tujuhpuluh kali

fardhu ain semalam, ketika adam-adam sedang mengerjakan ibadat pada waktu zohor hari jumaat, syaitan-syaitan yang bergayut di hujung-hujung kelopak mata aku barangkali terhangus begitu saja apabila aku bermati-matian mahu berjuang untuk terus hidup di taman syurga.
taman syurga.
aku tak mahu terlepas nikmat taman syurga.
sangat rugi siapa-siapa yang rebah dulu sebelum masuk ke situ.

jadi, ya, aku menang di medan tempur, mengalahkan syaitan laknatullah.
kelopak mata berjaya melawan tarikan graviti bumi.
aku tak tertidur ketika fardhu ain.

[tepuk bahu]

minggu depan, moga aku ada kekuatan lagi.

***

kata ustazah - malaikat maut turun untuk ketemu aku setiap hari yakni duapuluhempat jam, sebanyak yang tertera untuk tajuk entri ini.

sangat banyak!

tiga kali per jam.
(kalau ikut kalkulator, 2.9167 - takpe, kita bundarkan saja menjadi tiga)

memang betul. maut itu sangat dekat dengan aku.
sebagai refleksi, aku memutarkan semula insiden-insiden yang nyaris memautkan aku.

contohnya,

pada minggu lepas, iaitu hari jumaat bertarikh duapuluhsembilan januari, aku berkira-kira untuk pulang ke melaka. kerana kekurangan elemen kesabaran dalam diri, maka aku sedikit reckless ketika melintas jalan menuju ke terminal dua.
aku hampir-hampir saja dilanggar teksi.
my bad.

kata malaikat maut - "bukan lagi saat aku cabutkan ajalnya"

contoh lain,

pada waktu akademik, iaitu hari khamis sebetulnya bertarikh empat februari, aku ke restroom keseorangan sementelah ketika itu merupakan subjek sastera dan rakan-rakan sungguh khusyuk dengan sesi pembelajaran. menjadi seorang baik hati, aku rela berpergian secara solo.
begini saja ceritanya.
aku tergelincir ketika menuruni tangga putar hogwarts.
it was like sliding actually over a few steps.
dan kasut sebelah terpelanting. (ini bukan exaggerate.
ini betul)
aku terkejut (itu sudah tentu!).
hentakan di punggung terasa.
aku bangun.
aku pungut kasut.
everything was abrupt.

bagaimana andai kepala aku yang terhentak di penjuru anak tangga?

kata malaikat maut - "bukan lagi saat aku cabutkan ajalnya"

kita tidak akan pernah tahu bila, secara detail-nya, waktu kematian kita.
sebab itu aku mesti reflect dan repent.
aku sangat beruntung lahir dalam agama aku kerana aku tahu Tuhan aku Maha Pengampun.
selagi aku menadah tangan dan meminta-minta pada Dia, aku yakin seyakin-yakinnya yang Dia akan ampunkan dosa-dosa aku.


em.


aku nak mohon satu perkara daripada kamu sebenarnya.
kalau aku nakal, tolong bilang saja begini pada aku;

"bawang, malaikat maut tiap-tiap hari jumpa kau. tak takut ke kalau dia cabut nyawa time kau buat jahat?"

maklum saja - aku kan manusia.
cepat lupa dan alpa.

AngryFace

4 ulasan:

Wan Harun berkata...

aku nak tobat

Lord Hosni the Wise berkata...

balik kelas 1220, dalam 1230 korang da gi fardhu ain...

ak balik masjid dalam 220...tgk korg baru amek makanan...malambak lg slipar luar surau..

hampir dua jam fardhu ain????

x bohsan ke?

bawangmerah berkata...

syazwan,
aku pun.

lord hosni the wise,
taman syurga mana pernah rasa bosan =D

Matematis Muda berkata...

bes bes