muntah

selain kegelapan, aku ada lagi satu ketakutan.

muntah.

bukan sisa muntah. tapi perbuatan memuntahkan isi perut. serious shit, aku takut.
masa aku umur tujuhbelas tahun iaitu zaman aku dilanda penyakit gastrik yang memang tak boleh bla langsung sifatnya, aku akan menangis bila rasa nak muntah. heh, agak bangang di situ. muntah pun nak nangis? sangat sengal.
jadik, aku lebih rela menahan. aku sesekali tak membenarkan kandungan perut berlari-lari keluar dari laluan esofagus.
NO WAY.

tiga sebab kenapa aku takut muntah sampai nangis :

# aku terfikirkan sisa muntah yang wajib aku bersihkan selepas itu. yyeewwww. dah la masam, berlendir. pastu nak kena bersih kan? o mai ey.

# aku terbayangkan, selain sisa-sisa makanan, ada keberangkalian darah merah keluar bersama-sama. kalau darah, confirm aku pengsan lepas tu. (darah pun termasuk dalam senarai ketakutan aku. ok, aku cerita perkara ni dalam entri lain ya)

# aku tak sanggup tengok baju yang aku pakai, kotor dan berbau muntah. lagi teruk, baju tu baju favourite aku yang sudah tentu berkainkan warna merah.

ada satu kali, tekak aku rasa kembang. loya semacam. habis saja lunch, aku segerakan langkah ke asrama. cepat-cepat aku nak balik, nak capai minyak cap kapak untuk ditarok dekat hidung, leher, perut. tak pun, kunyah actal. atau telan ubat kapur - itu lagi mudah.

tapi,

damn.
tak sempat.
asid menolak keluar makanan yang tak habis hadam lagi. belum jejak pintu aspuri, aku muntah. muntah pulak, dekat depan aspura. memang nice spot ah. kebetulan, si hosni tengah bersidai dekat balcony. ada dua tiga orang lagi dekat situ. aku dah nangis sungguh-sungguh. kena pulak, aku sakit tekak. lagi la gempak kan? dengan gaya aku pegang perut. memang horrible betul. dan-dan tu, ada dua budak laki tengah lalu kawasan kejadian. sah dorang pikir benda lain.

hari khamis yang lepas, benda yang sama berlaku. tapi kali ni, lokasi kejadian ialah bangunan akademik. lebih spesifik, tandas perempuan tingkat tiga.
owh, aku tak muntah pun. aku tahan. tapi nangis tu tetap ada. HAHAHAHA.

nota untuk future husband :
kalau i rasa nak muntah pastu i nangis-nangis, you jangan buat muka pelik tau? you kena relax-kan i.

5 ulasan:

Guru berkata...

takut orang ingat sakit sebab buatan orang je tu...
tapi

muntah ni mekanisme badan secara natural untuk membuang apa yang tak diperlukan oleh badan...
so memang tak boleh nak tahan2

Wan Harun berkata...

la u ni kuat muntah ke u..i igt u gastri jek..:P

aku slalu rasa loya tp xmau muntah.cmne tu? :)

HE berkata...

kesian plak aku tgk ko nih~

kak nina berkata...

farahin.best of luck in upcoming exams!(dont know how else to wish)

bawangmerah berkata...

a kl citizen,
ok, next time saya tak mau tahan-tahan lagi.
(itupun kalau saya cukup berani untuk memuntahkan segalanya)

syazwan,
kalau loya, cuba telan ubat kapur tapi dalam bentuk pil. itu membantu.
oit, you loya-loya ni, kenapa ha?

hairman,
kan? tapi nak buat macam mana...redha je la =)

kak nina,
thank you so much!
in nak contact kak nina, tapi tak sempat-sempat.
i'll write to you one day.