dialog anak kecil #6

aku tenggelam timbul bila berbicara dengan abah petang jumaat aritu. jadik, aku seakan lupa dengan butir katanya. yang pasti, neuron di otak sempat tangkap ayat-ayat abah yang pada aku, ianya setenang air, tapi setajam pedang mampu tertusuk dari belakang tembus ke depan. sakit. dan, hakikatnya rasa nak lelehkan air mata tang tu jugak.

"you're fragile, in"

satu-satu dia katakan. ye la, fragile. tapi at that moment je la. macam mana aku tak fragile. i was talking to my abah!
memang aku sensitif bila bab hati-ke-hati dengan dia. and i was like...being kiddy? haah. memang pun. berhadapan dengan abah seolah-olah aku sedang menghirup udara budak seusia sembilan, bukan sembilan belas tahun.

"in rasa macam mana sekarang?"
"entah. in taktau la, abah"
"tak rasa nak fly pulak?"
"bukan"
"dah tu?"
"taktau"

pakai pukul taktau je petang tu. abah pun, bila aku kalih belah kanan, ternampak dia tengah mencari kata-kata yang patut dihujahkan pada aku.

"abah, in dah takde power lah"

sekadar bersuara tanpa berani menentang mata abah. pandang luar tingkap langkah yang terbaik buat masa ni.

being realistic memang mencengkam oksigen yang sedang aku tarikkan ke dalam paru-paru. the truth is bitter, isn't it? kalau selama ni, abah tanya soal kolej, aku selamba jawab,

"in boleh, abah"

atau

"in yakin, boleh fly"

walhal, masa tu, Tuhan saja tau betapa aku rasa berdosa sebab menipu abah. hati cakap lain, otak arahkan lain, mulut lancangkan lain. betullah, bila dah mati, anggota mulut yang dijahit rapat sebab terang-terang mulut ni sebutkan penipuan.

tapi petang jumaat aritu, aku agak berani. berani luahkan pada abah rasa hidup kolej yang sial memakan self-confidence aku.

"takde power? you mean?"
"ye lah, takde power. i mean, the will. entah. in taktau la"

tengok. taktau lagi. serabut kepala otak nak susun perkataan bahasa melayu, kemudian mau dituturkan pada abah ku sorang ni.

"ada...there, it lies inside your heart"

abah letakkan tangan pada dada. action yang emphasize-kan lagi kata-kata dia.

really, he made me wanna cry.

aih. penangan ilmu sastera ke sampai kau senang sensitif sekarang ni, in?

aku diam.

"tengok tu, memuncung pulak" dan-dan abah cuit bibir aku dengan tangan kiri dia.

"mana ada"

aku koyakkan senyuman. senyuman paksa. senyuman plastik. kau memang handal lah, in. pandai betul paksakan otot pipi tersenyum demi abah, kan?

heh.

petang jumaat aritu, berapa kali aku terdiam. atmosfera dalam kereta dah dua-tiga kali jadik beku.
aku mati bicara sebab aku sedang menahan air mata.

agak-agak, kalau aku lelehkan ia, abah mesti pikir ni dah jatuh kes berat.
abah, your girl ni tersungkur lagi la. tapi sengaja dia berlagak cool depan you. what a naughty girl she is.

3 ulasan:

nurfaizah.hasim berkata...

be strong babe!!~

pja_chan berkata...

ur wrong.
ur plastic smile stil xdpt tipu mata aku ni hehe

bawangmerah berkata...

faizfaizah,
=)

pja_chan,
ala...mate kau. mate bapak aku, aku berhasil tipu kott. hahaha.