satu hari. hari ahad. aku lirik pada jam. Mir mesej, dia ajak aku menapak ke dewan selera. ah, malas. aku masih merajuk dengan dia. semalam, aku mati. gara-gara dia lupa kirimkan kata pada aku, ayam dewan selera aku tak santap langsung kala matahari terpacak tegak di puncak langit. kali ini, aku mahu menangkan ego yang seronok bermain di pangkal hati. aku mahu dia tahu aku bengang tahap gaban dengan dia.
"tak nak makan. aku nak duduk kelas"
satu sen kredit celcom dilayangkan. dan aku angkatkan muka. aku tebarkan pandangan pada dimensi yang menyekat setiap hela nafas aku. tiada satu entiti dalam dimensi ini melainkan aku seorang. aku. hanya aku.
'
i'm too scared to be alone'
satu
statement general. sengaja aku coletkan di status ym. membiarkan manusia-manusia maya membuat pelbagai interpretasi pada kata-kata inggeris itu. sengaja!
betul. aku takut. aku takut aku menjadi satu. menjadi seorang terkapai-kapai tanpa ada dayung di kiri kanan, pasti itu susah untuk seorang macam aku. aku takut. tiba-tiba terasa macam dunia ini gelita sungguh. pekat sehitamnya.
"heh, dunia memang kejam"
aku rasa dunia ini sangat tak adil untuk seorang farahin. entahlah. bila zahirkan rencana itu di atas bentangan sejadah, aku titiskan air mata. aku bicara sama Dia. aku luahkan apa aku rasa. aku tanyakan kenapa. aku mohonkan kata Dia. aku salahkan Dia. aku jahat, kan? aku sedar, aku buruk. aku teruk. langsung, aku tak malu mengesot kasihNya. masih lagi aku segar mengesak-esakkan kristal jernih bagai anak kecil di hadapan Dia. aku muka tembok.
"bodoh" aku maki diri sendiri.
aku merayu pada Dia. senyap-senyap, aku pintakan seorang. tidak kisah apa jua bentuk figuranya. tidak kisah apa jua jantinanya. tidak kisah apa jua umurnya. yang utama, dia mestilah fahamkan seorang aku. dia sentiasa ada untuk aku. dia tak akan tinggalkan aku.
kala aku raung, dia tenangkan. kala aku jatuh, dia bangunkan. kala aku tangis, dia hapuskan. kala aku sedih, dia senyumkan. kala aku sakit, dia sihatkan.
...
tapi, itu tak mungkin. tiada siapa untuk seorang farahin. haah, aku cepat putuskan segalanya. aku cepat hentikan tangan yang menadah. aku cepat hentikan kata berupa doa. aku cepat hentikan kehendak. aku tidak lagi rayukan seorang pada Dia. aku katakan yang aku redha. redha andai aku tidak punya tempat berpaut.
redha kah aku?
"seorang farahin yang kau lihat itu hanya ilusi semata. dia tidak kuat mana"
betul. aku mengaku. aku longlai. aku layu. aku lembik. aku lemah. aku ini serapuh kayu mati yang rongganya ada sana sini. sekali hentam, berkecai serata.
...
satu suara terjah. suara dari hati sebelah. dia pekikkan amarah
"sampai bila kau nak terperosok atas tanah? bangkit farahin!"
lalu sebelah lagi bersuara
"aku dah penat. aku dah letih. aku dah lesu. biarlah aku tersadai kali ini"
tiap-tiap malam, aku berperang. berperang dengan diri yang entah bila mahu ada penghujungnya. yang pasti, malam aku ditemani air mata lagi. nangis tanpa henti sampai mata terkatup rapat sendiri. sendiri!
dunia memang bangsat untuk seorang farahin.
tiada siapa untuk aku. tiada. tiada bahu yang boleh menyandarkan aku. tiada tangan yang boleh mengusapkan aku. tiada lidah yang boleh tenangkan aku. tiada rangkulan yang boleh menghangatkan aku. tiada. semua itu angan semata. dongengan bicara.
satu hari. hari ahad. aku menangis semahu hati dalam satu dimensi tanpa siapa-siapa di sisi.
aku
pathetic.