esok-esoknya, aku fikir, isu ini sudah tamat. tapi, heh. meleset. dia masih lagi hubungi aku. kali ni, dia menggunakan sistem pesanan ringkas. dia tuduh aku bulat-bulat dengan mengatakan,
yuli sudah sombong sekarang ni
aku hanya diam, buat bodoh. habis membacanya, aku delete mesej tersebut. end of the story.
ketika aku di kolej, secara terperincinya, pada pukul 2.11 petang yang mana, aku sedang bersama-sama junior berkongsi pengalaman mengambil peperiksaan ulangan, dia, kali ini menggunakan nombor yang lain pula. bukan 017 tapi 014. aku langsung tidak teringat akan isu ini dan sewenangnya, aku angkat panggilan.
dari hujung corong, dia menyebut-nyebut nama yuli.
aku sudah kata,
"INI BUKAN YULI. YOU DAH SALAH NOMBOR!"
"lagi kerja ya?"
"I HAVE MEETING RIGHT NOW. YANG PENTING, YOU DAH SALAH NOMBOR OK. SALAH! NI BUKAN YULI!!!"
bila aku sudah menengking, itu tandanya, aku sudah hilang sabar. bila aku sudah hilang sabar, itu tandanya, aku sedang marah. bila aku sedang marah, itu tandanya, kau sedang cari nahas dengan aku.
malam itu, sebelum aku sempat lelapkan mata, dia menghantar mesej lagi. kali ini, dia sungguh-sungguh menegakkan benang yang sudah basah. menafikan kenyataan yang dia sudah kehilangan yuli.
hei, walaupun sekarang ni bulan ramadhan, tahap kesabaran aku ada limitnya juga. dan dia benar-benar menyakitkan hati seorang hamba Allah pada bulan yang penuh barakah ni. dengan marah yang membuak,
HOI !!
SALAH NOMBOR LA! SALAH NOMBOR!
jangan sampai aku berkasar bahasa dengan kau. reti paham tak?!
F.
sila ambil perhatian. tahukah kamu apa yang aku maksudkan dengan huruf F?
aku harap kamu faham ye.
dia balas,
maafkan saya ya kalau sudah silap nombor
aku tarik nafas lega,
bagus. memang kau dah salah. terima kasih. cari yuli di tempat lain.
tapi kawan-kawan, sesungguhnya, lelaki ini tidak faham huruf F yang aku maksudkan sebenarnya. kerana dia menghantar teks ringkas sekali lagi dengan menanyakan aku ini siapa dan di mana aku sedang berada.
ok.
siapa mahu tolong aku untuk mengfahamkan manusia ini? mungkin penjelasan aku kepada dia masih kabur lagi.
urgh.
aku sungguh fed up lah.
hot sangat ke aku ni?
13 ulasan:
BAHAHA.
gini. kalau dia kacau lagi. kau bilang
"lo budeg ya? gue kan da bilang kalo disini tuh ga ada yang namanya yuli. mo lo cari sampe mmpus pun lo ga bakal nemuin yuli dsni. lo salah nomer ngerti ga si?"
(T_T)
aku baru jer nak bersimpati, sampai la aku baca ayat terakhir
sofia,
aku kene copy dialog tu siap-siap.
thanks so much ! :)
zafree,
kirenye, lepas kau baca ayat terakhir, tak jadik nak bersimpati ke? T_T
hahaha :D
kalau aku, aku kasi kat ayah ke..abang ke..
suh dorang kasi marah sket ngan orang camtu :p
amyrah,
masalahnya, time dia call, ayah atau abang aku tiada di sisi.
*sigh*
dear,akak pn pernah gak weh kne camtu.way bodo sudaa..dorg bkn xphm,tp wat2 xphm.saje nk tekel kamu nk bwk blik indon..
or maybe lombok..almaklumla kat lombok tu 'makan kfc' hari2..ada merz.haha!
ni ckp based on pglmn..oke? :)
in+an Jun$u,
tu la pasal. takmo aa pergi lombok. kejadah.
saya takut satu je - dia guna 'magis' bila on call. bukan kah itu menyeramkan tahap tinggi?
lain kali cakap, nama saya yula. yuli kembar saya.
fatehah,
silap la dia call time kau takde dengan aku. kalau tak, aku dah lama pas handphone kat kau, kak.
baik jgn buat cmtu klu ko taknak abg ipar oversea. wahaha :P
fatehah,
oh bahaya tu!
hmm. tp aku rase klu die type adi 6sen, even oversea pn, mesti ko pk 2 3 kali jgk kn? haha
fatehah,
aku dah tak kisah pasal dia pun~
dia kan dah ada kak rose tu. huh.
Catat Ulasan