mari sewa kereta dan terus menuju ke utara auckland CBD. dan melepasi albany, teruskan pemanduan ke warkworth. bukannya lama kalau nak sampai ke sana (dengan syarat, wajib tekan pedal minyak dan lajukan kereta hingga berjaya buat kita melayang pergi). oh ya, jangan tak sedar bila dah lalu kawasan highway ok? a quick information here - bayaran tol dibuat menerusi talian saja. kau takkan lihat kotak-kotak kecik tol di jalan nanti. tak ada sama sekali. tahu-tahu saja, "eh? dah lalu tol ke?".
so yeah, no touch n go, no smart tag or even the common ticket to be paid. do the payment via online.
sampai di warkworth, cuba cari honey centre warkworth. well, sekarang pakai GPS kan? should be no problem at all to find the place. apa yang best tentang honey centre, kita boleh merasa hampir kesemua madu yang disediakan sebelum kita buat sebarang pembelian. macam-macam madu ada. tapi, paling popular di sini ialah madu manuka. madu manuka adalah salah satu madu yang terkenal di dunia kerana tekstur warna dan kesedapan rasanya serta kaya dengan antioksida. ianya jugak terkenal dengan khasiat penawar anti-bakteria.
wait, do i sound like a promoter?
ufff, whatever.
proceed.

dinamakan sebagai madu manuka kerana lebah-lebah mengumpulkan nektar dari pepohon liar manuka (jugak dikenali sebagai pohon leptospermum scoparium yang tumbuh merimbun di serata new zealand) di kawasan bukit dan lembah pada awal musim panas. new zealand sangat terkenal dengan kawasan semulajadinya yang bersih dan di sini lah lebah-lebah menukarkan nektar kepada madu manuka. sesetengah madu manuka mengandungi elemen penawar dan apabila madu ini diuji di makmal, tahap keaktifan elemen tersebut diukur dan diperakui akan sifatnya itu.
pun begitu, secara amnya, semua madu di dunia adalah baik untuk kesihatan kita. even our prophet chose honey in his diet, kan?
oh ya, sebelum aku terlupa, bagi siapa-siapa mahukan madu manuka for immediate medicinal use, kamu boleh pilih active manuka 15+ atau active manuka 20+.
selain madu, honey centre warkworth ada menawarkan pelbagai produk berasaskan madu, macam produk kecantikan kulit, produk diet tambahan dan barangan cenderamata. kalau dah puas membeli-belah, boleh singgah sekejap honey cafe' yang terletak cuma bersebelahan dengannya. aku tak masuk kafe tu. maka, kurang pasti apa yang terjual di situ. cuma satu saja yang aku confirm ada - manuka honey ice-cream.
jangan risau soal harga barangan.
everything is worth buying, trust me !
:)
2 ulasan:
bawang, is my everyday routine now to drink this manuka-honey sebab semua satu family saya minum dalam rumah.
every morning mesti minum, sedaaaaap!
saya suka saya suka, saya tengok dekat botol dia made in new zealand.
(\^_^)
sofia vy nin,
hahahaha that's good for you !
macam aku, i don't favour honey sebenarnya.
well, i don't know why :P
Catat Ulasan