terperinci

minggu terakhir.
lepas ni, entah ketemu atau tidak.
kata melayu; jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

aku hayunkan langkah.
sialan.
macam masukkan jasad ke dalam ketuhar. bahangnya, nauzubillah. panas betul. buat otak aku mendidih. selalu begini. bilamasa jarum jam melewati pukul sebelas, memang sah peluh aku melekik-lekik pada baju kurung. basah lencun, macam aku turun bendang tuai padi waktu matahari mencanak tinggi, betul-betul atas kepala.

panasnya

harap saja pendingin hawa wujud tapi langsung tak boleh pakai. celaka. kasi aku buang luar tingkap lah. biar pihak pengurusan tahu aku ini terseksa menuntut ilmu dalam ruangan dinding empat muka ni. dorang tak tahu ke cuaca sekarang maha panas, seperti di gurun sahara - kering kontang. macam neraka pun ada juga.
oh lupa. dorang kan duduk bilik ber-ekon.
kejadah nak panjat tingkat atas ni, nak periksa satu-satu bilik - selesa atau tidak.
inikan minggu terakhir.

nasib minggu terakhir. lepas ni, adios

aku paksakan diri. tak boleh jadi.
angkat bontot dan bangun semula. buka pintu. kasi bayu luar masuk. pergi mampus orang lalu-lalang. yang penting, aku puas.
aahh...sedap...
sekurangnya, peluh aku mengering sikit.
kalau boleh, rasa nak pecahkan kaca-kaca yang menutup bilik ni. biar bogel. nanti, akan banyak molekul udara yang mengena kulit aku. tak gitu?

aku duduk, singsing lengan baju. kemudian, raup muka yang basah. macam musim panas.
luar.
tak ada yang menarik.
masing-masing sibuk dengan urusan dunia.
yang kepit buku, yang pegang kertas, yang tunduk menekur, yang melilau mata.
macam-macam.
nama pun manusia kan.

dari arah tepi, mata aku tepat mengena.
tinggi. cerah. rambut rapi. tidak terjatuh ke depan walau seurat. baju kemeja. berkancingkan kolar biru. jalur-jalur putih dan biru seakan laut. seluar slack. kasut hitam. kilat. tangan menggenggam buku. entah, tak nampak buku apa. lehernya dipanjangkan, cuba menjenguk setiap bilik. seperti menggagau mencari orang. siapa, aku tak tahu. dia lalu. melepasi gerbang pintu kelas aku. mata aku menyorot, tak mahu lepaskan. rasa bahang tadi melesap macam tu. aku menumpu pada derap-derap dia. dia cari siapa ni. senyap-senyap, mata aku terus mengekor dia. hingga habis. habis...
dan puff.

hilang.

aku tarik nafas.
tak lama,

"bawang, who are you looking at?"

hampeh.
percuma terkantoi.

4 ulasan:

HE berkata...

hahahahaa
kantoi usha org~

pja_chan berkata...

haa!
ko usha org! haha

kak nina berkata...

bwg!kak nina sudah malas menulis.itu yg privatekan blog tu.nak delete syg,nak update malas.hehe.nnt lah kalau semngat menulis kembali,kak nina buka yg baru.ok?goodluck dear,i'll see you here soon:)

bawangmerah berkata...

hairman,
tu aa...tak memasal.hahaha

pja_chan,
aku boring kott time tu.
=D

kak nina,
let me know bila kak nina dah on balik tau. yeah, thanks.
kejap.
in nak emel kak nina. badly need it =(