sang gembala di wilayah biri-biri : ini siri kedua, yeah !

kalau mahu rujuk siri pertama, boleh rajin-rajinkan diri menyelak halaman tahun lepas.
peringatan : ada gambar yang sudah terhapus tanpa disengajakan. harap maaf la ye?


1. dari tanah melayu ke wilayah biri-biri
seperti direncanakan Tuhan, mohd pulang ke benua australia pada hari yang sama dengan aku. cumanya, dia terbang siang, aku terbang malam. maka, tak ada timbul soal perebutan kasih sayang. umi abah, secara adilnya, dapat hantar dua-dua.


muka teruja nak tinggalkan tanah melayu
hikhikhik


aku sampai kat christchurch airport lebih kurang pukul tiga petang waktu new zealand. babi ngek betul la. sakit belakang aku duduk sebelas jam dalam plane. haih, nak buat macam mana kan. hidup sebagai golongan kelas pertengahan telah memaksa aku menempah airasia instead of mas.
:(
nak dipendekkan cerita, flight aku delayed. tak memasal aku stranded kat airport with a friend and a senior. technically, sebenarnya ada empat orang (termasuk aku) yang menuju ke auckland cbd tapi, seseorang itu punya la segan nak lepak dengan aku. obviously, his reason was because i am a girl.
duuhhh.

good thing was, itu lah kali pertama aku dapat borak dengan senior aku. borak lama pulak tu LOL. selama dua tahun aku dok kat kolej, tak pernah langsung aku tegur dia. bukan sebab aku malu, tapi, sebab dia tu wankhai.
he is a wankhai.
o i wish the reader can get what i mean but nah, kau mesti tak paham punya. never mind. leave it that way.

aku check in columbia apartment dalam pukul satu pagi waktu new zealand. penat, kau tahu ?
dah le aku tak ada kredit telefon. talian internet, lagi la kirim salam. jadiknya, aku seakan terputus dengan keluarga dan sahabat.
hadoi.


2. pondok baru
kalau dulu alamat rumah aku number 14 whitaker place, sekarang, kau cuma kena tukar nombor empatbelas kepada limabelas. yeah, tak jauh mana pun aku pindah.
ok, untuk tatapan keluarga, ni lah rumah baru in !

[ muka excited ]


sebab in shopping banyak baju,
in terpaksa buat labelling.
maklumlah, kadang-kadang in ada short term memory loss


in ada empat bijik bantal yang besaaarrrr
dan tiap-tiap pagi, mesti ada bantal dah berterabur atas lantai.
fine. in tidur ganas


dengan tamaknya, in bolot harta pusaka rumah dulu :D
nota kepada penghuni rumah lama : rumah korang dah ada tv, jadik, kira halal la ni eh ?


bilik apartment columbia bersegi-segi.
kalau terhantuk, memang awesome


secara kasarnya, ruang persegi bilik in lebih kurang sama dengan bilik in yang dulu.
it is comfortable enough. i'm actually happy with the room :)


3. jadual mengembala di padang rumput


moto mrsm tgb jadik penguat aku kali ni


jangan nak caya sangat jadual yang aku tunjuk tu ha.
hari khamis - aku ada lawatan ke sekolah tempatan. kurang pasti proses perjalanannya bagaimana. apa-apa pun, kott ada budak pakeha yang sememeh dengan hingus tapi nampak comel, aku kira gambarnya wajib ditepek dalam blog ni kehkehkehkeh
by the way, barangsiapa mahu date sama aku, sila tetapkan temujanji pada setiap hari rabu.
tak sangka kan - buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan aku, wednesday becomes the freeist day of schooling.

kalau kau mahu tanyakan aku perihal kelas, aku tak ada nak komen apa-apa. setakat ni, semuanya ok.
cuma...aku ngantuk aa dengar lectures. rasa macam nak parking siku elok-elok atas meja pastu tutup mata tanpa segan silu. tapi, tak macho la kan ?
buatnya maskara dengan eyeliner tercomot, boleh ribut dunia aku ni.



6 ulasan:

Sofia Nin berkata...

gila kemas barang barang anda bawang. ah, jadi malu sendiri. hihi :P

bawangmerah berkata...

sofia vy nin,
awal-awal masuk rumah, memang gini kemasnya. tengok la lagi sebulan-dua nanti hahahaha !

riha berkata...

nice house! lawa..hehe

bawangmerah berkata...

riha,
thanks ! hahaha :D

fatehah berkata...

aku pun nak dok sana camniii

bawangmerah berkata...

fatehah,
duduk rumah ni?
jooommmmmm