membebel di pagi hujung minggu

tangan kiri
pagi ni, aku tolak pintu shower (seperti biasa) menggunakan tangan kiri. yang luar biasanya, awal-awal tu jugak aku rasa upset tengok tangan aku tu. kali ni, dah tambah dua tanda baru pada kulit. al-kisahnya, lewat pagi semalam, aku goreng telur dengan minyak yang agak banyak dan tanpa disengajakan aku terkena minyak setepek bila nak terbalik kan telur.
what a shame :(
sekarang, tangan kiri makin memburuk - just because i spend more time in kitchen compared to when i was in malaysia.
dulu, kena dapur panas. lepas tu, ketuhar. sekarang, minyak panas. haaihhhh !


tidur
sepanjang minggu ni, hanya dua malam je yang aku betul-betul nyenyak. well, actually, satu malam je. yang lagi satu tu, aku terbangun pukul tiga pagi pastu aku ketangketungketangketung, aku tidur balik. ouh, aku bukan memasak ok? aku cuma buat benda lain sampai la mata aku betul-betul kuyu. malam-malam yang lain merupakan malam-malam yang terrible, horrible, miserable. lebih dahsyat kalau esok paginya, aku ada kelas pukul lapan. ingat senang ke nak survive depan lecturer kalau malam sebelum tu kau tak switch off badan?
memang tak dinafikan, aku banyak memikir sebelum tidur dan mungkin, disebabkan tu, badan aku takmo mati kott? aku sedar, fizikal dan mental aku dah lunyai, lesu, letih, lelah. tappiiiiiii
kelopak mata ni degil nak menutup.
uuffff.


masak (nota untuk future husband)
hari jumaat lepas, saya masak spageti dan sos alfredo bawang putih ! hari sabtu pulak (iaitu semalam) saya buat pai gembala. tolong beritahu saya samada awak suka masakan ala barat atau melayu, eh? sebab, bila saya fikir-fikir balik, saya lebih prefer ke arah masakan ala barat. awak, saya bukan kacang tau. saya ingat lagi asal-usul saya tapi hidup di negara barat buatkan saya lebih senang masak ikut cara mereka. tak perlukan santan sangat. tak perlukan bawang sangat. tak perlukan lada sangat.
lagi pulak, masakan mereka tak pedas (setakat apa yang saya belajar lah).



eh, awak jangan risau. let's say awak tak suka western food, saya boleh je belajar masak masakan melayu. kalau bukan saya yang belajar, siapa lagi yang harus jaga makan-minum-pakai awak kan?


rugbi
aku dah standby nak tengok match pukul lapan malam kat tv 1. alih-alih, tv 1 tarok rancangan apa entah. eehhh cilakak betul. how come tv 1 tak broadcast rugby world cup, instead, siarkan rancangan tah hape-hape ni? elo, this is rugby world cup okkaaayyy.
dengan hati terbakar-membara, aku masuk bilik, pastu google apa yang patut. ceis. tv 1 delay broadcasting the game and be it at 10.30 pm. urrgghh hangen tol aku. actually, boleh je nak streaming tapi tak syok ah. asek tersekat-sekat dan aku dah turn off bila masuk second half. then, aku layan satu website ni yang update the game every 90 second. so, at 10.30 pm, aku tercongok depan tv dengan nad. seperti biasa, sony bill williams tetap di hati ku walaupun dia main untuk second half je.
*wink wink*
i tell you, dia main dengan penuh kegayaan dan everytime dia gol kan lalu tersenyum,
oh my gooodddd
tercair aku tang tu jugak hikhikhik


ok, kalau kamu-kamu nak google sony bill williams lepas ni,
dipersilakan. saya tak halang pun. tapi, jangan nak chop colin slade saya ni !
[ sumber gambar : odt.co.nz ]


anyways, dan carter dan richie mcCaw tak main pun. still, i should congratulate to ma'a nonu sebab dia pun, not bad jugak. of course, to conrad smith and richard kahui too.
tiba-tiba aku macam kenal semua all blacks kan? kahkahkah


homesick
mengikut definisi kamus oxford,

homesick (adj) - sad because you are away from home and you miss your family and friends

maka, definisinya tidak perlukan apa-apa huraian.

[tengok luar tingkap]

sekarang, tengah hujan lebat, tahu? dan itu buatkan aku lagi tak suka.
i'm counting the days of going back.

***

millions congratulation to all blacks for the last friday match ! you guys are damn fantastic.
hey people, let's support them for the next match which will be held on 24th september.
don't miss it !

:)


Tiada ulasan: