semalam, aku cuba resipi pai gembala (shepherd's pie) yang lain. kali ni datangnya daripada szakif. masa awal dulu, aku tak heran dengan resipi beliau. aku sekadar -
"owh, tu cuma shepherd's pie je!".
tapi, lama-kelamaan, berdasarkan pemerhatian aku di newsfeed facebook, aku kira resipi beliau mendapat sambutan hangat. kau bayangkan, orang bertubi-tubi buat tempahan. kemudian, ramai yang beri positive feedbacks. aku dah mula curious. seperti tak senang duduk.

***
bagi aku, szakif's pie memang ada kelainannya. berbeza dengan dua resipi yang aku pernah makan sebelum ni, szakif's pie mempunyai inti daging yang berasa sedikit manis dan sedikit spicy. ditambah pula dengan sedikit pasta (aku nampak macam pasta), aku rasa, itu yang menjadikannya unik.
pertama kali menyuap ke dalam mulut,
"rasa macam pizza" - which means, this is GOOD.
bila umi dengar aku punya first impression,
"in, amekkan umi sudu. nak rasa jugak"
dan nasib baik, umi makan sikit (sebab dia dah makan nasi banyak. aku pulak, memang sengaja makan nasi sikit untuk berbuka). malam tu, aku bantai sorang-sorang pai tu. untuk suapan terakhir,
"kenapa la dia (szakif) buat sikit..." -

satu sahaja yang bagi aku, tak berapa ngam - rasa kejunya begitu kuat. kalau lah beliau kurangkan sikit, mungkin lebih sensasi rasanya!
apa-apa pun, it is worth trying. memang sedap lebih-lebih lagi, intinya yang ada rasa manis dan spicy.
memandangkan pai tersebut hanyalah empatratus gram dan itu sangat, sangat, saaaaaaaangatlah tak cukup untuk aku, aku bercita-cita ingin mencuba resipi beliau.
yeah!
***
adeh...aku perlu berhenti menulis lah. dah terliur aku ni. buat komen sambil terbayang-bayang rasa semalam.
naya hidup.
owh kejap.
ini sejarah pai gembala (shepherd's pie).
pai kotej (cottage pie) merujuk kepada pai daging Inggeris yang dimasak menggunakan daging kisar dan ditutupi dengan kerak berasaskan kentang lecek. terdapat juga variasi dalam hidangan ini apabila daging kisar digantikan dengan daging biri-biri dan ia dikenali sebagai pai gembala (shepherd's pie). tidak seperti pai biasa, pai kotej mahupun pai gembala tidak disediakan dengan kerak pastri di dasarnya.
terma pai kotej (cottage pie) digunapakai pada tahun 1791 apabila kentang pada era tersebut merupakan sumber makanan bagi golongan miskin (istilah "kotej" bermaksud sebuah rumah sederhana untuk pekerja-pekerja di luar bandar).
pada awal pemasakan, hidangan ini sebenarnya menggunakan lebihan apa jua jenis daging panggang, dan disaluti dengan kentang lecek yang juga menjadi kerak atasan pai.
istilah "pai gembala" (shepherd's pie) hanya muncul pada tahun 1870 dan semenjak itu, ia telah disinonimkan dengan "pai kotej" tanpa mengira bahan utamanya - daging lembu atau biri-biri.
ianya satu kecenderungan yang popular apabila terma "pai gembala" digandingkan dengan daging kambing atau biri-biri sementalah pengembala selalu dikaitkan dengan biri-biri dan bukannya lembu. hal ini, bagaimanapun, merupakan satu contoh etimologi rakyat.
(sumber - wikipedia, terjemahan - bawangmerah)
p/s [1]: boleh rujuk halaman ini untuk sebarang urusan.
p/s [2]: sekadar satu informasi ; aku memberi notifikasi berkenaan szakif's pie pada 25 ogos dan mendapatnya pada 2 oktober. kau tengok, nak tempah pun kene seminggu awal tau!

4 ulasan:
Bawang, pos laju wey. Nak rasa jugak. Hahaha :D
sofia,
hahahaha nanti la, bila tempahan dibuka kembali. sebab tempahan 6 sept dah full.
nak rasa? harga cuma RM15 termasuk kos penghantaran :)
(tetiba aku jadik promoter ek?)
Copied from FB:
Wah...... terharunya ada orang buat review sepanjang ini! Thanks for the compliments and comments. Jangan segan2 nak buat tempahan lagi ye :)
Wah!
Thanks for promoting also! :D
szakif,
you're welcome! :)
tak mungkin segan kalau bab makan2 ni hahahahaha :D
Catat Ulasan