[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]isnin.
petang.
yan study luar tingkap. hujan merenyai-renyai sambil angin tiup ikut sedap rasa. bergegar tingkap kaca bilik yan. pukulan angin seperti mahu sepaikan satu satu. entah lah. alam memberontak, barangkali. makin yan perhati, makin galak hujan merintis turun.
sejuknya...
bila yan toleh belakang, heater bilik cuma mampu ditatap hampa.
rosak lagi.
hakim, seperti yan jugak, pandang ke alam.
jadik ke nak main ni?
'd game's still on'
mesej masuk.
hakim dah agak dah. dan dia tersenyum. selain being complex, yan seorang yang persistent. insist in everything. tak kira la dunia nak terbalik atau nak hancur-lebur. kalau itu yang dia nak, itu jugak yang dia akan dapat. yes, she is strong - in a sense she knows what she wants.
"dah?" yan terus sapa dengan soalan bilamasa hakim bukak pintu.
"dah, jom. tapi hujan lebat ni"
"haah" yan makin menggigil. hakim pandang yan atas bawah.
"angin kuat kat luar" yan jujur katakan.
"bawak payung kan?" hakim tanya. risau.
"bawak. tapi, boleh aku tumpangkan payung kat rumah kau? nanti terbang, rosak payung aku"
"em, boleh. but then, kau -- ?"
"kau?"
"aku pakai macam ni je la. sarung hood"
yan terdiam.
"takpe lah. aku redah je" jawab yan. yakin.
"kejap"
hakim masuk apartment. tak lama, dia keluar balik.
"pakai ni" hakim hulurkan baju hujan.
"jangan lupa zip sekali"
secara jujurnya, macam mana yan nak zip kalau tangan dia - kiri, kanan - penuh dengan barang? tangan kiri dah pegang tuala, tangan kanan pulak pegang raket dan balang shuttle cock. yan cuma sempat sarung ala kadar. hujan pulak, eish. kejam. langsung tak reda dari tadi.
"sini" hakim terus pakaikan untuk yan.
disarungnya yan dengan hood baju hujan dan dizipkan hingga yan betul-betul terbalut kemas. hakim tak nak hujan menembus jasad yan dengan perit. hakim tak mahu. sebab, sekuat mana pun yan, dia tetap yan - gadis yang kalah dengan hujan.
***
"aku tak jadik pergi queenstown" hakim mulakan borak.
sementara menunggu budak-budak habis main, yan dan hakim duduk bersila kat tepi court.
"kenapa?"
"dah kau tak nak aku pergi"
"aku dah cakap kan, kalau kau nak pergi, you better go"
"takpe lah" hakim sambut dengan tawa kecil.
yan palingkan muka dan mata terus galak menonton permainan budak universiti. hakim pulak, sempat mengerling dari sudut tepi yang kabur, dan terlihat yan sedang ukirkan sedikit senyuman bahagia.
eehh?
is that -
is that really a smile?
"bila kita main ni, you should consider my height. ok?" yan pesan.
"kalau tak?" hakim terus pusingkan takal, biar jaring terpasang siap.
"aakkiiimmmmm !"
hakim tergelak-gelak. kelakar la budak sorang ni. of course hakim akan tolerate. tak perlu diberitahu, tak perlu dipesan. hakim tahu nak melayan macam mana. cuma, sesekali, hakim rasa wajib untuk dia menyakat. kalau tak disakat budak ni, acane nak rasa manis bila bersahabat?
"akim !" yan amarahkan rasa.
masuk ni saja, dah dua kali hakim buat smash dan sengaja dia pukul tangkis setinggi mungkin. dalam dua kali tu jugak, tangkis terhantuk kat kepala yan.
"letih la kutip bola !" yan tak puas hati.
"bagus la tuuu ! badan kena gerak sikit"
"eeeeeeee !"
yan laju meluru ke hakim, terus diketuknya belakang hakim dengan batang raket.
"kan dah cakap, kena consider tinggi aku. main tipu aa !"
"laaa...main tipu amendenya"
yan balik semula ke gelanggang dia.
"ok. kita main macam ni. siapa tak dapat sambut bola, dia kena jawab satu soalan from the opponent side. ok?"
"haaaa?" yan buat pekak.
"dengar taakkk? tak dapat tangkap bola, kena jawab satu soalan !"
ah, apa-apa je la.
yan layankan saja rentak si hakim.
round #1 - hakim.
"kau ada kawan laki lain yang rapat selain aku?"
"what?"
"jawab je lah"
yan kecikkan mata, cerlung hakim dengan tajam.
sumpah macam nak membaham.
"ada" yan jawab sepatah.
"siapa?"
"eh, aku dah jawab kan?"
hakim geleng kepala.
masing-masing pusing, balik ke posisi asal.
yan cuba buat smash.
tapi --
round #2 - hakim.
"siapa laki tu?"
"laki mana?"
"yan..." hakim tatap raut wajah yan.
"em, kawan"
"kawan je?"
"heyp ! satu soalan je kan"
round #3 - yan.
"hah !" yan sorak.
"hmm...cepat, apa soalan kau"
"apa hubungan kau dengan perempuan tu?"
"perempuan mana?"
"you know who i'm talking about"
"kawan"
"kawan se-level macam aku ke?"
"yan...one question je kan?"
"fffinnnneeee"
round #4 - hakim.
"between kau dengan laki tu, kawan je?"
"haah"
hakim angkat kening.
round #5 - hakim.
"kau ada hati dengan dia?"
"apa punya soalan ni?"
"apa ni, jawab soalan dengan soalan"
"fine !"
"aik, marah?"
"taaakkk"
"hahahaha dah tu, sila jawab cik adik manis"
"aku tak tahu hati aku kat siapa. we never discuss about this"
round #6 - yan.
"do you...touch her?"
"yes"
"which part?"
"yan..."
"uuurggghhhh"
yan campak raket.
hakim sambung gelak tengok gelagat yan.
round #7 - hakim.
"dia pulak, apa perasaan dia terhadap kau?"
"how should i know?"
"make a guess. wild guess"
"nothing kott"
hakim angguk,
iyakan the statement.
round #8 - hakim.
"tak rasa nak ada serius relationship dengan dia?"
"hakim, why d'you ask me about this laki out of sudden?"
"yan, can you just please answer my question?" hakim ajuk gaya cakap yan.
yan dengus.
"not yet. the future is unwritten" jawab yan. geram.
round #9 - hakim.
"dia budak mana?"
"kedah"
"ouh?"
"shut up"
round #10 - hakim.
"dah lama kenal? berapa tahun?"
"that's two questions, akim"
"berapa tahun kenal?"
"since i was 15"
round #11 - hakim.
"aaakiiiimmmm"
"yes?"
"ufff. cepat, apa dia"
"em...satu tambah satu?"
"lima !"
dan yan tak pernah gagal buat hakim geli hati.
round #12 - yan.
"yyesssss !"
"kasi chance, boleh la"
"lantak la. yang penting, aku boleh tanya kau sekarang"
"ok, apa dia"
"do you love her?"
"nope"
yan terus buat muka pelik.
"tak caya?" hakim soal.
round #13 - yan.
"kenapa kau interested pasal budak laki tu?"
"sebab dia budak kedah"
"what the fish !"
kahkahkahkahkah
round #14 - hakim.
"kau jealous ke, aku dengan dia?"
"i don't give a damn whatever you wanna do with her. so, my answer is - NO"
round #15 - hakim.
"dah tu, kenapa kau tanya aku banyak pasal dia?"
"curious"
round #16 - hakim.
yan campak raket lagi sekali.
terus dia duduk kat lantai.
rebel.
"tak nak main dah?" hakim datang dekat.
yan peluk kedua-dua kaki.
muka masam, toksah cakap lah.
"bukan. letih" yan dongak, tengok hakim.
"ok la, aku tanya last je soalan. lepas tu, kita balik eh?" hakim ala-ala nak withdraw the game.
"apa pulak last? kau dah tanya tadi"
"ha?"
"betul apa. kau tanya - 'tak nak main dah?'. and aku dah jawab"
"shit"
yan kekeh.
"jom !" yan bangun, grab the shuttle.
round #17 - hakim.
"aaaaaaaaaaaaa !" yan makin bengang.
"relax la yan"
"tak aci la !"
"aci la. tadi pandai ek kenakan orang"
yan jelirkan lidah sambil tangan capaikan botol air.
"kau suka aku?" hakim panculkan soalan.
tersembur yan.
"what?"
"kau suka aku eh"
"a big NO !"
"kau macam...de-"
yan kerling jam.
"apa? dah sembilan setengah, is it?" hakim tanya.
"yeah..."
"jom lah..." air muka hakim berubah.
tanpa sepatah apa, hakim terus tanggalkan jaring.
kemaskan segala peralatan,
dan,
"sini" sarungkan baju hujan untuk yan, just like what he did before.
yan sedar, permainan soal-jawab tak berhenti di situ saja.
ianya belum lagi tamat secara rasmi.