"awak memang..."
kalau kau eavesdropping sekalipun, belum tentu lagi kau dapat dengar suara yanti bercakap dengan afiq di balik pintu bilik tu. perlahan, dan ada sedikit nada merajuk.
biasa lah, perempuan.
"dulu, awak janji"
"saya tahu-"
"then?"
yanti cantas terus kata afiq. ni petanda yanti betul-betul berkecik hati.
biasa lah, perempuan.
"abang tak sangka dato' nak abang handle projek tu"
afiq cuba fahamkan yanti. tapi, tak sempat. yanti angkat kaki, keluar bilik namun tak dihentak pintu kuat. memuncung bibir? aku kurang pasti.
biasa lah, perempuan.
afiq pun silap. siapa suruh dia bercakap membelakangkan yanti. ingat ni drama swasta ke nak cakap gaya gitu? boleh tahan perasan afiq ni. langsungnya, dia tak sedar yanti keluar sampai lah dia dikejutkan dengan bunyik --
cengkerik.
padan muka. cengkerik kat luar tingkap rupanya tengah mengejek afiq yang gagal pujuk isterinya. alasan sibuk dengan tugas kerja pejabat memang klise. apa afiq langsung tak kreatif buat alasan ke?
heh. laki.
yanti capai berus kasa dawai dari gerobok bawah tangga. langkahnya laju menutur ke dapur. aku tak rasa yanti lapar bila angin dia datang. kau lapar ke bila kau tengah marah? aku tak. eh, tak sangka. aku dengan yanti sama pulak.
mata yanti tancap pada dinding dapur. percikan sisa-sisa minyak menyakitkan pandangan. tambah menyakitkan lagi bila sinki penuh dengan pinggan mangkuk kotor. oh, by the way, patut la bersepah. usai maghrib tadi, yanti dan afiq ada candle night dinner. sempena afiq dapat kenaikan gaji sebanyak kosong perpuluhan tiga peratus. yanti happy dengan berita tu sampaikan dia sanggup celebrate ala barat. siap pasang lagu genre jazz, tiupan saksofon kenny G.
such a sweet ass.
tapi, itu tadi. sekarang tidak. ni semua salah afiq. ye, aku memang menyalahkan afiq. dan aku bias. kalau bukan sebab projek dato', mesti yanti dah boleh berbulan madu buat kali ketiga di auckland, new zealand - tempat belajar dia yang dulu. eh, ter-sama lagi dengan yanti ! kelakarnya.
to add, kalau bukan sebab projek dato', afiq tak mungkir bahagia yanti. hah, macam lagu hazami aku rasa.
dan, kalau bukan sebab projek dato' jugak, yanti takkan tengok dapur dengan hati yang ca-cat.
bodoh !
bentak hati yanti bila dia tengok dapur.
walau marah, perlahan-lahan, yanti cuci pinggan mangkuk. nangis? cukup sekadar mengalirkan air mata.
biasa lah, perempuan.
habis menyusun pinggan mangkuk pada raknya, yanti ambil kain buruk dan terus tangannnya meluncur pada segenap persegi permukaan kabinet. dah siap mengelap, kali ni yanti berus dinding bersisakan minyak. lama jugak dia menyental. tapi, afiq tak muncul-muncul untuk pujuk dia. kemudian, yanti capai kayu mop. kalau nak diringkaskan cerita yang tak seberapa ni, dapur rumah yanti dan afiq boleh dikatakan tiba-tiba bertransformasi. bukanlah menjadik robot transformers. cuma, dapur rumah sudah habis licin dan bersih. tak sia-sia afiq menikah yanti.
sambil berbangga dan pucuk-pucuk riak mula menguntum di hati, yanti tiba-tiba terasa sesuatu mencuitnya dari belakang.
"mama gaduh dengan papa ke?"
sara, yang hampir tumbuh semua gigi susu, dah terjaga dari tidur.
dengan refleksnya, yanti geleng dan men-denial-kan perkara yang berlaku.
"mana ada mama gaduh. kan mama buat kerja"
"dapur will become so clean everytime mama majuk dengan papa"
budak zaman sekarang, cepat sungguh belajar.
tak sangka, kan?