entri ditulis bila aku gagah pada pukul dua pagi dan tiada siapa-siapa di sisi

dan ini entri panjang.


aku bangun lewat hari ni. subuh tadi tidak dibolehkan berjumpa Tuhan secara formalnya. lagipun, Tuhan cabut kejap nikmat aku berkasih dengan Dia. aku terlantar keseorangan atas tilam keras dan lusuh. cadar tidak bertukar lagi. hampir hitam tidak dibasuh aku.
takpe. bila kuat itu datang deras dalam kapilari, aku mesti tukarkan semua sekali.
sayup-sayup aku dengar abah pesan sesuatu pada fahd.
sayup-sayup tanpa aku faham sekulamit.
kenapa dia tak jengah aku?
bukan aku kunci mati pintu bilik. cuma tutup saja.
aku tarik selimut hingga ke dagu.
itu tanda aku terasa hati dengan abah.

***

"in?"

aku bukak mata. roh kali ni cepat disedut ke dalam jasad. mimpi tadi punah sepetik jari.
abah depan mata aku. dia letak tangan atas dahi.

"dah makan?"

aku tak dapat nak atur susun kata. kedatangan dia datang mengejut seperti ombak besar tiba-tiba terjah tanpa salam dan tak tersempat aku bercegak sedia.
aku lihat. kipas tidak berputar. tapi suhu seperti lagaknya bermusimkan sejuk di benua eropah. mukus dalam rongga terasa padu. sengaja buat aku sesak untuk menyedut molekul-molekul oksigen.
aku bangkit. selimut tebal ditolak tepi. sekejap terasa kepala kepeningan. ah, sudah.

"makan dulu"

"em"

"tadi breakfast tak? fahd beli tak untuk in?"

"beli. roti canai. abah..."

abah pandang aku. tapi tangannya tak terhenti daripada meloloskan ikatan plastik beg merah berisi roti. hidup tidak ber-umi selama seminggu bukan satu kepayahan. makan minum bukan lagi satu masalah. semua ditanggung beres. syaratnya, abah mesti punya wang.

"panadol menstrual ada?"

"ada. makan bila sakit je. ubat ni, (sambil tunjuk pada aku) makan lepas ni"

"simtec?" tak pernah aku tahu nama itu. dia mungkin kawan baru aku. selamat datang, simtec.

"aa"

"keciknya"

"ye lah. kecik macam sim-kad untuk orang kecik macam kamu"

aku tergelak. ada-ada je abah aku ni.
kaki langkah masuk ke bilik. demam selsema. dah aku agak kedatangan dia. tahap imuniti menurun mendadak sejak aku pulang dari bandar putrajaya.
sekarang, pandangan makin kabur. hey simtec, kau sengaja dadahkan aku ke?

"kena mandi ni" abah letak tangan atas dahi sekali lagi.

aku bukak mata. sekejapnya abah habis mesyuarat. bukan ke tadi abah baru nak keluar? atau aku...kejap. aku mimpi apa tadi?

"mandi?" aku letakkan tangan atas dahi.

sejuk. mana ada panas. kemudian, aku larikan pada tilam. panas. aku rasakan semula badan. berpeluh. ni demam apa? teks ringkas kiriman N pagi tadi terus terpapar dalam benak - demam selsema. sama aa tu.

"mandi. lagipun, tak elok tidur lagi. nanti malam, awak tak boleh tidur"

"lain kali, tak boleh pergi alamanda" abah sambung lagi.

***

"abah, nak makan ubat lagi ke?"

"tak perlu. tadi in makan pukul berapa?"

"entah. masa abah balik"

"hem...pukul dua. tak. tak payah"

"owh. sekali je eh?"

"berkurang tak selsema?" abah tanya tanpa menjawab.

"sikit"

aku masuk bilik semula. hari ini, hari teruk. aku paling tak suka demam. sebab aku budak jarang-jarang kena demam. tapi sekali kena, teruk jadinya. aku tarikkan selimut. simtec, takkan kandungan dadah kau banyak sangat?

***

aku : kau dah makan?

N : dah. kau?

aku : belum. aku memang cari pasal kan. kang gastrik. huahahahaha

N : aah. agak aa. gi makan dulu. dah la perut tu kecik.hai...

aku : kau...risau kat aku tak?


[dia diam. soalan tak dijawab]


aku : weeeeyhhh, takkan kau terkedu kott bila aku soal camtu? lek aa

N : taknak jawab. apsal tanya macam tu? macam mana nak jawab? huh.

aku gelak bila baca teks ringkas dia. apa lah. baru tanya macam tu, dah terkedu. itu belum lagi aku tanya soalan pelik-pelik. baru gertak sikit.
itu la, goda aku lagi. kalau dah ada kekasih, jangan datang pada aku. dan sekarang, kau mula goyah ye? heh.
takpe. nasib baik kau cuma seorang kawan bagi aku.
aku suka bergurau-gertak kau sebegitu.

***

sini ada satu fakta. tekan.

***

sudahlah. aku mesti pulang ke kamar. demi mencukupkan kouta ketiduran. doakan aku sihat. lagipun, doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahui termasuk dalam golongan doa yang dimakbulkan. aku ucapkan terima kasih awal-awal.

Tiada ulasan: