bila abang jijie dengan kakak ajak aku pi kuala gandah, aku dah rasa pelik.
nak buat apa nya?
"tengok gajah" kata dorang.
so, ahad aritu, abah drive ke kuala gandah. kuala gandah tu kat pahang ye, tuan-tuan dan puan-puan. aku pun tak pernah dengar. bila ditanya, baru terkial nak google and melopong mulut -
"oooohhhh kat pahang keeeee".
ok, bab nak pergi sana, aku tak berani nak kasi onedirection arah. bukan aku kedekot ilmu, tapi aku tak confident nak bagitahu kau. unless, if you really trust me (eceh!), well, simple je. sila drive ke arah kuantan menggunakan lebuhraya karak. tol gombak adalah tol anda yang pertama (sila bayar RM5.00). kemudian, anda akan melalui terowong genting. tak lama pastu, anda akan dapati bandar bukit tinggi di sebelah kanan anda. ok, nanti anda akan sampai ke tol bentong. sila proceed ke arah kuantan ye. dan ! dan ! dan ! lihat lah tanda lanchang/raub exit. bermakna, tol terakhir anda ialah tol lanchang. jangan masuk bandar raub tau. abah pi masuk bandar raub and lama la jugak kitorang stuck kat situ. itupun dah terlajak nak pergi mana entah.
akhirnya sampai jugak ke tempat ni pada pukul duabelas tengahari gitu. so, kau cuba bayangkan panas tak panas aku kena tahan. sabar je lah mak ~
nasib baik aku pakai outfit sebegitu. toksah la pakai baju kurung. agak leceh. maklum lah, kau nak masuk hutan, bukan pergi majlis kawin. pakai sport outfit pun lagi bagussss
ok, bila dah sampai kat tempat ni, tak perlu la parking kat luar yek. sila masuk ke dalam sebab banyak parking lot dah disediakan. lepas tu, kitorang kena daftar dulu. tiada caj lawatan dikenakan kecuali kalau nak buat aktiviti seperti mandi bersama gajah.
mandi?
YE, MANDIIII !
habis berdaftar, aku jalan-jalan dalam bangunan pendaftaran. ada banyak maklumat pasal gajah kat situ. tinggal rajin nak baca atau tak je. aku ada lah baca sikit-sikit. macam...
ok, seekor gajah makan makanan dia sebanyak 150- 200 kg.
hamek kawww ~ !
aku pun tak makan sebanyak tu. cukup lah 200 g sehari hikhikhik
like i said before, ada aktiviti bersama gajah. dan kakak dok ajak aku pi mandi. huiiisshhhh mintak ampun lah ye? gua tak sanggup nak terjun dalam sungai. bukan gua tak gheti mandi, tapi, aisey...kulit gua sensitif kott? XD
so, sementara dok tunggu kakak dengan biras aku pi bayar caj bermandi-manda bersama gajah (tak silap aku kena bayar sepuluh hengget sorang), aku snap satu dua gambar dengan abang jijie and fahd :)
dari mula, tengok-tengok gajah dulu. actually, they are all baby elephants. aku tak jumpa pun gajah yang besar. well, although they're just babies, they are BIGGGGGG
see, i told you they are big. and they know how to act really cute. damn you, elephante' !
kalau lu kecik, dah lama gua culik lu, lu tahu?
o kalau nak kasi mereka makan, boleh. sila beli makanan mereka ya? mereka makan pisang, tebu dan amenda tah lagi. mula-mula, takut jugak nak kasi kat mereka. but then, alolololo ~
tengok muka aku tu.
beriya sungguh kehkehkeh
aktiviti bersama gajah adalah pada pukul dua petang. dah penat sangat kasi makan dan punya la bapak-panas-hagham-gila-nak-mampos, aku nak berehat kejap.
bila dah start show, ada sesi tengok gajah mandi. tengok je dulu. dan kemudian, ada lagi sesi bagi makan kat gajah-gajah ni. kakak dengan abang jijie, ha, kau tengok. excited tak excited.
tak lama pastu, dah tiba dah aktiviti mandi bersama gajah. memandangkan aku tak masuk air, aku la photographer dorang. aku dok celah tepi air and actually, jauh jugak daripada dorang sebenarnya.
paling aku zoom lah gambar-gambar ni semua.
ehem. tengok lah, kamera apa yang i guna ni ~
[ fliping hair left and right ]
last sekali, sementara tunggu dorang salin baju, i took some photos with my mothers.
gambar tengah - aku dengan umi.
gambar akhir - aku dengan mama.
gambar akan datang - aku dengan ...teeettttt !
baik lah.
itu saja laporan ringkas daripada saya.
teringin sungguh aku mahu kabarkan pada sheryll,
"hey sheryll, do you know that last summer holls, my parents took me to watch baby elephants ? yeaahhh, baby elephants !"
[ tarok muka paling teruja ]











Tiada ulasan:
Catat Ulasan