monolog melankolik

aku mohon hati aku dibukakan kembali.
payah kan ntuk kita redhakan sesuatu yang kita benci.


baca lah kalau nak baca sangat

sudah dua malam.
dua malam mata aku tak nak katup.
dorang nak blinking je. haih.
daripada terkebil sorang-sorang, baik aku update blog kan. tapi aku taktau nak update apa. entah le.
bapak bosannye weeeyyhh!
tension tau tak.
tension sebab takde manusia di pagi buta ni.
aku tengok ym aku, ramai je manusia-manusia belom tidur. tapi serupa je macam takde orang.

baik korang toksah on ym kalau tak chatting.


kakak dah off to sleep. kejap lagi, pukul 0645 pagi dia kena hantar umi pergi sekolah. kereta umi kena servis. tu yang kakak kena jadik drebar jap. pastu, mau pergi jusco. yes!
ada sale kottt.
tapi bukan j-card day aa. ni yang off 15% and 5%.
sale la jugak kan?

"in, aku tak kire, esok pagi kau kena ikot aku"

mampos la. sekarang dah pukul 0300 pagi. kakak sah-sah kejut aku 0630 pagi. mandi-mandi. solat-solat. hantar umi.
mak ooiii. ngantok la aku gamaknye.
sah-sah aku tidur dalam kete nanti. aku tak pedulik. tidur means tidur ok.
malam tadi pergi jusco. aku dah survey barang apa nak beli. hehehe...
tak sabar i tau.
kalau baju tu sepuloh hengget, kena pulak 15% off...wow! murahnye baju i tu. dah le lawa. kaler merah beb.

lepas shopping nanti, petang tu nak gi kl pulak. adik aku register kolej aa ari sabtu ni. esoknye, ari ahad pulak...damn! aku balik kolej. bapak malaaaas.
urgh. pastu ari isnin dah start kelas. hadoi. aku tak puas la cuti. ingat cuti sebulan cukop ke? kasi le cuti setengah tahun, macam cuti lepas spm. heaven sket. baru la thrill, ye dok? ini kasi satu bulan...apa barang.

rasa macam sekejap la pulak buat a-level ni. sekarang nak masuk sem tiga. tahun depan ada lagi satu sem. pastu, bulan jun dah habis. then, cuti enam bulan. waaah. best best best.
tahun 2011, fly (insyaAllah).
aku dapat rasa kan, sem tiga ni, aku busy kott. dan, probability aku tak balik rumah tiap-tiap minggu sangat lah tinggi. takpe lah. bak kata azrul;

"nanti cuti enam bulan tu, spend la time with family"

aku ni yang tengah chatting dengan dia, agak terkedu kejap depan laptop bila dia cakap camtu. tak penah pulak aku terpikir macam tu. huhuhu. terima kasih la ye azrul.

dah la. aku nak tidur. dah ngantok. terima kasih la sebab baca entri yang kurang menarik nih.
nyesal tak baca?
kalau nyesal, padan muka. nak sangat baca tadi. hamek ko.

semangat sang lembu

baiklah. hari ni aku ada mood nak berseni. jadik, aku dah buat hasil seni ni mengikut acuan si dia. dan hasil tu, aku kan kasi to my superhero.





aku tau, aku ni sweet.
dan sang lembu tu comel.


p/s : ha, sape yang dok rumah pastu rasa macam buhsan gile, try aa buat ni. aku cabar korang!

there's always a room for improvement


korang teka lah makanan apa di atas tu.

er...teka-teki berkecuali pada manusia yang tidur sebumbung dengan aku.

dialog anak kecil #5

"farahin, you're a small girl, so don't touch it!" abah laung dari meja makan.

"in tengok je...bukan in nak buat apa" dengan buat muka tak bersalah.

takdenya aku nak ranapkan shaver abah tu... AngryFace

budak lahir di bandar masuk kampung sekali lagi

aku penat lagi. baru sampai rumah dari mersing. hari ahad semalam macam hari-hari biasa. takde beza. abah tetap keluar. taktau ke mana. yang penting, dia ada urusan. hari bapa tak disambut macam hari ibu.
lewat petang pukul empat pada hari ahad semalam yang serupa macam hari-hari biasa;

"siapa nak ikut abah balik mersing?"

abah tiba-tiba soal. aku yang tengah tengok tv 2, toleh pada abah.

"kenapa abah?"
"tok banjar meninggal"

jadik, aku terus bersiap. ikut abah. balik mersing. hari ahad semalam yang serupa macam hari-hari biasa, sebenarnya bukanlah hari biasa. aku sambut hari bapa dengan cara teman abah balik kampung. ye, tahun ni, aku takde hadiah untuk superhero aku tu.
tu je la yang mampu aku kasi (buat masa sekarang ni).

abah drive slow. kata abah;

"orang dah meninggal. tak payah la berkejar sangat. kita pun bukannya nak rush"

betul.

abang aku tak ikut. kakak kat uia. mohd ada program dekat sekolah umi. umi of course tak boleh balik sebab nak handle program tu. fahd kat asrama.

***

sampai rumah arwah dalam pukul 0930 malam. suram. ada la beberapa orang yang aku kenal.

"nasib baik kita sempat jumpa toknyang aritu, kan abah?"

aku memang tak nyesal balik mersing. lahir kat bandar sebagai budak bandar tak halang hati aku daripada terus nak dekatkan diri dengan kampung. aku tak kisah walau dah datang beratus-ratus kali and atok-atok still tak nak kenal aku. aku takkan jemu nak balik mersing.

aku tengok jenazah. masa tu, hati ni takde rasa apa-apa. aku pun taktau kenapa aku takde feeling. cuma aku banyak diam la. aku tak ngaji. aku cuma duduk sebelah abah. aku dengar abah ngaji satu juzuk.

malam tu, kitorang tumpang tidur rumah paklong esah.
aku tidur sebelah abah. being a 19-year-old daughter doesn't keep me away from being his little girl. aku kalih tengok abah. dia dah tidur. aku ni, tak tutup-tutup mata lagi. dah satu jam aku cuba nak tidur. entahlah. hati aku rasa lain macam.

***

pukul tujuh pagi, kitorang ke rumah arwah. lagi sekali, aku duduk sebelah abah. dengar dia ngaji satu juzuk. nak menginjak pukul lapan, orang dah mula ramai.

aku tengok, ramai sedara datang. dan ramai aku tak kenal.malah, ramai aku tak pernah jumpa.
kebanyakkan yang salam dengan aku, mesti tanyakan aku soalan ala-ala begini;

+ "anak siapa ni?"
- "anak nasir, cucu salim"

+ "mak tak datang?"
- "mak ada program kat sekolah. tak boleh nak datang"

+ "lain? datang dengan abah je ke?"
- "abang ada hal. adik sorang tu ada program dekat sekolah mak. sorang lagi asrama. kakak exam. kat uia. tu yang datang dengan abah je. semalam amek tokmak tokbak kat kluang. pastu, baru datang sini"

***

darah aku berderau bila tengok alatan mandian jenazah. entahlah. tiba-tiba je.

"macam ni ke kalau aku mati nanti?"

baru terdetik soalan macam tu kat hati ni. betul la apa yang tertulis kat dalam buku teks agama bahagian akhlak 'adab menziarahi jenazah'. kau akan rasa satu feeling yang semacam.

aku ni bukannya baik sangat. alim jauh sekali la. bahu kiri lagi berat dari bahu kanan. lebih dosa dari pahala. masa tengok jenazah, seriyes aku rasa seram.
aku terpikir - bila la ajal aku nak sampai. sempat ke aku nak kutip amalan, kurang kan dosa? terima ke Dia taubat aku ni? aku ni mati macam mana? mati umur muda ke, mati umur tua? ada ke orang nak bacakan aku yassin?
macam-macam soalan aku tanya kat diri ni.

***

ada dua-tiga perkara aku nak highlight sebenarnya.

# walau kau budak bandar dan atok-atok tak kenal kau, kau mesti balik kampung. sekurangnya, kau kenal siapa sedara kau.

# walau kau kerja/belajar tinggi menggunung tapi kau tak reti-reti nak jenguk atok-atok, takde maknanya kau hidup.

"esok kau mati, takde orang nak jenguk, jangan kau nyesal pulak" tu kata abah pada aku.

# nak balik kampung tak semestinya time raya atau dapat berita kematian saja. bila-bila masa pun kau boleh datang. pastu, pergi la lawat atok-atok. buat macam hari raya.

***

part paling best bila duduk lepak dengan atok-atok ni, ramai yang ingat aku sekolah lagi

gelakguling

***

al-fatihah untuk arwah,

***

ok, aku nak ber-facebooking jap.

the worst four words in english dictionary

"we need to talk"

only applicable to couples i guess


maaflah. aku emosional lagik.


emosi #3

lima pagi. rindunya manusia itu. tiba-tiba relung ini meraung kuat. kan alangkah hebat kalau perasaan setinggi langit ni dia tahu. ah. angan. tak sampai ke mana kalau aku merindu dia saja. aku ini diajar tidak harapkan balasan sayang si manusia. tapi naluri gadis aku sentiasa haus untuk meneguk kasih homosapien. salah kah untuk memasang harapan yang kabur? atau paling tepat, harapan yang unrealistic. maaflah. aku bukan malaikat. aku ni manusia jalanan. yang normal. yang harapkan cinta sempurna.




pagi buta

dah pukul 0218. mata aku taknak tutup lagi. alang-alang dah lewat, baik lewat terus. kang terlepas waktu sahur, merana aku.

seperti dalam jadual, aku dah habiskan 30 chapter the mayor of casterbridge. ye, kami tak jadik belajar persuasion. miss nina texted yasmin, telling us to change the text. so far, the plot is interesting but its vocabulary...er...ada banyak perkataan yang aku kena rujuk oxford. hey, aku bukan pembaca bahasa inggeris. jadik, aku agak slow. tengah-tengah update blog ni, aku rancak meng-download cerita tu.
kalau ikut perancangan, lepas habis baca, aku nak tengok pulak cerita dia. mesti lagi paham, kan?

teacher, i try my best not to hate literature for this new semester.

cuti tinggal lagi berapa hari je. haih. malasnya nak balik kolej. senior dah takde.
of course la aku rindu gile kat kak nina nanti.

Crying nanti, essay farahin, siapa nak tolong check kan?

bulan julai, sambut junior pulak. agak-agak, macam mana la junior kitorang nanti. adakah sesengal kitorang ni? ammar cakap, junior laki takde langsung.

LargeGasp pergh...!

bulan ogos, result keluar. habis la aku. being realistic, aku dapat rasakan aku kena repeat aa. tapi, kalau nak harapkan keajaiban, aku tak repeat kott. kita doa-doa la miracle happens ok?

la ni, aku tinggal lagi dua hari je nak ganti puasa. takde la penat mana kalau puasa kat rumah. sebab mamat ada. hihi Grin
dia yang sediakan sahur, dia yang kemas rumah, dia yang sediakan berbuka. sangat bagus adik aku tu.
dan aku?
aku tolong cuci pinggan mangkuk kat sinki lepas kitorang habis makan. tu je kerja aku. ikutkan, bukan aku taknak tolong dia, tapi dia yang dah buat segalanya.

Blush sebenarnya, aku yang bangun lambat.

ok ok. ACTUALLY, aku sedang hidap penyakit malas. virus tu telah menular dengan jayanya dalam diri aku nih.


dah la, aku nak sambung baca the mayor of casterbridge.


al-maklumlah, saya kan budak yang sangat nerd.
(if you know what i mean lah)

p/s : aku dapat banyak award. masalahnya, teks ucapan terima kasih belom lagi aku siapkan. susah kan jadik penerima anugerah ni. nanti-nanti lah aku amek. ok?

Hot



apa lagi boleh aku buat?

semalam. lebih tepat, waktu malam.
kala aku sedang ralit dengan teks sastera.
dentingan.
aku pandang skrin.

dia.

- "entah la. aku taktau. aku bengang ok" dia trouble.

aku pura-pura gelak di hujung corong talian. dengan harapan, dia tak sebengang mana.

jauh sudut hati aku, aku desis.


kasihan.


+ "bincang lah" aku sepatah bagi cadangan.

- "dah break, tapi...aih. entah lah. ok, aku admit, ada silap aku. tapi kamon la, dia buat salah dia jugak. dia tak sedar. aku penat. aku letih"

aku tadah telinga. apa lagi boleh aku buat?
kalau aku punya kuasa, ingin saja aku lenyapkan sedihnya.
kalau aku punya kuasa, ingin saja aku hapuskan resahnya.
kalau aku punya kuasa, ingin saja aku bentangkan bahagia.
kalau aku punya kuasa, ingin saja aku lekatkan senyuman padanya.


kawan, jangan kau lalu jalan yang aku tempuh.


+ "kau nasib baik. masalah hanya berlegar antara kau dan dia"

aku sambung bicara. aku yakinkan kata.

+ "ada kawan aku, hubungan ranap. macam nak kiamat. punca - orang ketiga laknat"

+ "bincang lah. aku jamin, kau dia akan ok. aku jamin"

aku tibai ayat. walhal, aku sendiri tak tahu apa yang bakal jadik. aku cuma harap, dua insan itu tak ranap lagi.


kawan, aku tak pernah rasa hubungan yang kau ada itu.
aku cuma pernah rasa jasad ini separuh mati bila hilang kekasih hati.



+ "dalam hubungan ni, trust tu penting"

dia senyap.
barangkali mengiyakan kata-kata aku yang separa pengalaman dalam hal-hal begini.

- "masalahnya, aku nak buat benda lain pun susah. kalau aku tak contact sehari, mula la dia tuduh bukan-bukan. eish...tolong lah. aku nak contact siapa? aku contact dia je"

betul lah. memang betul dia bengang tahap karma tika ini. aku? aku terus tadah telinga. apa lagi boleh aku buat?

kalau aku punya kuasa, mahu saja aku lari ke rumahnya.
kalau aku punya kuasa, mahu saja aku ada dengannya.
kalau aku punya kuasa, mahu saja aku selesaikan segalanya.


kawan, aku rela bersusah sedikit asalkan kau tak rasa jasad yang separuh mati bila hilang kekasih hati.


+ "dia insecure ke?"

- "entah. ye kot"

+ "sebab kisah silam?"

dia tarik nafas hela.
betul lah. dia terbeban kini. dia macam nak mati.

+ "respect"

aku panculkan lagi satu senjata yang boleh selamatkan dia.

+ "kalau respect dah takde, susah lah. ada respect, senang. kau respect dia. dia respect kau. sebab respect, kau takkan sakit kan dia. dia takkan sakit kan kau. respect penting. respect your privacy. respect your feeling"

bertubi aku katakan. dia mengiyakan lagi.

sekejap cuma, dia merintih lagi. dan aku? aku kekal tadahkan telinga. apa lagi boleh aku buat?


kawan, jangan risau. aku ada untuk teman kau pimpin tangan dia. apa-apa pun, aku bahagia saksikan kau dan dia menghirup empingan udara cinta.


malam itu.
dia akur dengan bicara aku.



eh kawan!
aku lupa nak bagitau kau.


ego kau dan dia - boleh bawak turun sikit tak levelnya?



*edited*

p/s : we always listen to the victim's story. (kakak aku yang cakap sama aku)



ada rumah terbuka belah sana

ok, atas cadangan yang bernas daripada seorang penulis (aku takkan bagitau korang yang sebenarnya zamrud kalam cadangkan pada aku perkara ni), aku dah tepek kan semuaaaa karya sipenuliscikai dekat sini.

haa...pasni, takde la karya dia ganggu rumah aku ni kan. nak baca, sila-sila la ketuk rumah sipenuliscikai.

"feel free to drop comments" - sipenuliscikai speaking dengan aku aritu. dia pesan dekat aku, untuk sampaikan pada korang.

esok sekolah dah bukak.
tapi, aku tetap ada dekat rumah.
cuti empat minggu beb. heaven!

kepada budak-budak ib, jangan nakal-nakal. bawak berubah la perangai-perangai sengal tu yek.
ni pesanan untuk diri aku jugak siul


dah, aku nak gi menyantap kopok lekor mersing kejap.

p/s : lawa jugak sign aku ni. lagi gempak kalau guna kaler darah, kan?



tak payah nak tunggu raya

hari selasa - kami ke johor.
saja. suka-suka. datang bercuti ke kampung sendiri.
lagi spesifik, kitorang ke kluang, kemudian ke mersing, pastu sempat singgah sampai ke endau.
rasa macam dah lama tak balik kampung sendiri.
ye la, sejak tokmak tak berapa sihat, kitorang beraya kat melaka je. buhsan, raya kat bandar.

sampai kat johor, seronok gile ok!

rata-rata, bila dah sampai rumah tok-tok ni,
ramai yang dah tak berapa sihat, tak berapa kuat.
aku, sampai sekarang terpaksa mencongak-congak, nak mengingat nama-nama atok.

ni sedara belah abah

ni sedara belah umi

time ni la umi bukak cerita-cerita lama.

yang ni sedara belah umi. tokmah kau ni bla bla bla

abah pulak, bukak cerita pasal childhood dia.

abah dulu, kene jalan dari mersing kanan ni sampai la bla bla bla

masa kecik-kecik dulu, time raya, main ikut abah dengan umi je. tak kenal pun mana-mana atok. tapi, setiap rumah yang aku pergi, aku kan tarok beberapa trademark. trademark ni la yang aku guna sampai sekarang.

ni rumah yang ada jam besar dengan telefon lama

ni rumah yang pagar dia buat dari kayu

ni rumah yang tinggi

ni rumah yang dia buat sate

macam-macam.


bila sampai mersing, perut tak pernah kosong. makan nasi dagang lah, sata lah, kuih kayu keramat lah, keropok lekor lah, cendol lah. no wonder aku bertambah tembam, kan?

yang paling best, ramai atok ingatkan aku paling bongsu ihikhik

penamat yang tragis



i have the deepest cut in my heart
thanks to the one who did it


broken hearted with adi


aku perlukan satu sebab untuk hidup bersamamu

beberapa minggu lalu, aku diberi notifikasi.
notifikasi melalui emel.
katanya, aku ada akaun.
terkejut jugak.

lama aku terduduk.
tangan klik sana sini.
tak sangka.
tapi, lama kemudian aku putuskan.
baik aku dilit.

beberapa hari lepas, amar tanya aku.
"kau tak buat ke?"
aku jawab "aku baru dilit minggu lepas".
"nina ada" amar cuba pancing.

aku berlagak cool. nanti-nanti je lah.

beberapa minit yang lalu, kak ayin tegur aku.
"in, adi dah approve"

hingga kini. saat ini.
aku tiada kata.








adi, i'll sign up facebook!


p/s : korang tak tengok betapa terlonjak kegembiraan aku bila adi reply mesej. aku jerit. aku speechless. aku terkedu. aku...aku...aih! tak sangka ok. *aku masih senyum*

kaler baru tapi merah tetap di hati ku

hitam.
menawan.
padan segala bagai.

ye lah tu.





ikut umi pergi shopping.
umi pilih kain lama sangat.
aku buhsan, aku duduk tepi tangga.
takde siapa marah aku. jadik aku bukak buku.
persuasion. urgh...intro nya! kuuuusssssemangat.

"in...!"
umi panggil.
aku tutup buku.
terus pergi dekat umi.
umi mintak opinion, pilih kain mana.
tu la, mabuk tengok kain banyak. kan dah.


aku round-round dalam gulati's.
alih-alih nampak cermin.
aku snap gambar aku.
umi lama lagi.
aku tengok.
hitam.
em.



p/s : kaki seluar berlipat. ok, aku tak tinggi-tinggi lagi.

on par or above


ada siapa-siapa boleh kalahkan tuan haji sh mohd nasir?

***

1. how old are you?
nineteen

2. are you single?
yes, i am.

3. at what age do you think you’ll get married?
a man can't really tell the future.

4. do you think you’ll be marrying the person you are with now?
i don't have anyone right now.

5. if not, who do you want to marry?
i don't think i have to answer this question.

6. who will be your bridesmaid or your bestman?
my sister.

7. do you want a garden/beach or traditional wedding?
garden wedding.

8. where do you plan to go for honeymoon?
new zealand.

9. how many guest do you think you’ll invite?
ten is definitely.

10. if you have exes, will that include them?
yes.

11. How many layers of cake do you want?
one.

12. When do you want to get married? Morning or evening?
morning.

13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
silent mode - the song of nature would be better.

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
formal and normal. spoon-fork-knife-napkin.

15. Champagne of red wine?
out of my list.

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
no honeymoon at all.

17. Money or household items?
money.

18. How many kids would you like to have?
three is company and two is none.

19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?
no need. i'll treasure in my heart.

20. I want to know their wedding plan:
zamrud kalam.

***

kita mampu merancang, tapi Dia yang menentukan segalanya


p/s : aku tak merancang, sekadar menjawab tag.



sangat cool tengok cerita perang

so, it's already five in the morning.

sengal.

tak paham betul aku. padahal mula tutup mata pukul satu setengah lepas habis tengok red cliff two. kak, jangan jeles. aku dah habiskan battle of the wit, red cliff one, red cliff two, ipman. huhuhu. takpe, nanti kau balik, aku ok je nak tengok balik cerita-cerita tu dengan kau.

dan sekarang, aku melanguk depan laptop. urgh...bersin. nampak sangat tak cukup tidur. tapi mata tak ngantuk. apa kes?
entah lah.

novel jane austen dah beli. ammar, tak tebal sangat tapi lagi tebal dari the importance of being ernest ok. aku tak jumpa publisher yang lain. baru pikir tak nak beli penguin production, tapi tinggal tu je kat rak buku mph. nak tak nak, aku grab tu je la. memang akan perit habis mata aku pasni. tulisan dah la kecik (eh, banyak songeh plak farahin ni).
abang aku pulak, tak habis-habis tanya;

"in, apsal kau beli buku ni?"

baru ingat nak bullshitting dia, but he keeps on asking me why and why and why. masalah betul. last-last, aku mendengus geram, giving him the real answer;

"tu untuk sem depan la. aku kena baca. a chapter a day keeps miss nina away"

and hari ni akan bermula episod aku berjiwang-jiwang dengan novel itu. hahahaha. persuasion. cinta terlarang (eh, ye ke?).
cuti dah la empat minggu. yahooooo!
rasa macam nak berlagak depan semua budak ib and engin. tambah pulak takde assigment selain literature. heaven nye! amacam? korang jeles tak?

gossip girl tak habis tengok lagi. biarlah. aku lagi tumpukan target nak habiskan cerita perang-perang daripada cerita-penuh-konflik-dan-dendam.
(farahin, apsal kau tak tumpukan pada assigment literature je?)
ah, shuddup you.

sekarang nak dekat pukul enam pulak. better aku hang on. lepas subuh, konfem boleh jumpa abah before he off to his office.
semalam aku bangun lambat. as usual...
teruk la aku ni (ye, aku sedar).

what shall i do today?
jane austen jane austen jane austen.
owh, and another thing. aku nak selesaikan kiub-rosak-akidah. hairman, bila nak pergi maktab? aku pikir nak jumpa kau lah. aku dah dapat selesaikan base, t-kecik, dua layer. lepas tu, buat t-besar kan?
lepas tu? lepas tu?
aku bengang tak dapat selesaikan.

dah la. aku nak stop bermain jari-jemari di atas keyboard. nak pergi cari ilham. mana tau, silap-silap terkeluar satu masterpiece yang tak tercapai akal mu.

p/s : entri ni panjang. peringatan: i'm killing my time actually. ada orang suruh aku ngaji tapi aku gi ngadap lappy. aku nakal.