"ke mana bang usop?" aku dengar abah soal - sekadar berbasa-basi atas dasar hidup berjiran-sekampung.
"kelantan; pasir puteh"
"amboi! jauhnya" umi beri respon.
"buat apa? malam ni jugak nak bertolak?" abah tanya lagi. ok, ni macam jaga tepi kain orang je?
"tu ha...nak pergi merisik untuk anak bujang tu. nak bertolak kejap lagi"
kelantan? gila jauh.
aku capai kunci rumah dari tangan umi, angkat barang-barang dalam kereta, cabut sandal merah, beri salam dan melangkah kaki masuk.
betul la assumption aku tadi - dia nak jalan jauh.
dari melaka ke kelantan semata-mata untuk merisik, aku rasa tidak begitu logik pula. duit untuk tol lebuhraya, tenaga untuk pemanduan malam buta dan masa tidur yang tidak boleh tidur kerana perlu berjaga.
semua itu semata-mata untuk satu tujuan - merisik.
"jauh jugak pasir puteh tu, bang" aku sempat tangkap dialog abah sebelum aku betul-betul masuk jauh ke dalam perut rumah.
"nak buat macam mana...dah dia berkenan orang tu"
***
tadi aku sidai baju. kawasan jiran rumah aku sunyi sepi. semua pergi merisik apa?
setahu aku, merisik ni adat.
adat melayu.
kalau tak buat adat, apa jadik ha?
kena tulah ke.
ada satu kali aku tanya abah;
"kalau kahwin tak buat adat-adat ni, tak boleh ke? yang penting, buat wajib sudah. buat akad nikah pastu jamu orang minum petang air teh dengan biskut"
muka abah katakan pada aku yang dia tak bersetuju dengan fahaman aku itu.
"kalau kahwin overseas, bah, kira jimat kos la kan? tak payah buat kad kahwin, tak payah ada kenduri-kendara, tak payah bersanding-sanding, tak payah ada doorgift. simple"
aku berani usulkan fahaman aku sekali lagi.
abah diam. selalunya, bila abah diam begini, hakikatnya dia sedang mencari kata-kata untuk melumpuhkan fahaman aku, secara tak langsung membuatkan aku terpaksa bersetuju dengan dia.
he always has a point in his words.
dan abah, selepas beberapa nano saat, buka mulut dan perlahan-lahan meranapkan pendapat aku.
"bukan tak boleh...tapi, nanti awak mula lah takde memori. orang lain semua ada gambar masa bersanding, masa kenduri-kendara. kalau in kahwin overseas, memang betul jimat but, abah takut, awak menyesal nanti"
"alah, memori tu, simpan-simpan sorang sudeyh"
"dah tu, anak-anak awak nak tengok gambar awak kahwin, takde lah? dulu, abah pun tak nak bersanding. ye lah, malu. tapi, dah orang kata 'sekali seumur hidup, apa salahnya'. tu yang abah bersanding dengan umi"
"eee...kalau tak nak bersanding boleh tak?"
abah pandang aku.
"itu tanya umi" abah pilih jalan selamat.
aku tarik muka.
***
kalau betul-betul nak ikut adat, kesian la umi dengan abah sebab aku baru pikir aku nak calon husband dari new zealand. yes, the kiwi (moga nanti dapat anak mata biru dan rambut perang kecoklatan).
banyak nak kena belanja kalau nak pergi sana semata-mata untuk merisik.
eh kejap.
merisik dalam kategori adat melayu - laki datang ke perempuan la!
[tepuk dahi. sengih sorang-sorang]
apsal aku sidai baju sambil berfikir tentang soal masa depan ni?
"iiinnnn! ni ha coklat semalam" abah laung, panggil aku masuk dalam. aku segerakan langkah, tinggalkan baju.
"boleh tahan mahal" aku belek coklat whittakers.
"coklat overseas, memang la...cuba tengok ni"
aku baca : "whittaker's a famous new zealand company since 1896".
pergh...ni macam petanda weyh!

7 ulasan:
aku pon x nak bersanding tp mak aku bising tp aku balas balik, duit bersanding tu semua buat jadi duit cincin...mana la tau kalo benkrap, bley gak gadai..kan3?
bijaksana tak idea nih? hehe tak mo sanding la..maluuuu...
seriesly aku suka pemikiran kau.bukan sal ni saja, tapi sal bnda2 lain :)
plus mak aku xsuka pon natang2 adat ni.
(wink2)
hahaha shoosh nnt ade orang marah :)
ika,
sekarang kau malu. entah-entah esok aku tengok kau bersanding. hah! time tu memang aku bahan kau gila-gila lah XD
syazwan,
benda lain? haa...benda apa kah itu...
ok ok, aku diam. hahaha
alah. kw budak kecik nak pikir ni buat ape. lain lah aku yang 20-an ni.haha
decadence,
ahaks. lupa lak umur aku lagi muda dari kau!
orang muda2 memang tak suka benda2 camni
sama gak macam auntie dulu2
semua orang muda memang camnilah
dah tua nanti baru nyesal, tak de gambar kawin
cayalah cakap orang tua2
a kl citizen,
uish. macam kasi warning je...
baik baik. saya percaya, auntie =)
Catat Ulasan