andai melabuh sauh di laut melaka, jangan lupa bertandang ke darat

tolong singgah ke melaka sentral. masuk ke dalam sana, sila lalu di ruangan centre-nya. tolong.

sebab bila kamu lalu di situ, kamu akan jumpa beberapa agent insuran yang akan grab kamu. seriyes.

tiap-tiap hujung minggu aku balik rumah. tiap-tiap hujung minggu aku naik bas dari terminal dua, berhenti di melaka sentral. dan tiap-tiap hujung minggu, aku terpaksa lalu kawasan itu.

- "adik, adik yang tudung hitam tu"
+ aku buat pekak. keluarkan handphone, olok-olok berbicara di talian.

- "adik, adik yang pakai beg merah"
+ "owh, insuran ye? takpe, saya dah lambat. mak saya dah tunggu"

- "adik, adik"
+ aku isyaratkan 'tidak', langsung aku pusing menjauhkan diri dari situ.

- "adik, abang nak..."
+ "takpe takpe. saya...owh, mak saya call"
aku pura angkat telefon.

- "adik, meh sini kejap. abang nak tanya, kolej mana?"
+ tau plak kau aku budak kolej "er...kolej mara"
-"owh...cuti eh. em, abang nak tunjuk"
+ "jap, insurans eh? takpe lah, akak saya dah buat"
- "tapi, yang ni"
+ "takpe takpe, mak saya dah tunggu"


aku ketandusan idea.


p/s : "bang, annoying lah kamu"

8 ulasan:

Lily Cartina berkata...

penyepak je dye.
confirm tak kaco dah.
hehehhe

Imran berkata...

"Saya dah berpunye. harap maaf."

haha. konfem dier yg sepak ko.

NabilahRashida berkata...

ku pn x ske org2 yg sbok promote2 bnda2 cmnih...

fatehah berkata...

ko buat gaya org pekak.
mesti die yg sakit hati.

'ape bang, tak dengar!
tak dengar laa??!!
ape?? aa??? aaaa??'

heh.

bawangmerah berkata...

lily,
kalau sepak, tercalar kesantunan aku. tapi orite gak idea tu.

imran,
dia sepak aku, aku sepak balik. sesedap je nak sepak anak dara orang.

bie,
rasa rimas kan?

fatehah,
cool. next weekend aku try.

CiK Santai berkata...

in,
in buat2 mcm orang bisu.
kawan kak bie, pernah try.
last2 orang tu give up.
haha.

♥ AwenShahOmar ♥ berkata...

hahahaha...
sengal dowhh,
kalo la tym ko olok2 betepon tu, tba2 hp ko bebunyi mase kat telinga...
tak ke tercampak hp ko mcm raket tu sbb tekejut...
ahahahaha

bawangmerah berkata...

cik santai,
wah. boleh di-eksperiment kan. nanti in cuba.

cinderellawin,
ahahaha. tak penah lak terpikir camtu. kalau tercampak kat orang tu, bagus jugak kan?