tempoh hari aku instagram-kan foto sekotak tepung betty crocker yang Ya Allah haih, mudahnya nak buat kek atau biskut pada zaman sekarang. kau campur sebiji telur dan 80 gram butter. gaul dan bentuk kan doh. bakar. siap.
mudah kan?
rasa pun sedap. sesedap mrs higgin sebab teksturnya lembut, rasanya manis, baunya harum. overall, aku kasi sepuluh per sepuluh kalau kau gunakan tepung betty crocker.
tapi, bak kata mohd, "tak aci lah pakai instant mix, in".
iye, mohd. memang tak aci. sebab tu umi kasi in resepi kek lobak merah yang cuma ada empat langkah. dah la empat langkah sahaja, bahan-bahan pulak senang nak carik.
aku jamin, siapa-siapa yang ikut resepi ni, confirm menjadik kek dia.
***
bahan-bahan :
1 batang lobak merah dipotong kecil
1 cawan minyak masak/jagung
1 cawan gula
3 biji telur gred A (2 biji telur sekiranya bersaiz besar)
2 cawan tepung gandum naik sendiri
cara-cara :
1. kisar (blend) gula , telur, lobak merak dan minyak masak/jagung
2. tuang bahan kisar ke dalam tepung dan gaul biar sampai sekata
3. masukkan batter (dua sudu) ke dalam setiap cawan kertas
4. bakar selama 30 minit pada suhu 150-160 darjah selsius (bergantung pada ketuhar masing-masing)
![]() |
| "bawang, kau buat kek ni sebab resepi dia senang ke, sebab sedap?" |
![]() |
| "sebab, dua-dua; senang dan sedap" |
selamat mencuba !


Tiada ulasan:
Catat Ulasan