jijik sungguh gaya kau memperlekehkan seorang aku. pada mata kau, aku mungkin seorang budak berketinggian empat kaki sembilan inci, berbaju t-shirt dan ber-seluar jeans, ber-sneakers dan memasang headphone yang tak lekang dari telinga, memakai beg sandang dan kelihatan seperti pelajar hingusan tingkatan empat. iya, aku memang tampak JAUH lebih muda daripada usia sebenar aku. tapi tak bermakna aku berfikiran singkat. berkali sudah aku diajar Sheryll - you are an adult, act like an adult. bukan setakat Sheryll, my medical team seperti Val dan Dr. Doreen jugak tak putus-putus mengingatkan aku bahawasanya aku seorang dewasa. maka, untuk aku berkelakuan dewasa, aku dididik dan dilayan sedewasanya.
bukan seperti kau.
sungguh, kau ironi. bercanang dengan pekikan kau yang mahukan generasi kini bersifat matang tapi kau sendiri - iya, KAU SENDIRI, langsung tak menganggap aku seperti seorang dewasa. kau tolol. kau cetek. kau adalah tin kosong semata. hormat aku pada kau sudah lama melesap. se-lama aku perhatikan penjagaan waktu kau.
pernah kau membaca suara Tuhan ;
wal asr. innal insana lafi khusr. illalladhiina amanu wa aamilus swalihati watawa sawbil haqqi, watawa sawbis sabr.
by time, indeed, mankind is in loss, except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.
hormat aku pada manusia, mudah. sebagaimana dia menjaga waktu dia dan waktu para hamba Tuhan, sebagaimana itu lah aku akan menjaga hormat aku terhadap dia.
tapi, dah kalau kau buat aku menunggu kau selama satu jam, mendengar syarahan kau yang tah pape dan menyaksi pemanipulasian fakta-fakta oleh lidah cabang kau yang durjana, kau fikir aku mahu menghormati kau lagi?
celaka lah kau di dunia.
takkan aku tunduk pada kuasa kau.
sebab kau bukan Tuhan.
dan aku bukan hamba duit kau.
ok?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan