syukur, mereka semua sihat belaka dan sempat kami bertukar cerita (atau gossip - kata mudahnya).
bagi yasmin dan azie - mereka merentas lautan tasman untuk ke melbourne, sydney gold coast dan brisbane. jadik, boleh kamu bayangkan berapa banyak NZD yang mereka habiskan? hampir duaribu woi !
bila diberi anggaran sebanyak tu, aku berkira-kira samada nak pergi ke sydney ke tidak. ye, patut atau tak patut? bukan sebab bakal suami aku ada di sana. calon pun belum tentu lagi hohoho
aha, masih ingat tak yang aku punya seorang abang, eh, adik yang belajar kat university of new south wales? dulu, abah pernah pesan - selagi aku masih lagi ada kat wilayah biri-biri, apa salahnya berenang sekejap ke wilayah kanggaroo untuk bertemu dia. ok, abah takde lah cakap berenang. saja nak menyedapkan ayat entri ni heeee
fortunately, wilayah biri-biri dikurniakan cuaca yang agak baik - ye lah, kau tengok ada matahari tercegak atas langit sana dengan angin bersepoi bahasa, bukan kah itu dikira baik?
so, mereka ajak pergi ke mission bay. oh, aku apa lagi, bagai pucuk dicita, er, takde lah bercita sangat. tapi kalau orang dah ajak, apa salahnya. right? (sila kenalpasti betapa gigihnya ayat aku berirama)
mereka
sampai saja kat mission bay, terus nak pergi kiwiyo. ah, macam mana lagi harus aku susunkan kata-kata untuk menyatakan betapa sedapnya manisan ni? i don't know what has got into me that i feel like i am addicted to have kiwiyo over and over again. sedap pun iya, murah pun iya.
bila bergambar dengan jijie, tak pernah rasa takut pun because he's like a brother to me. in fact, no one will get jealous seeing us in photos together, no? kalau ada, meh khabarkan aku (emel ada kat sebelah ni). jangan nak pandai-pandai speculate. aku lempang kang.
nak dibukakkan cerita, dulu, masa aku naik penerbangan mas dari kuala lumpur ke auckland, jijie lah yang duduk sebelah aku. and at that time, i was really sick. mabuk sangat sebab tak pernah-pernah naik kapal terbang for about eleven hours. because of my bad condition, he was the one who took care of me. whenever the stewardess came and asked about our meals, jijie would answer her on behalf of me. and bila aku tak berdaya nak habiskan makanan, he said, "it's ok. nanti aku habiskan".
you see, he really behaved like a brother hahaha
kami makan dan bercanda tak hengat dunia. borak dan borak. mungkin sebab lama sangat tinggalkan mereka (ye ke?), jadik, bila hang out together, i heart them. eh, ayat ter-jiwang pulak. yyeewwwww
siap berposing kaauuu ~ hahahaha !
sila jangan tertipu dengan gambar ini, ok? cuacanya memang benar panas tapi angin tetap menyejukkan tulang-belulang. hey, kita kan masih lagi bermusim sejuk.
aku pakai empat lapis baju masa ni. sun glasses adalah wajib. kalau tak, berpinau mata. lagipun, bukan kah aksesori seperti kaca mata hitam membuatkan kita terasa lebih gorgeous? confidence level pun boleh meroket tinggi.
oh well, suka aku dapat pergi mission bay. tapi, kalau dapat jalan kaki pergi-balik, lagi bertambah-tambah suka aku.
baik lah, siapa sanggup menjadik peneman hidup aku untuk berjalan sejauh enambelas kilometer ? ini literally jalan. bukan naik kenderaan (ah sudah, berirama sekali lagi).




.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan