"kalau kad raya, limapuluh sen dik..."
...
"er...kalau surat biasa?"
"surat biasa - lapanpuluh sen"
jadik, tak hairanlah mengapa sistem pesanan ringkas menjadi pilihan kau, ya?
tapi-
untuk diri aku sendiri, aku rasa, aku masih lagi prefer cara tradisional. terasa sedikit atmosfera ber-aidilfitri. ada unsur nostalgia di situ. kalau hantar sms, aku berani cakap, sms aku tu confirm masuk tong sampah lepas lima bulan. ataupun, tak payah tunggu lima bulan - bila kotak mesej dah penuh, sah-sah kau kena bersihkan semua sekali.
kan?
memandangkan tahun ni aku punya waktu yang agak lapang, maka, aku, seperti tahun lepas, sudah siapkan limabelas kad raya. dan ke-lima-lima belas kad raya tu, sudah selamat ditampal setem lapanpuluh sen dan dimasukkan ke dalam peti surat berlabel "luar negeri".
dah le aku buat kad tu sendiri, kemudian tampal setem-mahal-tapi-lawa. kalau kau tak maklumkan samada kau dapat ke tak kad tu, memang aku nak kecik hati dengan kau nanti.
untuk budak-budak overseas, maaf ya. aku tak ada peruntukkan untuk kamu semua. kalau aku anak menteri, itu lain cerita lah. bukan takat kad raya je aku bagi, duit raya pun aku boleh kasi!
oh ya.
kecuali untuk kak nina.
untuk dia, aku ada peruntukkan sikit. ye lah, dah aku sayang dia lebih sikit dari kau. maka, dipersilakan untuk jealous banyak-banyak.
untuk budak-budak dapur506 pulak, hanya enambelas orang saja yang bagi aku alamat rumah masa kita kita semua berhingus di tgb. tapi kan, tolak budak UK, budak US, budak australia, budak mesir dan budak jepun, ada dua orang sahaja yang tidak memberi informasi. tak apalah. aku tak kecik hati pun. lagi menyenangkan kerja aku, ada la.
hahahaha.
ok.
kene berhenti. aku nak sambung tulis kad raya.
7 ulasan:
aku nak kad raya juga! selitkan duit raya sekali :)
ak xkahwin lagi, masih boleh dpt duit raya :D yeay! haha
sofia,
tunggu bapak aku jadik menteri eh. hahahahaha
faizfaizah,
ish, bikin aku cemburu!
aku sejak berapa tahun yang lepas ntah, dah tak dapat duit raya pun. ye la, aku bukan budak kecik lagi. hahahahaha
kau scan je lah kad raya, send by email. kau scan dengan setem setem sekali. feeling sket raya.
acanmunie,
aku takde scanner. kau ada?
kasi alamt nanti gua kirim besar punya kad
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o,
kirimkan duit sekali tak?
:D
Catat Ulasan