"asal kau tak kejar je dia?" erin tanya dari belakang.
an answerless question.
kusut. celaru. haru.
bermacam benda bermain di awang hakim sekarang. kelibat yan makin ghaib dalam laut umat manusia. sah. yan persis phantom of the opera.
kusut. celaru. haru.
bermacam benda bermain di awang hakim sekarang. kelibat yan makin ghaib dalam laut umat manusia. sah. yan persis phantom of the opera.
"akim?"
"em"
"dah la tu"
"apahal dia naik level atas aa?"
"jumpa doktor la kott?"
"akim!"
anak tangga digagahkan cepat. hakim masih tak puas hati. sekali lagi erin ditinggalkan dia. erin dengus - bengang dengan angin dua sahabatnya.tempoh sudah, menghadap yan. sekarang, hakim pula. erin umpama titi dan menjadi titi bukanlah mudah. kalau tak dipasak betul, mana mungkin dua manusia itu akan bertemu pada titik tengah. khuatir salah seorang akan tergelincir. atau mungkin kedua-duanya akan jatuh.
parah.
mana?
"see-"
"kau diam kejap, boleh tak erin?"
***
"hakim"
"em..."
"sial. kau tidur lagi?"
"em..." hakim tarik selimut.
"cepat aa. aku dah sampai gym ni"
"kau pergi le..."
"apa ni weh. kau janji semalam nak teman aku"
"ala..." mata hakim melekat tutup.
"jom aa. aku bosan handle futsal ni sorang"
"ye lah ye lah...kasi aku mandi dulu. nanti aku datang"
"aku tunggu kau kat bench budak-budak selalu tengok dari atas"
satu perkara tentang pelajar tajaan yang berjurusan luar negara - regardless mara, jpa, petronas mahupun pama - mereka punya persatuan. persatuan yang menyatukan mereka atas dasar nama rakyat malaysia.
ok, contoh terdekat, auckland. di auckland, mereka ada dua persatuan terbesar, yakni kelab umno auckland dan umsa (union of malaysians students in auckland). mengikut sifir lazim, pelajar melayu akan mendaftarkan diri dalam kelab umno auckland manakala pelajar cina dan india - umsa.
hei, nanti dulu.
bukan lah dalam konteks ini ianya memberi gambaran yang pelajar-pelajar malaysia bersifat perkauman. sebaliknya, pada hakikat sebenar, kelab umno auckland dan umsa sangat mengalu-alukan pelajar malaysia tidak kira bangsa apa sekalipun.
ingat, kita satu.
bukan; kau melayu berduet melayu, kau cina beriring cina. atau kau india berdansa india.
ingat, bukan. itu bukan cara kita.
tradisinya, satu acara sukan yang dinamakan 'bersatu games' akan diadakan setiap tahun dan pada ketika ini, kesemua persatuan pelajar malaysia dari seluruh pelosok new zealand akan menyertainya. iye, di ceruk-ceruk new zealand, adanya persatuan mereka. wellington, canterbury, central otago, marlborough, hawkes bay, gisborne, waikato dan northland.
dan badminton, takraw, futsal, frisbee, bola jaring, rugbi sentuh atau bola baling, itu semua adalah sukan dan permainan yang dibawa ke gelanggang tanding.
"kau, kalau handle futsal sorang-sorang, takleh ke?"
hakim dah terpacak depan mata member, seorang komuniti tinggi kelab umno auckland. specifically, one of the sport officers.
"lambat gila kau bersiap. macam perempuan"
"diam ah kau. aku datang ni pun, dah kira baik"
"iye lah..."
"pukul berapa dorang try out ni?"
"kejap lagi"
mata hakim perhati satu per satu susuk. tak ada seorang pun yang dia kenal. mungkin satu, dua. tapi yang lain - zero.
ah, hakim bukan jenis bersosial sangat. sama macam yan.
dua-dua dalam satu venn diagram yang menyilang pada kawasan berlorek introvert.
ramai menyangka golongan introvert adalah golongan pemalu. walhal, sebenarnya tidak. menurut seorang pakar saintis neuro, perasaan malu merupakan satu tingkah laku yang punya rasa takut dalam situasi sosial. introversi pula merupakan satu motivasi yang hanya mendorong seseorang untuk tidak bergaul dalam situasi sosial. dalam erti kata lain, manusia pemalu menginginkan pergaulan masyarakat tetapi terhalang oleh rasa ketakutan. manakala manusia introvert mempunyai kemahiran komunikasi dan mereka mempunyai pilihan samada untuk bersosial atau tidak.
hakim dan yan.
dua jasad ini berjiwakan introvert. menghargai kewujudan masing-masing. memilih deep conversation apabila berdua. gemar bermain kata dalam bicara. dan terkadang, kesunyian itu lebih bising setiap kali mereka bertelagah.
you say best when you say nothing at all.
"kau nak gi mana tu, akim?"
"keluar sat"
"jangan lama-lama pulak"
"ye le..."
"...i'm just wondering when will my membership get expired?"
"just a sec..."
"ok..."
"can you please grab your id"
"here"
macam suara yan.
yan.
hakim toleh.
tercegak figura gadis, berketinggian tipikal anak melayu di kaunter pertanyaan gym.
serentak itu, dua-dua bertentang.
dan bibir yan menyebut 'akim' dengan suaranya tersekat.
an awkward smile, that's my yan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan