surat untuk yang berkenaan #2


ke hadapan awak,

hi. awak apa kabar? sekali lagi saya menulis kepada awak. saya semakin sihat untuk tahun ni. tak macam tahun-tahun sudah. gaya hidup saya teruk (maafkan saya). jadik, kesihatan saya kacau-bilau. tapi tidak untuk kali ni. percaya lah, saya sudah berubah. berubah untuk menjadik lebih baik demi Tuhan saya, Rasul saya dan semestinya, demi awak. kalau saya tidak menjaga dari sekarang, macam mana dengan adam dan sara nanti? waris yang kuat datang dari rahim yang kuat. sebab tu saya nekad untuk jadik gagah.

awak,

tujuh pagi tadi, saya berjalan ke auckland domain dan bila sampai di sana, saya jogging sebanyak dua pusingan yang menggabungkan padang ragbi, bola sepak dan kriket. saya tak pusing ke arah auckland museum. saya kurang arif jalan di situ. habis dua pusingan, saya teruskan pelarian ke arah whitaker place. masa tu, awak tahu tak betapa saya merasakan satu perasaan yang seronok? saya ingat nak pulang saja ke  columbia apartment. tapi kaki saya tukar arah. saya lari depan mount terrace dan kemudian ke arah albert park. tiba di persimpangan, saya pusing masuk ke university of auckland, lalu terus ke bangunan fakulti sains. saya tak masuk bangunan tu. kemudian saya melintas jalan dan tiba di depan bangunan fakulti kejuruteraan. dalam jarak 500 meter, saya pecut habis hingga ke bangunan sekuriti kawalan (yakni sebelum sampai di depan pusat penjagaan kanak-kanak). ah, seronok bukan kepalang!
saya betul-betul rasa puas dan sepanjang perjalanan pulang ke apartment, saya sengih sorang-sorang.

baru saya sedar. keseronokan dan kegembiraan saya terletak pada dua kaki ni. sebenarnya, saya dah lama tak berlari. dan tak tahu kenapa saya berhenti selama tu. mungkin saja saya sibuk membelakangkan diri daripada Tuhan saya. 
sekarang, keadaan dah berubah. hampir tiap-tiap pagi saya nantikan hadiah daripada Tuhan saya. ada satu kali, Tuhan saya hadiahkan satu kawasan padang yang penuh dengan frost dan ais. rumput-rumput membeku. kabus sangat tebal dan udara sangat segar. terus, saya mendongak ke atas dan senyum ke langit biru, tanda saya ucapkan terima kasih pada Tuhan saya. hari yang lain pulak, Tuhan saya hadiahkan sebuah pelangi. dari hujung ke hujung padang. besar sungguh! saya gelak sorang. saya tak sangka Tuhan saya penuh dengan kejutan. 

awak,

saya mahu kongsi hadiah-hadiah ni dengan awak. jadik, saya nak tanya.
sudi tak awak teman saya berlari, tak kira samada di sini atau di sana kelak?
saya tunggu jawapan awak.

salam sayang, 
in.



[ photo by : zaratops ]

biar kasut kita berdua lusuh, awak.
senang saya nak kabar pada adam dan sara satu hari nanti,
"papa selalu teman mama. lari atau jalan - papa tak pernah pun tinggalkan mama"
:)



Tiada ulasan: