lagi tentang perjalanan #marikurusbersama.
untuk mereka yang memang sedia kurus, aku ucapkan tahniah dan hungtunglahhhhh kamu (diiringi dengan nada api kecemburuan). maka, mungkin saja kau boleh ponteng membaca entri ni dan nantikan kisah aku yang lain.
tapi, kalau lu nak baca jugak, gua no hal bro! kehkehkeh
-
ok.
selain menjaga pemakanan dan berlari laju seperti seekor hamster di atas treadmill di gym, aku amalkan penggunaan produk di bawah ni.
![]() |
| kedua-duanya adalah halal. jangan risau ya? |
dulu, langsung aku tak percaya soal kau-pakai-losyen-kau-boleh-jadik-kurus. like, seriously dude?
heh, kau pakai nora danish as a model, boleh la. dia tu dah sah-sah lawa dan kurus. jadik, memberi testimonial bersumberkan "eh, nora danish pakai, ok jeee" is totally disqualified according to my dictionary.
until one day, aku jalan-jalan kat mydin. dan, biasa lah - gadis tipikal seperti aku memang suka sangat membeli-belah. lagi-lagi bila dah terpacak kat seksyen penjagaan diri, confirm LAMA.
(nota untuk future husband : please jangan marah saya kalau kita dua TERlama di seksyen ni. janji eh?)
so, tengah tengok-tengok pelbagai barang di atas rak, tetiba terpegang satu lotion mustajab ni (aku pun kurang pasti bagaimana losyen tersebut meluncur masuk ke dalam genggaman aku). daripada terpegang, aku terbaca pulaaaak khasiat kat belakang tiub tu. daripada terbaca --
hmm...the rest is history.
aku tak pakai lotion mustajab pada seluruh badan. satu, sebab dia panas dan aku taknak the whole body of mine feels burning. karang jadik macam cacing kepanasan. takmo !
dua, sebab aku rasa like, gigih gila nak pakai losyen pada segenap lapisan epidermis. hang tak tahu ka the largest organ of human body is this thing called epidermis? haaa, that's why aku rasa seperti tak perlu kott nak beriya sangat hahaha
so, aku cuma pakai pada lengan atas sahaja (brachium). maklum lah, iolls nak test je. mana la tahu silap-silap ada iritasi kulit, hanya di kawasan brachium yang merana nanti.
selalunya aku akan pakai losyen ni selepas mandi and bilik aku confirm berbau seperti bilik pesakit. ye lah, bau lotion mustajab boleh tahan kuat kott. sumpah macam bau ubat. and nadzirah dan yasmin terpaksa redha menahan sekali baunya hikhikhik
sekarang, dah masuk setahun lebih aku guna. you can see its effectiveness based on my two photos below :
![]() |
| sila fokus pada bahagian atas lengan. berbeza bukan? |
![]() |
| gambar kiri : 2011 gambar kanan : 2013 |
untuk losyen yang kedua (Slimtrimz), aku baru je guna bulan disember tahun lepas. kakak beli daripada kak ija. harga dia jauh lebih mahal daripada lotion mustajab, that is RM 35.90 (harga semenanjung). but i tell you what, Slimtrimz tak berbau kuat macam lotion mustajab. in fact, secara relatifnya, dia lebih cepat meresap ke dalam kulit. kiranya, aku baru sapu dan urut sebanyak dua tiga kali, dia dah hilang dah.
magic weeyhhhh
kali ni, aku pakai kat otot paha (adductor magnus - semangat gila aku carik terma ni semata-mata nak kasi korang faham tang mana aku sapu hahaha!)
kita tengok lah setahun kemudian bagaimana kesannya ke atas aku.
[kenyit mata]
by the way, sebelum aku akhir kalam, cuba tengok ni -
| 2011 - 26 straight jeans 2012 - 25 straight jeans 2013 - 24 straight jeans |
achievement unlocked : manage to shrink my waist - HAHAHAHA !
nanti-nanti, kalau aku tetiba nak share what i have done to fit into that 24 jeans, i'll write an entry about it.
untuk para gadis di luar sana yang sedang on the way menguruskan badan, salam salute daripada saya. jangan pernah berputus asa, ok?
nota untuk aku-masa-depan :
if ever you put on weight disastrously, you better move your ass, girl!
shame on you.



2 ulasan:
kau mengecik? bukan kau mmg dah kecik?
hahahahahahahaaaa
HE,
haa..tu lah kau. tak pernah sedar yang sebenarnya aku bukan lah kecik sangat pun.
Catat Ulasan