habis la aku...sah-sah kena redo paper ni. dah la aku sengal sikit chapter 3 - social stratification.
"i call your name and please come to the front"
dup dap dup dap. kalau dulu, miss muna cuma hand in macam tu. kali ni, siap kena duduk depan dia, dengar apa yang dia nak komen. takpe la, tu lagi better. boleh tanya terus mana-mana yang tak paham.
"siti!"
sekilas aku nampak kertas A4 kosong tanpa garis yang penuh dengan tulisan. siapa lagi yang guna kertas macam tu untuk tulis esei sepanjang enam muka melainkan aku sorang je?
aku terus bangun. dalam hati ni, rasa macam taknak ngaku bila orang panggil dengan nama 'siti'. rasa macam nak toreh muka masa tu jugak, kasi buat plastic surgery. tak pun, sorok bawah katil muka ni.
tang tu jugak aku dengar satu kelas ketawa.
sialan.
aku sebenarnya alergik dengan nama "siti". tambah pulak dengan nama "farah". yaks!
aku tak boleh terima. gila apa panggil aku dengan nama-nama tu? kalau panggil aku "bawang", boleh la lagi telinga ni nak tadahkan dengar. tapi, kalau "siti" dan "farah"....duhai. longlai kepala lutut aku.
aku memang tak suka. ikutkan, nak je aku kuatkuasakan pengharaman dua nama tu terhadap aku. boleh?
mesti korang pikir cenggini bila baca post ni;
"mak bapak dah kasi nama elok-elok, guna je lah. ini nak benci-benci lak"
hello. aku ada reason. ok?
aku tak suka di-address "siti" atau "farah" sebab, dua nama tu tampak (pergh, word tak boleh bla) feminin. eee....that is just not so me.
kalau dah feminin, sah-sah pale otak aku set-kan 'lemah-gemalai', 'sopan-santun yang amat', 'cakap lembut sampai telinga susah nak tangkap perkataan', ketawa pelan-pelan', 'tunduk macam pokok semalu' etc.etc.etc. senang cerita, macam perempuan melayu terakhir lah.
tolonglah. sangat sengal. langsung tidak berkadar terus dengan diri aku yang sekarang ni.
macam langit dengan bumi.
aku bukan perempuan melayu terakhir. aku cuma budak perempuan yang ketawa ikut octave aku, berlari ikut kelajuan aku, melompat ikut suka aku, menjerit ikut nada aku, bergurau ikut kepala gila aku, maki ikut baran aku, nangis ikut sendu aku.
jadik, untuk gambarkan diri aku yang separa-perempuan (apsal lain macam bunyi word ni?), kan lagi cool kalau panggil aku as "farahin" atau "bawang".
er...kalau nak panggil "in", aku rasa kureng sikit lah. sebab hanya orang terdekat je yang diberi mandat panggil aku sebegitu.
ampun ya. jangan kecik hati tau. andai kata kamu bukan dari golongan yang rapat dengan aku, jangan lah ngada-ngada nak ber-"in" dengan aku. kang tak pasal-pasal kena tengok ekspresi kening terjungkit setinggi langit biru dari muka ni.
owh ya. andai kata aku sendiri yang bahasakan diri "in" dengan kamu, itu tandanya aku mahu hubungan kita tambah rapat. biar kita lagi akrab
tapi, ada satu ketika, aku terpaksa guna dua huruf tu dengan manusia asing. aku ulang, aku terpaksa. contoh :
di wai-em. atau dalam telefon. atau pertemuan empat mata.
"farahin dulu belajar mana?"
"mrsm"
untuk awal-awal perbualan, aku tak guna langsung kata ganti diri. tapi, bila perbualan makin meleret,
"farahin ok tak kalau pergi tempat sejuk? agak-agak kalau sejuk kena selsema, farahin pikir macam mana? pergi ke tak?"
"farahin rasa, kalau selsema sekali pun, tak salah kot. sebab nak pergi sana cuma sekali macam tu. bukan selalu pun. yang penting peluang tu"
kali ni, aku gunakan "farahin". pun begitu, tiga suku kata macam agak panjang. tak rasa ke? fa-ra-hin. aku nak taip mesej pun jenuh. jadik,
"in tak tahu la ayah kasi ke tak nanti. kena tanya dulu. kalau dah tanya, in inform kan. ok?"
last-last, aku gunakan saja "in".
nama "in" macam ada melodi tersendiri. hanya satu suku kata. in. ada nada tegas, definite, tetap. macam....certainty. aih, macam mana nak describe aa ?
yang penting, tak ada langsung tune 'lemah'.
i hate that word - lemah. heh.
4 ulasan:
ade unsur2 mmuji diri sndri la pos ko ni hoho.
aah, ak pon suke klu org pggil ak pja.
i feel close to me. hehe.
klu org pggil fiza, macam masa mula2 kat UM, mmg lambat ak nak respon.
tp skrg cam sume org da stat pggil ak ngn 'pja' je.
n i like it. hehe.
pja_chan,
ehe...aku tak sedar pulak entri ni berunsur memuji diri. aiseyman...
itu cuma kata dari hati ye.
aku mau panggil kau "hafizah" leh tak? hihi. saje nak menggedix.
sjk bile je nko tk menggedik pggil org len dgn name yg luar kebiasaan?
T_T
Catat Ulasan