aku tengah mencuba-cuba mengurangkan pengambilan produk haiwan seperti ikan, makanan laut dan telur. kalau ayam dengan daging (be it; lembu, kambing, unta, rusa dan kerbau), dah lama aku tak makan. sejak tahun lepas lagi (2012).
ok, menu kali ni - ianya hampir 100% produk tumbuhan. dalam erti kata lain, it's vegan. whoever wish to take a break from meat consumption, maybe you guys can have a go with this recipe.
bahan-bahan:
1. rice paper
aku tak tahu istilah bahasa melayunya. rice paper ni produk dari vietnam, tak silap aku. bagi mereka yang tinggal di auckland cbd, anda boleh dapat rice paper di lim chour atau tai ping atau mana-mana kedai asia.
2. su'un
disebabkan aku takde stok su'un, aku pakai mee hoon - pun boleehhh. ikut sukahati korang lah kan. kalau tak nak letak pun, takpe.
3. pelbagai jenis sayuran/ulam
aku guna lobak merah, timun jepun (courgette), mesclun dan cendawan telinga.
4. hummus
yang ni, opsyen. aku menggedik nak letak sebab nak kasi ada rasa sikit.
5. semangkuk air
untuk rendamkan rice paper.
cara-cara:
1. rendam rice paper ke dalam semangkuk air. tak perlu lama. agak-agak dah lembut, angkat dari air dan hamparkan rice paper.
2. letak kesemua inti (su'un/mee hoon, sayuran/ulam dan sedikit hummus) ke atas rice paper tadi. jangan letak banyak. pandai-pandai korang susun.
3. dan sekarang, gulung elok-elok. kat sini aku kepilkan sekali video - macam mana nak gulung rice paper.
vegan spring roll ni, lagi sedap kalau makan dengan sos. kalau tak nak sos, takpe. cuma, rasa dia tawar lah. sesetengah orang akan goreng vegan spring roll ni. macam aku, aku tak goreng pun. memang makan mentah-mentah sebab nak rasa lebih sihat kehkehkeh
ok.
sekarang, sos pulak.
it's called garlic-lime sauce.
bahan-bahan:
1. 1/4 cawan gula
2. 1/4 air panas
3. 2 ulas bawang putih (cincang)
4. 1/3 cawan jus limau nipis
5. 1/4 cawan sos ikan
aku tak ikut pun sukatan tu semua. aku bantai ikut selera sendiri hahaha
disebabkan aku suka bawang putih, aku cincang banyak-banyak. dan, aku tak guna limau nipis (mahal sangat harganya). instead, aku pakai jus lemon.
cara-cara:
atas api kecik, campurkan gula dan air panas. biarkan gula terlarut dalam air tu. kemudian, masukkan bawang putih, jus limau nipis/lemon dan sos ikan. kacau. siap.
see ?
mudah kan. kalau untuk beginner (seperti aku), mungkin agak susah sikit nak gulung the rice paper. tapi, takpe. with several practice, mesti boleh punya.
alright, selamat mencuba ya !
kalau melantak vegan spring roll ni banyak-banyak, aku langsung tak rasa bersalah.
it's guilty-free ! sebab aku tahu, bahan-bahan dia cuma sayur je pun. dan memang aku rasa kenyang (mind you, perut aku kecik hikhikhik)
it's guilty-free ! sebab aku tahu, bahan-bahan dia cuma sayur je pun. dan memang aku rasa kenyang (mind you, perut aku kecik hikhikhik)



