episod sepuluh : pagi

jumaat.
rasa macam hari sabtu.

"morning awak..." aku sambut panggilan dengan suara serak-pagi-baru-bangun-dari-tidur.
"eh, tidur lagi ke?"

aku betul-betulkan tune suara. dah suara serak, mesti la kena cover.

"hmmm..."
"subuh tak?" dia tanya.
"subuh...bangun enam setengah tadi. tapi pastu, tidur balik"

dia gelak.
aku sambung betulkan suara.
dia ni pun satu, kenapa call pagi-pagi waktu cuti ni?

"bangun la sayang"
"em...em..." aku peluk bantal, kelopak mata menutup semula.

"ni mesti belum breakfast kan?" dia tanya lagi.
"em...belum...atas katil lagi...malas la. dah breakfast?"
"dah, tapi tak turun. makan biskut cicah air milo je"
"kat bilik ke tu..." suara aku makin perlahan.
"tak...saya kat kelas ni-"
"sorang?" aku gagahkan perbualan.
"berdua"

mata otomatis terbuka luas.

berdua?

"orang cakap berdua, baru nak bangun kan?" dia seakan dengar pergerakan aku tadi.
"mana ada baru nak bangun...memang nak bangun lah" rambut yang kusut-masai aku uraikan.
"eleh"
"berdua dengan siapa tu..."
"dengan awak..."
"tipu"
"tau pun. ni ha, saya sorang kat kelas ni. tu yang telefon In. baru la namanya berdua"

heh, macam-macam.

"semalam tidur lewat ke, In?"
"em...tak lewat sangat. dalam pukul 12 macam tu"
"awal lagi"
"haah. In tidur sebelum lights off sebenarnya" aku menguap.
"buat apa semalam? bunyi macam letih"
"semalam buat puremath"
"aa...patut lah"
"penat buat"
"saya tahu. kalau untuk In, puremath memang la penat. lagi-lagi subjek tu is the thing you don't like it"
"haah. dah le semalam buat soalan apa je. dua-tiga soalan je pun"
"takpe...slow-slow. In study, In faham konsep tak?"
"entah le..."
"get the concept first-"
"tau..."
"dah tu, apa yang susah, sayang?"
"bagi awak, senang la P3 tu. takat nombor, hujung kuku je kan"

aku dengar dia respons dengan gelak tawa.

"susah la math..." aku mengadu.
"then, you have to do exercises"
"tu la...nasib baik saya tak repeat paper. kiranya, sekarang ni kena polish math. ni minggu depan dah kena drill dengan esei sosio. eit, awak tau tak, budak tesl dah habis silibus? lit dah habis. sosio pun dah habis. statistik, ikutkan dah habis. tapi semalam cikgu tak datang. takpe, statistik tinggal lagi satu subtopik. subtopik simple je tu. so, kitaorang dah boleh start IRP minggu depan" aku makin segar. rasa mengantuk perlahan menghilang.
"ok...that sounds good"
"hehehe jangan jealous"

"awak mechanics ok?" aku pula yang menanya.
"so far, ok la...ala, kalau tak ok, In nak tolong ajarkan ke?"
"tolong ajar, tak boleh la..." mendatar suara aku.
"saja je kan. tau la orang budak tesl. dia tu budak engin" aku sambung bicara.
"ke situ pulak dia. ala In, kalau In kasi saya lit, mau tak mati saya ni. dah la bahasa jiwang-jiwang. mana saya reti. ikutkan In lagi terel tau''
"heh, ye le tu. bukan bahasa jiwang tu bahasa ibunda awak ke?"

aku dan dia sama-sama tawa mesra.

"kejap lagi KUPAS" dia tukar topik.
"haah. dah tahu tentatif program?"
"dah. petang ni cuma pendaftaran pastu riadah. malam baru ada ceramah"
"ceramah kat mana?" aku capai pen atas meja.
"DTHO. program kita ni, semuanya buat kat DTHO"
"ok...got it"
"lorh, In catat apa yang saya cakap tu ke?"
"ye lah"
"itu pun nak catat? kan senang je nak ingat"
"tak boleh tak boleh. kena catat jugak"
"aa...ye lah. kalau dah organize tu, organize la jugak"
"hah, nak kutuk la tu"
"tak...saya puji lah"
"ye le tu"
"serius ni...it's good to know tau you are an organized one. saya ni dah la bersepah. kalau kemas pun, ala kadar je"
"nama pun laki" aku mengejek.
"tu sebab laki perlukan perempuan. like me, i need you in my life"
"kalau saya takde?"
"you definitely don't want to know the consequences"
"kenapa?"
"ada lah..."
"aaa...nak tauuuuu" aku merengek.
"tak boleh. rahsia" dia kenakan.
"kedekottt!"
"lantak aa"
"eeeee terok la dia ni"
"bluek!"
"potong lidah tu kang"
"potong laaaa" dia makin rancakkan borakan.
"jahat!"

sekali lagi, aku dan dia sama-sama tawa mesra.

"In, kalau saya takde, what's gonna happen to you?"



aku terdiam.
corong talian tidak lagi berlangit cerah.
ok, dia dah tukar serious mode ke ni?




"In...?"
"ada ni..."
"saya silap tanya ke?"
"tak..."
"then?"
"sebelum saya jawab, saya tanya awak dulu boleh?"
"apa dia?"
"awak...doubt dengan saya ye?"

corong talian dilalui keluhannya.

"bukan..."
"then?" aku tanya dia semula.
"takpe lah. drop the subject"
"awak..."
"ye?"
"supposedly, you know how i feel if you're gone" aku jawab patah tiap patah.

terdengar nafasnya dan terbayang wajah keruhnya.

"i just need a confirmation" dia balas.
"that's not the right words"
"i'm sorry"
"don't have to"
"no...i have to. i'm sorry for everything i did to you"
"it's ok" aku mengetap gigi, menahan apa yang terasa sekarang.
"i'm sorry" dia ulangi semula.
"awak..." aku dapat rasakan insecurity-nya.
"i'm not that girl, ok? i'm here for you" aku yakinkan dia.
"sampai bila?"
"insyaAllah, sampai bila-bila"

tiada balas dari dia.

"awak..." aku memanggil.

dan aku,
aku akhirkan keraguannya dengan ungkapan ringkas,

"just...just...trust me"

talian putus.
aku sembamkan wajah ke bantal dengan tangis yang terus menggila.
runut bunyi 'kembali senyum' benar-benar terkena pada aku kali ini.

terima kasih, sayang.
kerana mu, aku menangis lagi.

-tamat-

lit -  literature
P3 - puremath 3
sosio - sosiologi
DTHO - Dewan Tun Hussein Onn



Tiada ulasan: