generasi 11 #1

ok, this one is totally not for you guys.
tapi, aku tulis entri ini khas untuk budak-budak yang bakal mengambil jurusan tesl di kolej mara seremban.

i'm pretty sure we will have this eleventh generation of teslian unless mara wants to terminate the programme.


aku beri amaran awal-awal.
entri ini panjang.
dan the reason aku begitu nekad untuk menulisnya ialah kerana aku teringat moment dulu kala - di mana aku terkapai-kapai di atas beberapa kepulan awan dalam membayangkan kehidupan di kolej mara seremban sebagai seorang teslian.
ef.wai.ai - aku google nak dekat separuh mati semata-mata nak dapatkan gambaran yang jelas, yet, i didn't get that much.
maka, aku harap penulisan ini sangat membantu mereka-mereka yang desperate eager nak tahu.

enough said. let's move on to our business.
but, before that, i think it's better if i address myself in this entry with "saya".
kalau guna "aku", macam kurang ajar pulak (lain la kau orang melaka. aku mencarut laju-laju macam air pun kau takkan kisah, ye dok?)


1) temuramah

atau bahasa yang selalu digunapakai interview.
perkara pertama dan paling penting tentang temuramah ini, sudah pasti - penampilan diri kamu. tidak perlu mekap-mekap. cukup dengan sepersalinan yang sopan, bersih dan wangi. ketika aku saya melalui fasa ini, apa yang disisipkan dalam kepala cuma "speaking speaking speaking". ye lah, nama pun kos tesl, sah-sah diwajibkan untuk berbahasa inggeris, bukan?
namun, sebelum itu, saya telah buat beberapa persediaan awal. sebagai contoh, saya belajar tentang negara yang bakal saya lanjutkan pelajaran di sana (dalam kes ini, new zealand). kemudian, saya google tentang tesl - apa itu tesl sebenarnya?.
dengan bekalan yang saya ada, saya melangkah masuk dengan mengetuk pintu bilik terdahulu (dalam hati terkumat-kamit menyebut bismillah) dan memberi salam.
seperti biasa, penemuramah menanyakan khabar. jawab dengan sopan dan tatatertib ya. jangan memasamkan muka. anggap saja penemuramah itu sebagai seorang kenalan baru kamu.

"so tell me about yourself"
- ketika inilah saya lancarkan serangan. dengan semangatnya, saya perkenalkan diri - bermula dengan nama, kemudian latar belakang keluarga (termasuk pekerjaan ayah dan ibu), adik-beradik, pendidikan awal, kejayaan akademik dan kokurikulum, posisi dalam institusi pendidikan (yakni sekolah saya), dan hobi. kerana begitu rasa selesa dengan penemuramah, saya juga melalut menceritakan crush, dunia magis harry potter dan cikgu biologi saya.
AngryFace i shouldn't talk about that.


"why do you take tesl?"
- saya memberi jawapan yang bahasa inggeris ini cukup penting sebagai bahasa komunikasi bertarafkan antarabangsa dan kerjaya yang bersangkut-paut dengan bahasa inggeris menjanjikan kekayaan kesenangan hidup. saya tahu, betapa luasnya market seseorang yang memegang sijil bercetakan bidang ke-inggeris-an. kerana itu, saya memberanikan diri mengatakan bahawa saya tidak akan terus menghambakan diri dalam dunia pendidikan, tetapi mengembangkan sayap ke arah journalism kerana itu adalah cita-cita saya yang sebenar. pokok pangkal, tesl hanyalah satu tapak asas dan titik permulaan untuk saya melangkah lebih jauh lagi.

apa-apa pun, sesi temuramah pasti menyediakan beberapa perangkap. sebagai contoh, saya sedikit tergagap ketika disoal "what else do you know about tesl?".
Crying

habis di situ, pemohon kos ini dikehendaki mengambil ujian bertulis. saya ingat lagi, tajuk esei yang diberikan ialah berkenaan isu komunikasi. sejujurnya, vocabulary saya tidak begitu mantap - tahap bahasa inggeris saya adalah di tahap yang rendah. maka, saya mengambil langkah menulis esei tersebut dalam gaya yang santai, yakni, tidak begitu formal, penggunaan laras bahasa yang mudah dan saya tidak sesekali menyekat skop tajuk esei.


2) kursus

persediaan A-level Cambridge dalam kursus tesl di kolej mara seremban mengkehendaki-kan saya untuk mempelajari tiga subjek teras iaitu sastera bahasa inggeris, sosiologi dan matematik. dan, sebagai seorang teslian, kami diberi peluang mengambil subjek tambahan iaitu subjek kertas umum (general paper). pengambilan subjek ini bertujuan membantu saya dalam menambahkan pointer.
kerana ini adalah persediaan melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya juga diwajibkan mengambil ielts sebagai salah satu syarat kemasukan universiti.

mind you, subjek sastera bahasa inggeris bukanlah seperti yang dipelajari di sekolah menengah. itu bukan sastera ye. kelainan pada subjek ini ialah, saya perlu berfikiran analitikal dalam menulis esei. begitu juga dengan subjek sosiologi - subjek yang berkisarkan masyarakat yang mana saya terpaksa memahami beberapa perspektif daripada functionalism, interactionism, marxism, weberism dan macam-macam lagi. ok, untuk kursus ini, sememangnya saya dikehendaki menulis esei yang bukan main panjangnya! dan satu-satunya subjek yang tidak memerlukan skil penulisan sudah tentulah subjek matematik.

peperiksaan A-level Cambridge terbahagi kepada dua iaitu AS (Advanced Subsidiary) dan A2. secara mudah, keputusan peperiksaan AS dan A2 akan menghasilkan A level qualification. dalam bahasa matematik,

AS + A2 = A level.

saya bertanggungjawab dalam mencapai pointer sebanyak 13 dan ke atas kerana itu syarat yang mesti saya patuhi demi memastikan diri ini melangkah ke universiti luar negara.
untuk ielts pula, pencapaian pointer minima ialah 6.5.

baiklah.
saya berhenti di sini dulu.
untuk entri akan datang, insyaAllah, saya akan menceritakan perihal kehidupan di kolej mara seremban.

oh ya.
andai ada pertanyaan, boleh di-emel-kan di

bawangmerahsquared@gmail.com.


ok, time to eat. let's go!


11 ulasan:

liisa berkata...

tesl mmg course yg sgt fun. rindu nye zaman study! (ok, mengaku sy dah tua) :'(

bawangmerah berkata...

liisa,
memang fun, but when it comes to the exam, langsung dah tak fun T_T

Azrul Azwar berkata...

ENGINEERING LAGI FUN!!!!

EXAM pun fun!! (sebab pape pun tak dapat wat. saya hentam saja HALIM!!!)

engineering kat UTP la. kat tempat lain tak tau la...hehehe~~~

liisa berkata...

ahahaha..xpe. juz enjoy every sec of it. you go girl~! ;p

bawangmerah berkata...

azrul azwar,
engineering fun? no komen.
sebab tak pernah merasa.
hahahahaha

liisa,
yeah...kena enjoy walau dalam keterpaksaan.
thanks!

Azrul Azwar berkata...

layan jer...
tengok pija tuh, paksa diri, nanges selalu, tup2, dah nak fly...hepi jer tengok...in pun kene la camtuh. :)

bawangmerah berkata...

azrul azwar,
o dont get misunderstood. aku memang suka kos aku actually. it is just that, bukan semua itu indah. sebahagian itu sakit and that 'sakit' is exam. =)

hime berkata...

Kak bawang merah! Or should I call you Kak In? Saya dah lama jadi silent readers ni. Saya nak tanya akak,kalau tesl biasanya dia nak student straight A ke? Or less than that might get chance also? Acano? #I got 8As and applied for TESL under MARA.

bawangmerah berkata...

ainsyafiqah,
mana-mana nama, i'm ok :)
to tell you the truth, spm akak tak straight As punn hahahaha

hime berkata...

Hee,anyway it doesnt matter now kak. You are there already! How much did you missed kak? Ada ke guidelines brape A minimum apply untuk MARA. Yang GCE O-level tu dia ambik kira jugak ye?

bawangmerah berkata...

ainsyafiqah,
rasanya, minimum 6A. yup, amek kira jugak kott sebab ni kos tesl kan.