lintas langsung wilayah biri-biri : atap dan dinding

depan rumah
dan aku selsema


alright.
this time aku nak cerita serba ringkas pasal tempat tinggal aku. aku duduk kat number 14 whitaker place, dekat symonds street. kalau aku nak keluar dari apartment ni, ada dua jalan. satu, bila aku belok ke kiri dan mendaki bukit ala-ala empatpuluhlima darjah kecuramannya, aku akan tembus dekat belakang st. peter church dan melintasi jalan raya besar, ada satu taman yang namanya albert park. kata kak nina, selalu jugak konsert-konsert percuma dibuat kat albert park tu ha. dua, bila aku belok ke kanan dan tetap mendaki bukit yang gila curam, aku akan tembus dekat jalan raya besar jugak. antara dua jalan ni, jalan pertama jadik pilihan aku walaupun waktu malam, ia agak scary sebab gelap ditutup dengan pokok-pokok teduh.

setiap apartment diduduki (urgh, diksi tak boleh bla) oleh empat atau lima orang. macam aku, aku duduk lima orang. semuanya classmates dari kolej mara seremban. masa kali pertama masuk apartment ni, aku agak impressed dan surprised la. sangat berunsur hotel. semua dah disiapkan. kalau pergi dapur, habis complete lah. kutleri, microwave, oven, dapur, pinggan mangkuk, hinggakan kain buruk pun, semua ada! peti sejuk ada dua. dua-dua besar. ada satu meja makan. ada satu sofa. dan ruang tamunya, bagi aku, agak luas.
ok. tentang bilik pulak. aku dapat bilik sebelah toilet, which to me, is superb. sebab senang sikit aku nak pergi toilet. saiz katil, single king. kiranya, besar la jugak untuk seorang aku yang berketinggian empat kaki. ada lima plug, dua lampu. dan, satu tempat cucuk internet. ada rak buku, satu meja study yang besar berlacikan dua. satu gerobok berlacikan tiga. dan satu almari baju yang besar. so, dah berapa kali aku sebut perkataan besar? ye, semua besar-besar. dan jugak, tinggi-tinggi. apa yang tinggi? tempat sangkut baju. tiap-tiap hari, aku melompat nak sangkutkan tuala atau robe aku. dalam shower pun sama. ni kalau tak hati-hati, memang ada tendency aku jatuh satu hari nanti. oh ya. ada satu pemanas bilik. aku tak guna lagi sebab sekarang musim panas. walaupun aku gaduh sejuk, aku tak rasa aku patut bukak pemanas tu. kalau sejuk sangat, aku cuma tutup tingkap je. sini, takde kipas. well, angin dia dah sedia sejuk. so, kalau balik dari mana-mana, just selak langsir, bukak tingkap and there you go. dalam masa lima minit, bilik dah rasa sejuk. berapa kali aku sebut perkataan sejuk? ye, sini memang sejuk (bagi aku) walaupun aucklanders (atau kiwis) pakai singkat-singkat, nipis-nipis dan terdedah sana sini. kalau puasa masa musim panas, aku bet, berkurang sikit pahala aku. heh.

lagi apa ek?

ok la. kita tengok gambar. along the way, aku bagitahu apa yang terlintas kat kepala.


[ katil ]
semuanya disediakan kecuali,
bantal busuk colour pink dengan selimut merah


[ meja belajar ]
kalau tertekan, boleh jenguk tingkap,
ada pokok besarrrrr


[ almari ]
tiada warna yang cantik selain merah
:P


[ meja makan ]



[ ruang tamu ]



[ dapur #1 ]


[ dapur #2 ]


aha.
pasal toilet. untuk pengetahuan kalian, lantai tandas di sini sungguh-sungguh kering. tak basah macam tandas orang malaysia. aku sampai boleh duduk bersila, tau. well, menurut sumber sahih, kiwis memang tak suka lantai yang basah-basah. nanti dorang bengang. sebab tu, kalau nak pergi tandas, sila-sila la bawak botol air. tandas mereka tak ada pili tau. ehem. paham-paham saja macam mana mereka berhadas.

esok-esok aku tampal gambar tandas pulak.
er...tak janji ye.
alright. sekarang, aku harus tidur. esok kena jalan jauh merentasi grafton bridge.
haih.


6 ulasan:

fatehah berkata...

one day aku confirm datang! ko jgn rsau. hahaha.

bawangmerah berkata...

fatehah,
datang kak. aku tunggu! hahahah

jemari berkata...

aku pun nak datang gak. huahuahua...
ermm...apasal macam ku kenal kain petak merah atas katil tu

bawangmerah berkata...

jemari,
jom! jom!
eee buat-buat tanya pulak :|

acanmunie berkata...

sedar tak sedar, kau dah dekat auckland dah :) belajar baik-baik tau :)

bawangmerah berkata...

acanmunie,
yup. sampai sekarang aku tak caya aku dah tercampak kat sini.
baahheeekkk!
kau pun sama jugak - all the best! :)
p/s: jangan lupa request v-log aku tu