laggiiiii murah !
tak percaya? she only paid $11.40 for two cups yang sungguh sarat segalanya ok.



cuti musim sejuk : persiapkan diri

sebelum menjadik seorang yang halal untuk seseorang, ehem -

[ clearkan tekak ]

better kita persiapkan diri. kan?
sometimes, aku bersyukur seseorang itu belum lagi berjumpa atau terjumpa aku. dan aku pun tak berjumpa atau terjumpa dia. wonderful :)
alright, memang tak dinafikan, naluri perempuan ni mahukan kasih say--

wait.
point entri ni bukan nak melaut perihal impian atau kehendak tentang masa hadapan. itu kita cerita lain kali la yek.
cuti musim sejuk aku adalah hampir sebulan. heaven
heaven ! dengan syarat - kau reti nak buat apa. kalau tak reti nak isikan masa tu, urgh, kufur nikmat, barangkali ?

so far, masa siang aku tak terbuang sangat. bangun seawal tiga, empat, lima atau enam pagi membolehkan aku memulakan hari-hari aku berganda-ganda lebih awal daripada kaum marhaen hohoho



cubaan kedua - gagal
cubaan ketiga - berjaya, yay !

buat pertama kalinya, aku masak sambal bilis goreng (yang kering punya). rupanya, takde lah payah pun nak masak sambal ni. disebabkan aku teringin sangat nak makan dan umi, of course, takde kat sini melainkan kat tanah melayu, terpaksa la aku masak sendiri. cubaan pertama tidak gagal, kau tahu ?

bahan-bahan masakan :

1. cili kering (direbus)
2. bawang merah (literally, bawang merah pastinya)
3. bawang putih
4. asam jawa
5. garam
6. gula

aku malas nak tulis cara-caranya. kamu-kamu semua reti kan? alah, masak sambal kott. aku yang noob ni pun, dah berjaya buat.
well, let say you realllyyyy don't know how to cook, here's a secret to let people finish eating all your cooking.

"baca bismillah dan baca selawat selalu"

itu pesan yasmin. dan aku buat setiap kali aku cuba belajar jadik isteri masak. bila pikirkan balik, ah, banyak betul kekurangan aku.
macam mana nak dapat saidina ali kalau diri sendiri tak serupa macam saidatina fatimah,
kan ?


cuti musim sejuk : menampal labu


somewhere dalam siri pertama, aku pernah mention yang aku terpaksa beli kasut but saiz kanak-kanak. well, when it comes to clothing and shoes, wilayah biri-biri bukanlah sesyurga seperti di malaysia. saiz aku memang susah nak dicarik. serius susah !
lagi-lagi bila badan aku dah shrinking a bit (or a lot, i think), bertambah-tambah pening aku nak carik saiz kasut dan baju.

aku bakal menjelajah pulau selatan minggu hadapan. secara tepatnya, pada duapuluhenam haribulan (sila catat dalam kalendar bagi siapa-siapa yang berkenaan). pulau selatan, untuk mereka yang tidak sedia maklum, adalah lebih sejuk daripada auckland cbd. dulu, aku pergi ke wellington, yakni tempat berbulan madu yang masih lagi dalam pulau utara tapi terletak hampir di hujungnya. 
lihat peta untuk imaginasi yang jelas.



rotorua - done
new plymouth - done
wellington - done
christchurch - done

next in the list ; dunedin, invercargill and queenstown, 
insyaAllah :)


kalau wellington pun dah sejuk, inikan pulak pulau selatan tu ha. ye dok?
maka, untuk menghadapi suhu yang lebih beku berbanding auckland cbd, i badly need winter clothes. doesn't matter trench coat, bubble, thermal, knitted wear or what not - i just don't care as long as i can warm myself. 

aku
aku rasa, aku kena pergi tempat budak tapi amek saiz paling besar lah.

nad
cuba tengok pumpkin patch. ada seorang senior ni, saiz badan dia lebih kurang macam kau lah, bawang. and dia beli baju-baju kat pumpkin patch. kiranya, takde siapa pun boleh pakai baju dia. saiz kecik kott.

aku pernah masuk pumpkin patch. masuk dua kali. saja suka-suka, and nak tengok-tengok. tapi, tak pernah terlintas pun aku nak beli baju kat situ untuk DIRI AKU SENDIRI. i was thinking to buy the stuffs for my daughter hahaha

bila masuk je pumpkin patch, mata aku tertancap (tertancap? urgh, whatever) kat satu baju ni. kebetulan, baju tu saiz sebelas - saiz kanak-kanak paling besar. i reflexly grabbed and tried.
voila ~!

sales girl
looks good on you.
[ senyum ]

aku
yeah, i like it. it fits me well. 
[ senyum ]
aaa...can i have this one? i just love it so much.
[ pandang nad dan shuq, mintak approval ]

nad tak percaya aku boleh pakai baju-baju kat situ hahahaha
aku pun tak percaya sebenarnya, tapi buat-buat cool. kononnya, 

"hei, i'm well-fitted in those clothes kott. my body isn't that biiiggg" 

end up, i have myself these three winter clothes.
actually, ada satu sweater baldu yang aku nak beli. but then...well, maybe next time, yeah?



ni la baju yang aku cuba dulu.
suka sangat winter coat niiii
:D



and this is my bubble.
kalau pakai, rasa warm dan selesa.



my knitted wear.
also my favourite !
:)


ok, pumpkin patch dah termasuk dalam senarai kedai kegemaran aku. lepas ni, instead of prioritizing the glassons, jay jay, cotton on and dotti, i better climb up to the pumpkin patch first. it's totally worth sangat-sangat. 
aku suka gilaaaaaaaaa



ok, saja je nak tunjuk sikit my winter boots.
ni kalau tak pakai ni, heh, memang membazir.
so, i'll make sure i wear them !



ingat lagi kasut ni? aku beli lace baru.
well, actually aku beli three laces - brown, candy pink (not the one in the photo) and grey.


nota untuk sara :
you see, honey, we're gonna share the same store ! isn't this great ? nanti kita ajak papa masuk sini ok. you'll pick yours and i'll pick mine. pastu, biar papa yang bayarkan semua ihik.

p/s : that sales girl suggested me urban angel, a store pretty much like the pumpkin patch. kata nad, urban angel ada saiz sebelas dan ke atas. oh shit, i've got to be there to have a sneak peek !