hello kembali daripada aku.
akhirnya, semester dua tahun ketiga sudah betul-betul melabuhkan tirainya. dan aku meraikannya dengan melantak gourmet pizza sebanyak-banyaknya dengan si yasmin, hadi dan nadzirah. lu takkan percaya punya yang gua mampu makan (lebih kurang) medium size pizza.
powerrr hokkaayyy
keraian sebegitu, dah kira sekali harung lah untuk sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum lewat malam. yeah, enam dalam satu giteww
ok.
enough.
*letup-letupkan jari*
SO.
mengikut perkiraan mudah dari arkib blogspot aku ni, rupanya ada dua bulan aku tak menulis - julai dan ogos.
pergh.
dalam dua bulan tu, gua cakap dengan lu, macam-macam benda dah jadik kat gua. even benda yang tak tercapai akalmu bak kata elyana-penyanyi-lagu-tapak-sulaiman, pun ada terjadik. tapi, apa-apa pun, IT'S GOOD those things dah blah jauh walaupun literally meninggalkan kesan kat jasad aku.
ANYWAY.
cuti musim panas dah bermula secara rasminya. tak payah nak yay sangat lah sebab gua panas betul bila musim ni datang. sebab apa? sebab cuti musim panas adalah cuti yang bapak-panjang-gila-bosan-nak-mati-weyyhhh
ye aa, dari bulan november sampai bulan mac. mahu tak kejung kepala otak?
MAKA.
agar aku tak mengkufurkan nikmat dunia ni, aku nak susun beberapa strategi so that masa yang ada ni, takde lah terbuang giteww
kalau encik anwar noor azam tahu yang aku dok bebel bosan-bosan-bosan, memang berbakul-bakul la dia dok perli aku nanti.
OK.
antara rancangan yang aku lakarkan dalam kepala otak - aku nak update kisah hidup aku kat sini. well, just so you know, i already deactivated my facebook account. skype dengan twitter - gua pun dah malas nak amek port. yang paling in dengan aku sekarang, my instragram account. so, you follow i ok? #tetiba.
lepas ni, marilah kita jangkakan keledakan entri di kertas putih bawangmerahsquared ni. jangan hang bosan membaca sudaaahhhh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan