pada satu hari.
pada satu pagi, sebenarnya. ketika dalam perjalanan menuju ke bangi, tapi menyinggah ipoh sekejap, dari pengkalan hulu - satu ceruk tempat yang aku tercampak oleh takdir. dulu, nama pengkalan hulu - kroh. dulu. cerita dulu-dulu.
di hujung corong talian, suara perempuan sayu ditangkap aku. aku kenal nama dia bilamana dia menyebut. cuba memperkenalkan diri, tapi, ye lah, introduction-nya sekadar...introduction. aku kenal dia walau tak pernah berjumpa. tak diberi kesempatan lagi, secara tepatnya. dia tanya, aku kat mana. aku terpaksa pusing stereng. berikan signal kiri. tukar gear. tarik hand break. mengawal suara. bersandar. dan menyambung bicara.
- saya di hospital - emergency department.
+ ye, saya tahu.
- awak tahu?
+ malam tadi saya dapat panggilan daripada hospital.
- ouh...
that ouh. a tone of frustration, i would say. it's supposed to be her they contacted first. not me. never will be me. how foolish i was to disclose bits of truth. but, thing's happened. might as well go with the flow. once, and for all.
aku mendengar butir kata dia. setekun yang aku mampu. segagah yang aku ciptakan. selarat yang aku terdaya. dia tanya lagi, apakah boleh kami dua bertemu - eyes to eyes. kepala aku bingung sekejap. aku - - aku dalam perjalanan menuju ke bangi, tapi menyinggah ipoh sekejap, dari pengkalan hulu - satu ceruk tempat yang aku tercampak oleh takdir.
esak dia semakin jelas. god. what have i done to this woman? what was i thinking? what kind of person i am?
angina crept my bosom, taking its place as usual. i started to feel the intensity. oh shit. not now, please.
- i know this sounds stupid tapi saya nak get back together. saya masih cintakan dia.
+ tak...tu bukan stupid. that's the best decision you could ever make.
- tapi saya insecure. saya tahu saya ada kurang sana sini.
+ tak...tak...awak tak perlu rasa macam tu.
- saya kena tahu if there's a possibility dia - -
+ dengar sini. kalau awak nak get back together, do it. jangan risaukan apa-apa.
+ fikirkan anak awak. kesian. anak tu tak bersalah. think about her!
- tapi, kalau saya put an effort selepas ni, and somehow dia masih cintakan - -
she cried. i froze.
but of all i know, i need to help her. even if i have to sacrifice.
it's just enough that i have listened to too many cries from women for the past few years. they pierce my skin, envenom my blood, cripple my limbs and parch my zest.
god does not create women for them to cry out of misery.
+ i'm going away. far enough from your family. i'll be gone for good.
satu janji aku ciptakan.
demi dia, seorang perempuan.
daripada aku, seorang perempuan.
talian diputuskan selepas dia memberi salam. aku harap, segalanya baik-baik di sana.
kereta dipacu kembali. berikan signal kanan. tukar gear. turun hand break. tekan pedal minyak.
kuat.
laju.
rakus.
"FARAHIN !"
ketika dalam perjalanan menuju ke bangi, tapi menyinggah ipoh sekejap, dari pengkalan hulu - satu ceruk tempat yang aku tercampak oleh takdir. alam telah menyaksikan raung aku. sepertinya, Tuhan telah ciptakan aku semata untuk merasa pedih.
angina is such a pure demon.