lintas langsung wilayah biri-biri : menghubung tanah melayu

sebelum tu, lihat di bawah.


cool kan?
tapi, lagi cool kalau tengok jadual semester dua punya. kelas cuma ada tiga hari woo!
(mengangkat kening tanda riak tiga saat hahahaha)
well, tu menurut kawan aku lah. dia yang tengok maklumat tu kat internet. aku ni, tak dapat nak akses sarang maya universiti aku pulak. entah jadah kenapa. bengang aku sampai tahap nak hentak-hentak meja belajar. dah cuba pat lima kali depan komputer riba ni. masih takmo jugak dia pergi, walhal aku dah tekan-tekan id dengan kata laluan yang betul, tepat dan weyh, aku confiden sangat maklumat yang aku key-in tu adalah benar-sebenar-benarnya. ah, tak memasal kena menapak mejabantuan (baca : helpdesk) esok hari.
bapak malas.

teknologi zaman sekarang...
(geleng)
kadang-kadang -- eh silap. maksud aku, selalu sungguh aku tak terkejar. wonder jugak aku; agak-agak, berapa ek kadar ciptaan teknologi bercambah dalam satu saat? cepat sangat nak bertransformasi. heh.
oh. kita kembali pada niat asal kita. aku bukan nak meraban pasal teknologi sebenarnya. sekadar nak cakap, hari ni aku call abah. baca betul-betul. caalllll. bukan skype ok. memandangkan kuliah cuma satu jam and then aku cabut terus ke queen street semata-mata nak beli beg dobi (exaggarrate kan bunyinya? but i like ~) dan menikmati makan tengahari berupa falafil kebab berharga lapan dollar kat bawah salah satu pokok besaRR di taman albert, akhirnya, selepas pung pang pung pang pung pang, aku balik apartment terlajak pukul dua petang. ok la tu. pukul dua. bukan lapan malam waktu maghrib di auckland.

hei, you all tahu kan rugby world cup buat kat new zealand tahun ni?
(relaks, aku tak angkat kening dah)
walaupun aku tak pernah tahu apa-apa pasal rugbi kecuali the innocency forrest gump berlari merentasi padang ragbi, aku berkira nak pergi tengok. once in a lifetime, beb. soal agorafobia, itu...err aku hadap je kott?
anyways, sampai-sampai je apartment dan bukak pintu rumah lalu terjengul budak jijie and nasib baik aku tak cabut tudung lagi, farah tanya aku direct dengan muka penuh serius,

"kau nak tak nak beli tiket? pat puluh satu dollar kat eden park. tapi, bukan final la. kau kena decide sekarang jugak. kalau rasa fifty-fifty, tak payah pergi. so...?"

eden park.
dekat dengan kawasan domain tempat budak-budak main futsal?

terus bagi jawapan on the spot.
masuk bilik.
dial nombor.


tak berangkat.
kecewa.


aku call malaysia sebenarnya. dan, bukan abah yang aku panggilkan dulu. harus call sekarang sebab bagi aku, ni urgent. before calling tu, sudah aku tengok, malaysia baru pukul sembilan pagi. sah-sah semua tengah kerja dan bukan duduk depan laptop untuk sesi skypy-skypy. but, it's no big deal actually to pick up the phone for awhile. aku bukan nak borak panjang pun. dan pernah aku pesan satu kali, kalau ada nombor pelik keluar, itu aku dan tolong, jangan teragak nak angkat.
urgent? yes. i call this urgent because we're playing with dollars here. ef wai ai, living cost sini tinggi. aku duduk betul-betul kat bandar. that's why, one thing aku belajar, nafsu wajib disekat habis-habisan. kalau turutkan nafsu sangat, huish. mampus aku. aku wajib tahu yang mana satu keperluan yang mana satu kehendak. sebab aku, ye aku berani mengaku kat sini, bergantung sepenuhnya pada duit biasiswa. cukup-cukup lah aku nyusahkan umi abah.
dan apakah menyalurkan duit ke arah permainan yang satu hapah pun aku tak tahu, satu keperluan atau kehendak semata-mata?

tik tok tik tok tik tok.
dahi berkerut. cuma, tak ada peluh terpecik.
ah!


masuk bilik air.
amek wudhuk.
solat zohor.
baca doa.
dan, mesej masuk.
tiba-tiba.


'salam. mohd ke?'


berganda kekecewaan aku.
terdiam.

mungkin, umi rindukan mohd.
mungkin lah.


2 ulasan:

Zafree berkata...

"pergh, hari2 kau boleh tahan best! banyak waktu rehat nampak?"

haha

bawangmerah berkata...

zafree,
plastik!
hahahaha