emosi
untuk tahun ni, aku sangat emosi. tidak seperti tahun sudah, aku lebih batu dan keras. mengalirkan air mata, jauh sekali aku nak buat. tapi tidak untuk syawal kali ni. satu, aku sedar yang arwah tokbak tak bersama kami dah. paling worst, aku stuck di sini dan tak dapat nak pulang nak tengok dua pacak batu nisan dia. kedua, terlalu banyak perkara terjadik kat aku dan di sebalik setiap kejadian tu, aku rasakan itulah momen-momen yang Tuhan cuba sampaikan - "hey, Aku di sini. pulang lah". yes, i'm coming home now 'cause i've been so lost for too long. dan bila syawal datang, aku harapkan Tuhan ampunkan aku sepertimana manusia-manusia sekeliling maafkan aku. tiga, aku duduk di apartment yang tak ada ruang tamu. ini bukan rumah. maka, the homey feeling is not there. dan aku menjadik sangat homesick. malam raya, bilamana aku duduk berteleku di bilik seorang, i couldn't help myself from crying silently sampai mata bengkak. esok pagi, laju lagi air mata nak terkeluar. ah sialan. alangkah indahnya kalau aku boleh menempah servis make up artis dan hilangkan bengkak mata ni !
memang mata panda kaannn
baju raya
hanya satu je yang baru. yang lain, aku recycle - pakai balik dan kenakan gaya tudung yang lain sikit. rata-rata, semua baju yang aku pakai, agak gelobos sebenarnya. contoh paling dekat, baju hijau untuk syawal pertama, bahunya jatuh sikit. dan, baju ungu untuk syawal kelapan, aku terpaksa pin-kan kain sebab pinggangnya besar yang amat. ada yang tegur aku, kenapa kurus dengan susulan satu soalan - diet ke?
secara jujurnya, ya, aku sedang diet. dan sebelum kamu angkat kening dan berkerut, bertanyakan apa perlunya aku ber-diet, biar aku katakan di sini - diet aku adalah untuk kesihatan dan membuang lemak. hmmm...begini lah, nanti-nanti aku up satu entri pasal diet aku, ya?
by the way, tudung ungu yang aku pakai ni adalah hasil kerja tangan aku :)
masih ingat lagi entri ni? sesungguhnya, aku desperate untuk kelihatan menawan pada pagi syawal.
syawal pertama beraya kat rumah waldorf dulu
syawal ketujuh beraya kat tiga tempat :)
syawal kelapan beraya kat umno
tanggungjawab akademik
aku cuma beraya sakan pada hari pertama raya saja. esoknya, aku pulang ke realiti. hari isnin, selasa, khamis dan jumaat, keempat-empat hari ni adalah hari menghantar assignments. sedih? sebak ok. kata abah, "don't cry sayang. stay strong". damn. ayat abah lagi buat aku nak meraung dalam ruang empat dinding ni.
bila cuti musim bunga bermula, baru aku sambung beraya semula. syawal ketujuh, aku beraya dengan ibu kiwi aku (atau koordinator program aku), sheryll. kemudian, menuju ke bangunan kejuruteraan sempena sambutan raya yang dikendalikan para gadis auckland. akhir sekali, aku ke federal street untuk jemputan budak-budak sains. aku tak duduk lama pun kat rumah federal sebab ramai lagi yang datang dan ruang agak terhad. so, memang better make a move as soon as possible.
masuk syawal kelapan, aku pergi umno's eid celebration. this time, aku agak puas hati dengan komuniti umno. sebab, satu, makanan yang diberi, cukup. dua, tak ada persembahan, so, datang-datang je terus dapat makanan. ini baru namanya rumah terbuka - kami datang nak makan dan jumpa kawan. bukan nak tengok persembahan. tiga, aku dapat melantak puas dessert yang disediakan. habis ber-umno, pukul empat petang, aku ikut kawan-kawan pergi ke forte, spesifiknya, rumah kak karin. ah, mee kari dia memang terbajeeyyy
aku siap tambah dua kali, kaaawww ~
sama macam rumah federal, aku bertandang kejap je kat rumah forte ni. ramai yang datang sekali harung dan ruang sangat lah limited. so, paham-paham lah bila kena blah dengan cepat.
the cute columbianian ihiks
dan kami bergambar macam tak hengat dunia ngehngehngeh
panjangkan langkah ke bangunan kejuruteraan
dan akhir sekali, rumah federal sebagai penutup hari
seni meminta maaf
aku tertarik dengan entri anoneemus. betul, aku setuju apa yang dia cakap. dan sebab tu, aku cuba praktikkan masa syawal ni. bila aku mintak maaf kat sheryll, aku nyatakan betapa sorry-nya aku tak dapat perform dengan baik pada tahun lepas dan aku katakan lagi yang aku akan cuba improve my academic attainment. begitu jugak bila aku cakap dengan abah dalam phone. aku katakan yang aku masih lagi nakal dan degil. yeah, that's my wrongdoing to my abah. aku mungkin tak sedar yang aku pernah buat abah kecik hati. tapi, apa-apa pun, i've told him i'm trying to be a better daughter in future.
seni meminta maaf ni, applicable jugak bila kita bertemu dengan Tuhan kita. kata kak nina, bila kita berdoa, cuba kita admit apa dosa kita pada Tuhan, instead of merely saying "God, i'm sorry for everything". well, it's true God knows everything but then, it's good when you can admit your fault. dalam satu hari, sekurang-kurangnya, ada lima kali kita boleh pikir-pikirkan apa dosa kita yang kita dah buat. tak semestinya kita kena mengaku dosa-dosa yang besar. yang sekecik zarah pun takpe, untuk permulaan. for example, mungkin, boleh saja kita akukan, "God, i'm sorry i've hurt my friend" atau "God, i'm sorry i didn't cover my aurah properly just now".
i find it seni meminta maaf ni mampu robohkan setiap bata keegoan. cuba lah kalau tak percaya.
+ i'm sorry for not really perform in last year
+ annnddd...i'll try my best to get better results
+ but i'm not promising this - i'll just try to be excellent
- it's good to know you want to improve better. but most importantly is the journey towards it
:')
salam perantauan
untuk pengetahuan kamu semua, emel aku ke utusan malaysia ditendang. tak tahu kenapa. dan, emel aku ke berita harian pulak, seolah-olah tak diterima. habisnya, gambar aku ke bandar salju langsung tak disiarkan. tak faham aku. yang betul-betul di perantauan, dinafikan. yang bukan diperantauan, dipercayakan.
heh.






4 ulasan:
last note to WIN seh bawang.
salam lebaran bawang. macam best tengok anda peluk peluk. nak peluk juga!
btw, lady in green looks so cute :3
okay, typo untuk komen atas. last note tu WIN.
eh eh..dh keluar la gambar pa'in BH harini.. =)
sofia vy nin,
hahahaha
salam lebaran jugak, sof !
jom jom. aku akan datang singapore hujung tahun ni. transit selama lima jam (mungkin) sebelum berangkat pulang ke malaysia. kita meet up dan berpeluk, ok? :D
oh yeah, she is. she even wore high heels which that really suprised me. sebab dia jenis yang lasak sebenarnya.
miera,
hahaha dah habis bebel kat blog, baru nak keluar kan.
Catat Ulasan