dialog anak kecil #9


masa makan tengahari berdua dengan abah sahaja, aku usulkan permohonan bermalam di uia selama seminggu. dari semalam lagi. hari ni, aku cakap lagi. abah pandang aku, kemudian dia sambung habiskan nasi lemak. aku pulak, buat muka selamba.

"kenapa in nak tinggalkan abah?"
"mana ada...in bosan lah duduk rumah sorang-sorang"
"so you have to be creative. use your time. do something that you like. something that benefit to this family"
"mengemas rumah?"
"anything"

abah nyalakan rokok gulung. asap dihembus.

"in tau kenapa abah tak kasi in keluar?"
"tau...tapi abah, qoute-un-qoute uncle alvin; 'for how long your dad want to be protective? your dad cannot keep you'"

abah tarik lagi senafas. nasib baik ada kipas yang bertindak me-neutral-kan udara.

"abah ni, sayangkan in..."
"in tau. tapi bah-"
"when you go over there (overseas), you will miss me. then, you'll realize that you have to be on your own. everything. have to be on your two feet. no more abah"
"itu, bila in kat sana. lambat lagi. but now, i have to start practise. kenapa abah tak bagi?"

abah gerak ke sinki. aku teruskan kunyahan.

"ke...in nak abah hantar ke rumah tokmak?"

abah tak jawab soalan aku. dia tukar topik.

"yang tu, abah promote pulak. uia, abah tak nak promote? in nak pergi uia, bukan kluang" aku bertegas.
"...duduk lah rumah" abah pujuk.

"haih. dulu, masa in kat kolej, umi ajak belajar berenang. bila in dah cuti, umi cakap nanti-nanti. dulu, masa in kat kolej, umi ajak main bowling. bila in dah cuti, umi cakap takde masa pulak"
"itu, awak dengan umi. dengan abah, memang tak boleh berjanji"

(abah nyanyi - apa guna berjanji...kalau tak ditepati~)

"memang. janji abah, tak boleh pakai"
"semua?" abah terhenti.
"most of the time. bila tak jadik je, abah cakap; 'in, you have to understand me'. takpun, 'in kene lah paham abah'. bla bla bla. kan?" aku pandang.
"ye lah, kalau in tak boleh paham abah-"
"sebab in paham abah lah, in tak nak janji dengan abah dah. kalau tak, every time i make an appointment with you and suddenly you cannot make it, memang in akan upset. that's why, lagi bagus, in tak buat apa-apa janji"

aku bangun, pergi ke sinki, cuci tangan.

"tapi, janji abah bukan semua yang tak jadik kan?" abah tanya dari meja.
"tak...cuma, mostly, abah break the promise. that's all"

tengahari tu, tiada kata putus yang jelas. cuma, aku sudah tau, permit untuk keluar dari melaka masih belum lagi diluluskan oleh pihak berkuasa.
faktor umur bukan lah penghalang yang sebenar.

3 ulasan:

HE berkata...

gmbr tu ade bcground yg cantik~

pja_chan berkata...

btol ar weh.
b4 fly nnt mmg rasa xnak fly.
syukur ayah ko pk camtuh tuk anak dia.
all the things he said is definitely correct.

bawangmerah berkata...

hairman,
modelnya pun cantik~

pja_chan,
aku takleh nak imagine perasaan before-nak-fly.
jadik, i dont know whether i can agree with you or not.
but, you sound macam betul je?