hey remaja #1

untuk pengetahuan umum, at the moment, aku ada masalah. 
masalah tidur. 
tapi kali ni, bukan masalah aku susah nak lelap mata. atau pola tidur aku berubah-ubah. it's about me easily falling asleep. housemates aku - nad dengan min - dorang perasan betapa mudahnya aku tertidur. letak kepala tepi dinding, tidur. pegang buku balzac and the little chinese seamstress, tidur. sandar tepi katil, tidur. duduk bersila atas lantai, tidur. breakfast kat sofa, tidur (hell yes, aku boleh tertidur masa pegang sudu - apa kah!). kronik, bukan? sampai satu tahap, aku viber umi - mohonkan doa bonda supaya tidak ditidurkan aku sampai begini rupa. kalau tidur selamanya, itu lain cerita lah ya.

disebabkan test education 352 bakal menjelma tak lama lagi dan aku belum mampu mengulangkaji beberapa chapter (blurghhh), jadik, aku terpikirkan satu solusi. 

[drum roll]

aku nak sampaikan bacaan yang aku buat kat korang, wahai pembaca sekalian. aha, dengan cara gini, secara tak langsung aku adakan tanggungjawab pada diri sendiri. korang pun dapat lah tahu serba sedikit apa yang aku dok belajar kat auckland ni ha.
ok, jangan risau. chapter yang aku nak sampaikan ni, semuanya totally relate dengan kita semua. tapi, aku tak dapat nak jamin samada topik ni menarik atau tak. kalau menarik, alhamdulillah. kalau tak menarik, that's pretty bad, isn't it?
so, apa dia topik yang aku nak sampaikan ni?

[silence]

it's about adolescence. 
keremajaan.

sebagai mukadimah kalam (ecewah), baik kita mulakan dengan soalan asas dulu.

"apakah tempoh masa bagi fasa keremajaan?"

dalam erti kata lain, bila masa kita dilabelkan sebagai remaja dan sampai bila kita memegang status tersebut. untuk menjawab persoalan ni, jom kita tengok pada definisi. o yeah, aku memang suka kaji definisi-definisi ni *sarcastic tone*

keremajaan, apabila diterjemahkan ke bahasa inggeris ialah adolescence. adolescence berakar umbi dari perkataan latin, adolescere, yang bermaksud membesar ke arah kedewasaan (to grow into adulthood). dalam mana-mana sistem kemasyarakatan, menjadik remaja merupakan tempoh tumbesaran. ianya adalah fasa peralihan yang menunjukkan kematangan seseorang, tak kira lah dari segi biologi, psikologi, sosial dan ekonomi.
sebagai contoh, ketika remaja, seseorang itu mula tertarik ke arah hal ehwal seksualiti dan mampu, secara biologinya, mempunyai anak. ye lah, tipu kalau aku katakan kau semua takde crush kan. aku dulu pernah jatuh cinta kat seorang budak kelas aku masa aku tingkatan satu. and surprisingly, sampai sekarang aku contact dia - setahun sekali je pun, which is only on his birthday anyway.
ok, dari sudut psikologi pulak, seorang remaja mula bertindak bijak, sofistikated dan berupaya membuat keputusan sendiri. dalam kes aku, lepas dapat keputusan upsr, aku bertegas nak masuk sekolah aliran sains instead of sekolah aliran agama. aku pun tak faham kenapa aku degil sangat masa tu. it was just that i thought i was capable more in doing science rather than in religious stuff. what more, i am zero in arabic language (tu la, masa darjah satu sampai empat, asek ponteng sekolah agama je kan).
zaman remaja jugak memperlihatkan keupayaan seseorang untuk mula mendapat pelbagai permit - kerja, kahwin, mengundi dan sebagainya.
sound fun, isn't it ?

secara kasarnya, keremajaan adalah fasa kedua dalam kehidupan. basically, we starts with childhood, then adolescence and lastly, adulthood. sebelum kurun ke-20, fasa ini hanya dikatakan bermula pada umur 13 hingga 19 tahun. tapi, as time goes by, fasa keremajaan sudah dipanjangkan oleh pelbagai faktor, maka, umur yang dipersetujui adalah seawal 10 tahun hingga awal 20-an.

ikutkan, ada banyak perspektif untuk mendefinisikan tempoh keremajaan. terlalu banyak. for a simple example, ahli biologi mengatakan kita (ya, kita) menjadik remaja apabila kita sudah didatangi haid atau keluar air mani dan berakhir apabila kita mempunyai keupayaan seksualiti. bagi golongan pendidik pulak, kita dikatakan remaja bila kita masuk sekolah menengah dan menamatkan sistem pendidikan formal. lain hal bagi para sosialis, mereka berpendapat, golongan remaja adalah mereka yang menggalas peranan sebagai  orang dewasa, ahli keluarga dan rakyat. you see, we only have one subject here which is adolescence but in this whole world, kita ada 360 darjah untuk mentafsirkan subjek (adolescence) tersebut.
pokok pangkalnya, sempadan keremajaan bukanlah satu perkara yang dapat dikenalpasti secara mutlak. sebaliknya, ia bergantung pada perspektif yang kamu anuti.
maka, apakah perlu kita mempertikaikan soal bila masanya kita mula menjadik remaja dan bila masanya kita tamat menjadik remaja?
well, it's better then to think that adolescence is a matter of developing from being immatured to matured. 

ok, walaupun tak ada tanda aras yang tepat untuk menunjukkan fasa keremajaan kita, tapi, seandainya kau dibagi peluang untuk memilih mana-mana perspektif, do you really think you have actually enter adolescence?
as for me, i am. but, sometimes, in certain situations, i'm still stuck for being a child. so, i can't really say i am totally an adolescent. 
it is purely subjective.



boleh teka berapa umur aku masa ni ?
heeehhh, muka takde jerawat. innocent gitu kehkehkeh



Tiada ulasan: