signifikasi indah


januari - sekolah musim panas
disebabkan pengurusan pihak mrsm tgb buat palat, tak memasal mereka jadik keluarga angkat aku selama lima hari. kebetulan, rumah tak ada siapa. jadiknya, semua pakat-pakat bermalam kat rumah. dan faris berlagak menjadik sulung, zila yang kedua, aku mesti lah yang ketiga, yasmin keempat (hahahaha !) dan nizar yang bongsu. jangan persoalkan aku kenapa aku tarok faris as the eldest dan nizar the youngest and me, the middle child. my, how i miss having them in this home.



februari - ke wilayah biri-biri
cita-cita mahu belajar ke seberang laut yang aku simpan sejak umur sembilan tahun akhirnya tercapai. hell yes, i keep a wish to study overseas ever since i saw a photo of abah landing on the snow. cool enough, i supposed. aku tahu abah susah nak lepaskan aku sebenarnya sebab masa awal-awal aku dapat surat tawaran pergi kolej mara seremban untuk buat persediaan a-level, abah dah demam petang tu. he once said, "abah tak pernah terpikir nak bagi anak perempuan abah belajar overseas. tapi, sebab abah percayakan awak, abah bagi".



april - menjelajah pulau utara wilayah biri-biri
percutian hampir seminggu yang awesome tapi bapak letih gila nak mampos. macam-macam tempat kami pergi. biar aku senaraikan. kott kalian mahu datang new zealand, at least, ada la idea nak pergi mana nanti, ye dok? antara tempat yang sempat dilawat :

- tasik okareka
- tasik rotorua
- tasik tarawera
- tasik taupo

(ye, kami memang suka tasik ! *dengan nada sarkastik*)

- sungai kaituna
- agrodome
- dusun epal 'classic roses'
- teluk hannah
- air terjun huka
- bandar taupo
- bandar rotorua
- geoterma 'craters of the moon'
- ladang kincir angin 'palmerston north'
- persisiran pantai new plymouth



mei - lawatan lapangan di tiritiri matangi
aku bukanlah pencinta flora dan fauna. maka, untuk lawatan ini, my feeling was so-so. teruja ada, bosan pun ada. teruja sebab alam di sini betul-betul bersih dan cantik. tengok air dia, rasa macam nak hirup. bosan pulak sebab lama sangat tersadai kat pulau ni.
ouh, kat sini lah pertama kali aku solat bersujudkan alam Tuhan :)



jun - sambutan ulangtahun kelahiran ke-21
tak tahu kenapa bulan lima seakan disumpah takdir. aku tak gembira pun sepanjang bulan kelahiran aku tu. aku tertekan dengan peperiksaan dan masalah personal yang entah kenapa muncul secara klimaksnya pada malam sebelas mei. langsung aku tak faham kenapa. akibatnya, aku pilih bulan enam untuk celebrate my birthday. tak hebat mana tapi cukup lah untuk aku merasa secalit kegembiraan.



julai - seteguk biji koko, segenggam salji halus dan ikan segar dari lautan
ni lah antara tempoh masa yang aku kerap untuk mencuba makanan di luar apartment whitaker. secara jujurnya, aku kurang gemar makan di luar. bukan sebab tak bersih. heish. sini, premisnya bersih-bersih belaka. yang halal pun, mudah dicarik. cumanya, duit yang ada, terpaksa aku simpan untuk --
em, tak perlu lah aku bagitahu. hahahaha !



ogos - raya di perantauan
sedih? a bit. tapi, tak lama. cukup sekadar bersedihan pada awal pagi raya. lepas tu, no more. needless to say, i didn't even cry pun. eid celebration was not that bad here. kami tetap merasa juadah raya. kami tetap menziarah sama-sama. nasib baik university of auckland cuti. kalau tak, memang melalak la pergi kelas pakai baju kurung pada pagi syawal.



september - rumah terbuka apartment whitaker
kadang-kadang, merantau tu perlu. sebab, bila ada kat perantauan, ia ngajar kita to stand on our own feet. semua kena buat sendiri. bila apartment whitaker buat rumah terbuka, aku otomatik tahu nak tolong apa yang patut. i completely understood my responsibility and commitment. walaupun sekadar jadik budak belakang tabir, aku happy buat semua kerja-kerja kuli.



oktober - pencapaian seratus peratus buat pasukan hitam
bertuah, bukan? HAHAHAHAHAHA
daripada aku zero knowing the rugby game, aku dah boleh kenal hampir semua pemain all blacks. well, gua tak pernah miss satu pun game dorang ok.
tak banyak aku nak ulas pasal rugby world cup dalam entri ni sebab sepanjang musim rugbi tu, aku dah buat macam-macam laporan pasal pasukan hitam.
colin slade, i love you so muuucchhhhh !



november - tamatnya pengajian tahun pertama
keluar dari dewan peperiksaan, first thing first yang aku buat was to throw away all my notes into dustbin. lega beb. lega gila ! although aku sakit kepala lepas tu, aku dah tak kisah sangat. sakit-sakit pun, sanggup aku menapak ke raviz, merely for the so-called makan-malam-terakhir-tahun-pertama-pengajian-bersama-budak-tesl. kalau nak tahu, budak-budak tesl memang rajin raikan macam-macam. bila aku kata 'rai', it means, FOOD. sebab tu kami semua tak kurus kott?



disember - pulang semula ke pelukan abah
enough said, i guess?

***

berakhir jugak tahun 2011.
dan sekarang dah masuk 2012.

my God ! aku dah 22 weeyyhhh


2 ulasan:

Muhamad Zaki Zafir berkata...

eh,kau dh lain skrg.aku pn lain,mkin gmuk.

bawangmerah berkata...

muhamad zaki zafir,
lain? hahahaha !