episod tujuh : empatbelas

'awak'

entah gila atau takut - dua rasa itu disatukan dan disalurkan melalui teks ringkas. aku sangat mengharap dia akan balas. sangat. sebab aku, tika waktu ini, terdesak memerlukan bahu untuk bersandar, tangan untuk menyokong, kata untuk melegakan dan suara untuk menenangkan.

aku tarik nafas panjang.

di mana kau?

suasana bilik sangat sepi dan gelita sepekat-pekatnya. yang kedengaran hanyalah dengkuran kawan sebilik. angin malam tidak sesejuk pada awal bulan hari tu. aku pasangkan lampu meja. sekurangnya, kegelapan ngeri tidak berjaya menakutkan aku lagi.

"pukul tiga setengah. lagi lima jam..."

'awak, saya takut'

aku hantar untuk kali kedua. biarlah, biarlah. cuma kali ni saja. selepas ni, sudah-sudah. tiada lagi.


tiga minit.

lima minit.

sepuluh minit.


'abah, by tomorrow morning i have to be prepared mentally and emotionally kan'

tiada dia, aku perlukan kesatria aku - abah.
tapi aku tidak pasangkan harapan untuk abah membalas. maklum saja; sekarang baru sepertiga malam. subuh pun tidak bertandang lagi. ayam masih ketiduran. hanya aku yang berjaga. mata meluas dan terbeliak.


tiba,


'kenapa ni?'


akhirnya...


***


"baca ayat kursi, awak. kita kan ada kelas esok. dah, awak tidur eh? jangan risau. we will go through this together" suara garau dia cuba memujuk aku yang gusar.
"tapi awak, saya..."
"In..."

aku sambut panggilannya dengan sendu.

"ssshhh...In...In, ingat tak - yang penting tu, proses. In dah buat apa yang termampu. In dah doa banyak-banyak. sekarang, kita tawakal saja. ye sayang?"

aku angguk meski dia bukan di depan mata.

"sayang...?" dia panggil lagi.

aku diam. hanya nafas liar dan baki sendu yang melalui talian.

"eh budak ni. dah tidur, ye?"

aku tergelak kecil, otomatis.

"oo...kena kan orang ye. nakal betul"
"ahaha tak lah. mana ada orang nak kenakan. saya taktau la nak nyahut ke tak bila awak panggil sayang tadi"
"laa...nyahut je la. kenapa? malu lagi ke?"
"entah" aku sambung ketawa.

***

lecture bagi topik complex number hanya melalui lorongan kanalis auditorium eksterna tanpa meninggalkan sebarang jejak. aku terlarut dalam kerisauan yang aku ciptakan sejak subuh tadi.
cikgu pula pura-pura tidak endah dengan kami semua. dia terus-menerus menconteng papan putih dengan pengiraan complex number. walhal, dia sendiri tahu yang kami-kami ini menggila kerisauan.

'take care dear. semuanya will be ok. not to worry. insyaallah abah doakan. love you'

9.00 pagi.

OMG.

"azie, aisyah lima belas!"

aku dengar yasmin laungkan berita itu.
heh, apa dia ingin gebangkan pada satu dunia kah?

jantung sudah mula bekerja pada kelajuan maksima. mulut aku terkumat-kamit membaca ayat kursi. tenang-tenang, wahai diri.

jarum jam bersahutan, bergerak ke sembilan suku.
apa yang yasmin bentangkan di depan kelas - hiburan mengikut islam - juga tidak kedengaran lagi. jelas sebutannya namun fikiran aku sudah ke langit tinggi. aku sekadar angguk-angguk bilamana yasmin bersungguh-sungguh memandang aku.
ah, kami semua memang hebat bersandiwara depan ustaz.

"literature aku C..."

bisikan farah pada shuhada. kedudukan mereka tidak jauh mana. hanya depan aku. namun, butir kata sangat terang hinggakan aku dapat menangkapnya, memasuki tempurung kepala dan dikunyah otak puas-puas.

C?

aku pandang sebelah kiri. ain.
dia tunduk dan tidak sebut apa-apa.
wajah yang sugul telah memberitakan perkara buruk.
aku paling pula ke belakang walaupun ustaz ada di situ.
iqmal melirik hingga ke telinga. berita baik, barangkali?
daripada iqmal, aku alihkan pandangan pada nizar.
dia serupa seperti ain. diam tidak tersenyum. disaster seteruk neraka kah?
lalu aku meniti pula raut ammar. keruh.

eish, aku, bagaimana pula?

***

'awwwwaaaakkkkk!'

habis berteriak di kotak mesej, aku lari terus ke bilik kaunselor. teman-teman yang lain, sengaja aku tinggalkan bersama miss muna.

"cikgu! cikgu! saya masuk terus ni!" kasut melayang entah ke mana. hilang habis protokol dan santun aku.
"In?"
"cikgggguuuuu. empat belas! empat belas!"

aku terlompat-lompat. sudah terlompat di bilik guru, dalam bilik kaunselor pun aku buat lagi. dan aku peluk sekuatnya tubuh kaunselor. oh!

"berapa In dapat?" kaunselor turut sama teruja.
"In dapat A untuk sosio! literature dapat B. general paper dapat B. In dapat empat belas, cikgu! empat belas!"

aku eratkan lagi pelukan.

"ha, cikgu dah cakap. In boleh (dia genggam tangan aku pula), In boleh. cuma In je kadang-kadang risau"
"tu la. happy-nya! haih!"

tapi,

"cikgu..." aku kendurkan suara tiba-tiba. wajah kaunselor ikut sama berubah.

"In tak reti nak buat sujud syukur..."

erk.


***


"awak ada kelas ke ni?" aku bisikkan pertanyaan dalam corong talian.
"haah. kenapa?" dia turut sama berbisik.
"saya nak jumpa sekejap"
"everything's ok?"
"please..." aku separuh merayu, separuh manja.
"ok ok. saya keluar sekejap ni. nak jumpa mana?"
"tangga putar sebelah computer lab"

derap-derap langkah dia aku nantikan sungguh-sungguh.
mana dia ni?
lambatnya.

'farahin, datang la kelas. math sekarang ni'

shuhada khabarkan dalam pesanan ringkas (dan aku simpankan kembali handphone dalam poket).
kelas cikgu zalina. habis aku. kalau lambat ke kelas dia, boleh mengundang bisa dan maut.
tapi, cikgu ni - robot kah?
ini hari besar untuk budak tesl.
hari kami dimaklumkan keputusan peperiksaan AS (ulangan).
kenapa tidak dibatalkan saja kelas statistik?

berat-berat, aku balaskan,

'ye ye. datang ni'


dan dia, heh. sudah lah.
dia kejam.


***


'in, please answer me'

+ answer? tak kuasa aku.
+ come on, In. give him the second chance.
+ tak boleh.
+kenapa? kau juga katakan everyone deserves the second chance.
+ iye, tapi yang ni lain.
+sekali ni saja. please.

'berapa lama awak sembunyikan?'

aku muntahkan apa yang aku telan.
geram.

'bukan sembunyi. lagipun awak, tu kan tak penting'

'awak cakap tak penting. tapi saya rasa tu penting'


-bersambung-

peperiksaan A-level merangkumi AS & A2.
setiap gred memberi mata seperti berikut;
A : 5 mata, B : 4 mata, C : 3 mata, D : 2 mata
setiap pelajar tajaan diwajibkan 
mencapai sekurang-kurangnya 
13 mata dan ke atas.


Tiada ulasan: