cuti musim panas : pergi pasar

dah berbulan-bulan aku tak masuk dapur. well, dapur tu berasap sebabkan yasmin dengan nadzirah yang guna.
nak harapkan aku?
sila bermimpi.
takat masak air tu - ada lah.
bukan aku malas ok (berani kau label aku pemalas?). tapi, aku tak boleh tengok pisau buat masa sekarang. so, aku dah takde beli sayur-sayur, ikan-ikan, buah-buah. takde. makanan aku, for this time being, just some ready-made. contohnya, ramen, yogurt, biskut rye dan telur. bukak dan makan terus.
aha, semua tu tak melibatkan pisau, bukan? takpun, aku makan kat luar. kedai yang paling jadik port aku - st pierre's sushi, cafe midnight express dan habitual fix. punya la kerap nau aku dok makan kat tempat-tempat tu, sampaikan pelayan-pelayan dah cam muka aku ni.
pergh...buat i terasa dihargai nokss.

st pierre's sushi
aku memang pemakan tegar sushi. lagi-lagi yang ada ikan salmon. lagi mentah, LAGI aku suka. smoked salmon pun, no hal. asalkan dia ikan salmon, gua telan. the next favourite in my list is tuna. tapi, antara ikan tuna dengan ikan salmon, aku lagi kerap makan the salmon lah. aku tak suka kalau dalam sushi tu ada benda-benda gorengan. like, you have fried crab in your sushi. yyeewwww. minyak ok?
that's why my preference of sushi is merely the non-frying-stuff. nothing else. oh, and one more thing, i love its miso soup (small size). selalunya, miso soup ni aku buat sarapan pagi je. kenyang kott minum sup. lepas tu, tengahari baru makan sushi (lapan keping - cukup). aku jarang gilaaa nak melantak sushi lebih dari kuantiti yang aku dah tetapkan tu. itupun, makan lapan keping dah rasa bersalah. ye lah, masa aku tahun kedua di tanah auckland, aku kaw-kaw punya restrict-kan diet aku. mana ada aku balun karbo. kebanyakannya makanan aku berasaskan protein, sayur, buah dan kacang. bila masuk tahun ketiga, i don't know why the hell i break most of my rules. that's why it makes me feel more guilty.
but anyway. guilty-guilty pun, aku ada cara nak hilangkan rasa bersalah tu. ala-ala pengampunan dosa giteww. tapi, next time lah aku cerita pasal ni.

cafe midnight express
ok. kafe ni tempat kegemaran aku untuk celebrate macam-macam. dan ketahuilah, aku celebrate sorang-sorang yek. jarang aku nak bawak orang makan kat sini. kalau ada pun, sorang dua. yang penting, tak sampai lima orang lah. so, usually i go to this place during lunch hour and my meal is only seafood basket. takde yang lain. eh. tapi, masa mula-mula makan kat sini, aku pesan seafood chowder. boleh tahan sedap gua cakap lu. dan harga pun, BOLEH TAHAN SEDAP lah kehkehkeh
sebab tu tempat ni dijadikan tempat celebration. tak kisah lah nak celebrate apa sekalipun, be it, i got higher grades in assignments, i submitted assignments, i survived miserable days in university of auckland or what not. 
lagi satu, aku suka tulis esei kat sini. the soothing environment always triggers me to write. pelayan-pelayan semua senyum je kalau aku dok buat kerja kat situ. agaknya dorang ingat aku budak sekolah lagi kott? #bajetawetmuda

habitual fix
baru tahun ni aku pertama kali beli makanan kat kafe ni. my only order is toasted pita (herbivore). daging dengan ayam - macam biasa lah, gua kurang keyakinan sifat halalnya. ala, lagipun, aku dah berhenti makan daging dan ayam, remember?
toasted pita dia memang sedap (walaupun sayur semata). nak dibandingkan antara st pierre's sushi dan cafe midnight express, habitual fix ni kira pilihan yang terakhir. bukan apa, although it's worth ('cause it only costs me six bucks), it tends to make me sleepy because its quantity buat aku terlebih kenyang. aku tak suka ok. nabi pun pesan kan - berhenti sebelum kenyang. bila dah kenyang sangat, mata mula kuyu macam cibai. mula la aku tertidur dan tak produktif langsung nak buat kerja sekolah. haaa...nampak tak logik justifikasi aku ni? tambah pulak, aku sengaja latih perut aku supaya tak makan banyak. biar makan sekadar cukup. tak perlu lebih-lebih.
tapi, jangan pulak kau hentam aku, kata, "eleh, hari tu bukan ke kau melantak piza macam hantu, cik bawangmerah?". 
kau ni...
agak-agak lah. aku ni manusia kott. harus lah ada cheat day. meaning to say, there'll be always a day for me to bend or break my rules.

so. 
amacam?
boleh tahan melalut aku ni.
aku cuma nak cerita yang pagi tadi, aku pergi pasar dengan yasmin dan nadzirah. oi, bukan sunday market lah. ni saturday market. tapi, konsepnya sama - PASAR.
pasar kat tanah auckland ni, best. sebab dia bersih sampaikan kau nak amek gambar pun, kau rasa foto kau cantik-menarik-tertarik-kau-memang-da-bomb. tak caya?
cuba tengok foto aku ni.


urgh. ketembaman pipi agak terserlah di situ.


ok.
gua nak tidur dah.
sila simpan puji-pujian anda di ruangan komen.
selamat malam, dunia !


Tiada ulasan: