tigapuluhsatu julai

ke hadapan harry,

sebelum saya katakan hi pada awak, saya tahu awak tak akan faham apa yang saya tuliskan ni. tapi, google translate kan ada? walaupun tidak setepat mana perkataan-perkataan yang diterjemah, sekurang-kurangnya awak boleh gambarkan sedikit apa yang saya nak cakap.

baik lah.

hi harry. awak apa kabar? saya sihat, walaupun semalam (kalau awak nak tahu lah) sakit kepala saya serang lagi. yup, lagi. bermakna, sebelum ni, saya sudah merasa dah. awak jangan risau. sakit kepala ni datang sesekali saja. waktu kegemarannya ialah malam. disebabkan sakit kepala itu, saya tak boleh nak tunggu sampai pukul duabelas macam awak buat terhadap diri awak suatu ketika dulu (pssstt...saya merujuk pada malam hagrid bawak surat hogwarts untuk awak).

mengikut sumber yang sahih, awak barangkali berusia tigapuluhsatu tahun hari ni. hmm...apa kabar ginnie? harap dia kekal cantik. oh, tak lupa jugak - james, albus dan lily. moga mereka sihat dan sentiasa ceria. james masih lagi nakal kah? harap-harap dia semakin matang dan akan ikut jejak langkah awak satu hari nanti, harry. begitu jugak albus dan lily. saya dapat rasakan, awak sungguh bertuah mempunyai isteri yang sentiasa ada di sisi dan anak-anak yang cerdik dan baik.

tak banyak yang mahu saya tuliskan sebenarnya. saya cuma ingin ucapkan selamat hari lahir ! kalau awak nak tahu, saya tak akan lupakan tarikh hari lahir awak ni. yeah, pentingnya tarikh awak seperti pentingnya tarikh-tarikh hari lahir keluarga saya. dan jugak kawan-kawan saya.

baik lah. tiada apa lagi mahu dikatakan. moga Tuhan sentiasa memberkati hidup awak, harry. oh ya, sebelum saya terlupa. tolong kirimkan salam saya pada keluarga weasley, ya?

hingga berjumpa lagi.

yang benar,

bawangmerah.


maaf, kengkangan biasiswa menyebabkan saya tak mampu belikan awak hadiah seperti yang hagrid lakukan


2 ulasan:

cikno berkata...

erkk...
tapii, hi harry, selamat hari lahir jugak.
(nak amik ati tuan rumah, kang dia ngajuk)

bawangmerah berkata...

cikno,
apa yang tapiii??
-__-"