entri selamat ulangtahun

khas untuk aku.
eh, kejap.
pembetulan.

entri selamat ulangtahun kelahiran

sengaja aku buat sebulan lebih awal. sebab aku dah belek dua-tiga kali planner aku dan aku tengok, schedule aku serius gila padat. silap-silap, memang aku akan lupa tarikh lahir sendiri. itu tak mustahil ok.

sekarang aku sedang bertarung untuk trial A2. ini pun, nasib baik aku pandai-pandai selit (sebab hari ini, aku tak ada paper). tu yang boleh online sebentar.
ya, sebentar saja. tak tipu. lepas ni, aku kena pulang ke bilik (haah, aku online dekat bangunan akademik ni dan bukan di bilik) sebab buku-buku statistik sedang menunggu aku.

semalam paper puremathematics. dan esok paper statistic. dua paper ni memang buat aku merana like hell. sejak hari selasa, siang malam aku dengan kalkulator. tidur pun dah tak betul - separuh katil dah penuh dengan buku. last-last, aku tidur...er...aku tak reti nak describe aa.

wweeyyhhhh !
ni kan entri ulangtahun kelahiran. apa melalut aku cerita pasal exam?
ok ok.
bayangkan hari ini hari jadi aku.

so,

"selamat ulangtahun kelahiran bawangmerah!"

dah besar pun, kau yek. dah duapuluh tahun. dah boleh dipinang orang. umur dah naik. berat pun dah naik. pipi kau makin tembam. tembam sangat. ye la, malam-malam kau pergi melantak siapa suruh kan? takpe, aku tau kau penat. penat buat sosiologi, sastera, matematik. dan kau perlukan tenaga yang banyak. kan? kan?
well, tembam-tembam kau pun, sekurangnya kau sangat best untuk dipeluk sebab kau kan comel.

kalau tahun lepas, sempena birthday gift, aku request otograf dammit, matematismuda, mr. jagatraya, szakif dan kak as. tahun ni, aku tak nak mintak apa-apa kecuali aku nak mintak satu dekat dammit.
dammit, nak satu foto lagi. nanti hantar dekat rumah tau. orang tunggu.

ye, aku memang muka tak malu. sukati aku la. birthday aku.

owh ya.
kepada siapa-siapa yang bakal wish aku, aku nak cakap terima kasih awal-awal. takut tak sempat nak pegang handphone apatah lagi menatap monitor komputer riba, tu yang lebih elok if i say "thanks in advanced".

ok, cukup.
sekarang nak dekat pukul tiga. aku perlu pulang. kang kalau tak pulang, abah cakap aku tak belajar, main-main, tak serius, bla bla bla.

Crying


kejaaaap!
takde siapa nak wish aku goodluck ke sempena aku nak exam A2 ni?

Frown

takpe, meski kamu tak wish, aku tau, jauh di sudut hati kamu, mesti kamu ada teringat pada aku dan doakan aku senyap-senyap. kan?
terima kasih.

baiklah. mari pulang bawangmerah.

4 ulasan:

Wan Harun berkata...

ble birthday kau?
umno nye natang tu kan!

bawangmerah berkata...

syazwan,
ingat pun kau.

Syanaz Lee berkata...

im goin to wish you ON your birthday sis,
yours the same day as my mom..ill rmmber^^
btw, i take your "thanks in advance"
love ya~

bawangmerah berkata...

+intan+,
ok, i'll be waiting for that wish.
handphone tu, aku tarok siap-siap sebelah aku
hahahahha