sebelum aku mulakan apa-apa, aku nak cakap yang musim bunga buatkan aku teringat pada kata-kata seseorang -
you can get four seasons in a day when you live in auckland !
betul beb. gua tak kencing sama lu pun.
pagi tadi gua terjaga pukul tiga sebab hujan lebat. tak lama kemudian, masuk je subuh, hujan dah reda. alih-alih gua keluar pukul tujuh nak pergi gym, hujan merenyai. bila balik, cerah la pulak. gua keluar balik, pergi kedai ink nak dekat pukul satu tengahari dan tiba-tiba angin kuat, hujan lebat menggila. gua dah pasrah. sekarang, gua duduk sebelah tingkap dan cahaya matahari tengah menerobos di celahan-celahan dinding.
sabtu lepas, seramai duapuluhenam orang budak whitaker place beragama islam buat rumah terbuka. aku lah antara duapuluhenam orang tu tapi aku bukan hi-com. aku takat jadik kuli budak background - bak kata zack.
caya tak caya, open house ni bukan calang-calang punya tau tak. jadik, barangsiapa yang tidak ke mari, maka rugilah mereka
hahahaha
aku cerita secara kasar je lah ye? ikutkan, ada tiga apartment yang bukak dapur dan ada dalam lima kaunter yang kitorang buat. aku jaga kaunter nasik minyak dan kaunter buat kek. lain-lain, kaunter lauk ayam masak kandar, kuih-muih dan kaunter menyalin lauk. awal-awal pagi, aku turun apartment budak laki dan pergi basuh beras. lepas tu, jaga nasik takut-takut hangit ke hape ke.
dah habis masak nasik minyak, aku pergi apartment budak laki yang sebelah. aku tolong hadi buat kek. kemudian, disebabkan dapur apartment budak laki agak kotor dan mata aku sakit, aku kemas-kemas la sikit.
well, takde la sikit. banyak jugak kott. sebab aku tak keluar-keluar jumpa tetamu dari pagi sampai la ke petang.
kaunter ayam masak kandar pulak, entah berapa kali dorang masak. sebab lauk rupanya tak cukup-cukup. walau tak cukup pun, kau tanya la tetamu-tetamu yang datang. ada dorang kena tunggu makanan nak siap? takdeeee
semua dipastikan berjalan lancar. tak cukup ayam, cepat-cepat pergi beli.
masing-masing tahu nak buat kerja apa. yang layan tetamu pun, tak kurang hebat jugak. dari mula sampai habis, layan je semua walaupun tak kenal.
ehem, aku tak lah. sebab, aku kan budak background. pulak tu, ramai sangat tetamu. mahu sampai duaratus lebih kitorang jemput. betul-betul dah macam kenduri nikah ! hahahaha



yeah, kami jemput foreigners jugak. depa makan banyak kott !
FYI, tetamu tak putus-putus datang dari pukul satu sampai lima petang. dan kitorang kat dapur tak putus-putus sediakan makanan. bunyik exaggerate ke? but it's true !
bila dah akhir-akhir, baru la budak-budak background mahupun bukan background (yakni, yang buat appearance dan melayan tetamu) keluar berkumpul kat common room (tempat rumah terbuka). ni semua muka-muka penat. aku memang pasrah muka tak ber-make-up. senyum pun, macam terpaksa je aku tengok dalam gambar. ceis.
oh yeah, aku sekarang suka main game ni walaupun kayu dia panjang lah yang amat :(

masih muat lagi.
*wink wink*
nota kaki : kesemua gambar adalah atas jasa baik cik yasmin. sekian.
3 ulasan:
muat lagi eh?
cekci
my design pi nz wehh!
jadi lah kan..
ish3
cik no,
muaaatttt
*bangga*
bukan setakat design baju, selimut merah pun dah sampai nz.
Catat Ulasan