skrin handphone ditatap kosong.
nak balas?
tak kuasa.
yan pandang luar. handphone diletak atas meja dengan dibiarkan dalam keadaan diam.
daun-daun mengering dan gugur. langit pula mendung dan berkabus. yan tarik besi tingkap karat perlahan-lahan. kalau direntap, segenap ruang mesti terganggu. konsentrasi manusia di sini wajib dijaga dan dihormat.
musim sudah beralih. alam sudah berganti. yan?
tetap yang begini. yang tak habis-habis menipu hakim. yang tak serik-serik sorokkan perkara penting.
sekarang, yan mana ada kelas. yan temberang hakim. sengaja yan belok ke fakulti kejuruteraan, biar langkah dia tak seiring dengan hakim. tak lama, dia senyap-senyap patah balik, terus masuk pintu gerbang perpustakaan umum. tekan butang lif. naik ke tingkat kesusasteraan.
heh, nak tempah maut apa bila bulat-bulat kena cekup dengan hakim tadi?
handphone bergetar.
mesej masuk.
+ yan?
jari yan pantas menekan.
- apa
+ ada kls lg ke? pkl 4 kn, smua kls kau ptt dah hbs
damn.
ingat pulak dia jadual kelas aku habis pukul empat. tapi, takkan dia tak perasan kott, hari khamis, aku kan takde tutorial langsung?
- kau kt mne tu
+ tmpat biasa lh. dpt x msj ak tdi?
- em? yg mana
+ la, xdpt ke? cibai pnya 2dgree. ak nk jumpa kau lh
- ha? bt apa
+ sja
- sja? xboleh
+ apsl lak??
- ak ada hal
+ plak dah. kau tau x lisa kasi sokln exm aftr kls tdi?
"akim, kau biar betul?"
yan malas nak balas-balas mesej lagi.
buang masa. buang karan.
"tu la kau. keluar lecture hall awal lagi. kan dah. betul la, dia kasi tadi"
"weyh, kan exam lambat lagi. three months from now. apsal nak kasi awal-awal pulak?"
"eh, mana aku tahu. dah dia lecturer. sukati dia le"
"cinabeng lah"
"cinabeng tak cinabeng. yang penting, kau dah terlepas. so, aku tengah nak buat baik ni. alang-alang kita dua je budak melayu dalam course ni, tak kan aku nak pass sorang-sorang. betul tak?"
"em..."
"kau ni ok ke tak, yan?"
"ok lah..."
"relax lah sayang. oopss sayang pulak. tersasul, tersasul"
"gila aa kau"
hakim gelak.
dah tahu mood yan ada kat garisan negatif, lagi nak main-main si hakim ni.
ah, dasar laki.
"em, aku dah salin dah soalan tadi. kau jangan tension-tension. malam ni, aku datang eh?"
"apartment aku?" yan berkerut.
"dah tu?"
"tak boleh"
"laaaa apsal pulak tak boleh. sekarang ni,aku tengok, bukan main susah aku nak access rumah kau. dulu ok je"
"tu dulu. sekarang tak boleh"
"awat? bukan kita buat apa pun. dok ruang tamu je pun"
"aku cakap tak boleh, tak boleh lah"
"hmm...then, kau tak nak lah soalan exam? tak nak takpe..."
"oit!"
"dah kau jual mahal"
"siot la kau. kita jumpa sekarang lah. tunggu aku solat dulu. change place. jumpa kat engineering building, cafe kat bawah tu"
baru sign up, dah bagi hint apa yang keluar final semester?
pelik.
2 ulasan:
I'm liking this story.
Oh, wait; is this a true story? Then, my bad...
-Kai
kai,
ni kolaborasi antara realiti dan fantasi :)
Catat Ulasan