cuti musim sejuk : bandar mati

kalau wellington aku nama kan sebagai bandar damai dan dunedin sebagai bandar gereja, invercargill pulak adalah bandar mati. sekurang-kurangnya, wellington berdenyut sebab adanya students of victoria university dan dunedin bernyawa sebab adanya students of otago university. 
invercargill ?




secara faktanya, invercargill adalah the southernmost and westernmost city in new zealand, and one of the southernmost cities in the world. but then, in my humble personal opinion, ianya memang mati. bandar itu bandar mati :(




kalau inginkan percutian bermakna kat sini, sila tempah tiket untuk pergi ke stewart island - tempat yang mengarahkan kamu lebih ke kawasan antartika. maka, bersedia lah dengan lapisan baju yang tebal. 




ok la. kalau tak mahu ke pulau itu, boleh jugak ke bluff - titik penghujung pulau selatan new zealand. ianya terkenal dengan tiram. kata orang, tiramnya segar dan sedap. kami tak ke sana pun sebab tak sampai duapuluhempat jam pun kami ada kat bandar mati ni. cukup lah untuk satu malam. dan esoknya, terus bergerak ke bandar salju.




untuk penginapan satu malam, kami tidur di tuatara backpackers. satu kepala - NZD33.40. ianya adalah family bedroom but it's not attached to bathroom, toilet, kitchen, laundry and lounge. it's merely a family bedroom yang ada katil semata. 




kamu tak perlu trying so hard to talk with your mouth fogging. bercakap biasa pun sudah buat mulut kamu berasap-asap. untuk membuat perbandingan relatif, dunedin lebih sejuk. mungkin saja sebab ianya berangin. invercargill, tidak. tak ada angin yang bersapa pun.



Tiada ulasan: